Pages

Sunday, 12 June 2016

Menu berbuka 6 ramadan


Assalammualaikum
bersua lagi ramadan ke 6.dah malam baru nak menaip di blog..lepas solat tadi tidur sekejap dengan lenanya..ingatkan nak tidokan ahmad je..rupanya dengan ibunya sekali tido sekejap..
Ini merupakan juadah kami iftar tadi.memandangkan en suami ada dirumah kenalah masak daging dan nasi berperisa.hari ini zila buat nasi tomato ikut resepi lama yang zila pernah guna dula..bagi zila resepi nasi ini sedap sebab tak guna banyak sos tomato..jadi zila kekalkan resepi ini.

hidangan bersama nasi tomato zila masak daging rempah tiga,resepi asal zila ambil di majalah saji keluaran 20 tahun..resepi asal tak ada penggunaan lada cili tapi zila tambahkan lada cili biar rasa pedas sikit..nak kata macam rendang pun tak jugak sebab tak ada campuran jintan dan ketumbar..zila buat sedikit salad untuk sayur sampingan.

Untuk kuih memang tak sempat hari ini nak buat,zila gantikan dengan puff tuna..beli pastry yang dah siap dan masukkan inti sardin,suami zila memang penggemar puff jadi memang kena buat lebih.untuk dessert suami zila yang buat fruit chaat masala..fruit simple..gabungan buah-buahan segar dan yogurt,kemudian di tambah chaat powder..ok sampai disi dulu untuk hari ini..moga perkongsian bermunafaat ye..disamping memberi idea untuk kawan-kawan..bye..


Air Longan Selasih
Buah longan dalam tin secukupnya
Air gula
Air masak
Biji selasih

Rendam biji selasih sehingga kembang.masukkan longan kedalam cawan tuang air gula dan air masak..perasakan manisnya kemudian tambahkan biji selasih..

Daging Rempah Tiga
1 kilo daging - rebus empuk
1/2 cawan rempah kari
1/2 cawan rempah kurma
1/2 cawan rempah sup
4 tangkai lada cili-dihiris
2 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
4 cm halia - dihiris
1 cawan yogurt tanpa perisa
3 biji tomato - dihiris
Daun ketumbar /daun pudina

Caranya

  1. Panaskan minyak,masukkan bawang besar, bawang putih,lada cili serta halia.masukkan 3 rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  2. Masukkan daging dan yogurt.balik-balikan sehingga sebati masak lebih kurang 15 minit.
  3. Tambahkan sedikit garam dan sedikit air..biarkan sehingga mendidih.
  4. kemudian masukkan tomato dan daun herba.sedia dihidang.

 Puff Tuna
 Fruit chaat masala

Nasi Tomato

Bahan-Bahan
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.

Friday, 10 June 2016

Menu berbuka 5 ramadan

Salam Ramadan hari kelima..
uitss dah hari kelima baru muncul kan..ermmm tulah sempena cuti sekolah ambil peluang balik kampung lama sikit..bukan hari-hari tak masak ..tapi  kalau dikampung lepas masak tak sempat nak ambil gambar bagai..maklumlah masak dengan kuantiti yang banyak..masa pun terhad..siap masak jew dah nak azan..lagipun mood nak amik gambar mcm kurang..sebab dah letih bersilat didapur..

untuk hari ini zila dah kembali semula dirumah sendiri..dapatlah  snap gambar ..itupun pic x berapa nak elok sebab dah  pukul 6.30 baru dapat ambil gambar..hari ini kelam kabut sikit rush nak amik anak pergi dan balik tuition.. tu sebabnya gambar pun asal bole je..
ok hari ini zila masak nasi serai..plan nak masak nasi tomato..tak jadilah pulak..esok rasanya baru nak buat..resepi nasi serai zila ambil dari blog kak ita..zila buat separuh jew sebab kami tak ramai dirumah..lauk sampingan rojak mentah dan ayam masak yogurt..
dessert zila buat mango casablanca resepi dari kak amie..tapi zila buat dalam kuantiti yang kecil..kalau nak buat yang banyak zila sharekan resepi dibawah tu..

untuk air..sebab ada pisang yang banyak hasil ambil dari kampung tu zila buat milk banana..ok itu lah juadah hari ini..tak banyak mana pun sebab zila masak untuk dua orang sahaja..semoga perkongsian ini dapat memberi idea pada rakan-rakan memasak ye..ok bye



Nasi serai
Bahan
4 cawan beras basmathi ~ rendam dlm 1/2 jam sebelum masak
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 labu bawang holland ~ dadukan atau mayang halus
4 ulas bawang putih ~ di ketuk atau di hiris
1cm halia ~ tumbuk halus, ketuk atau hiris nipis
2  batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ di ketuk
2  kiub pati ayam
garam secukup rasa
air secukupnya
1 sudu minyak sapi
2 sudu besar minyak jagung
50g kacang gajus dan kismis ~ yang ni optional nak letak boleh tak letak pun boleh

Caranya
Panaskan periuk nasi, masukkan minyak jagung dan minyak sapi
Bila dah panas, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik harum baunya
Kemudian kita tumiskan bawang, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Tambahkan air dan susu cair
Kemudian masukkan kuib ayam dan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan beras,Tutup periuk nasi dan tanaklah nasi seperti biasa.
Bila nasi separuh masak, masukkan kismis dan gajus
Kacau dengan copstik , supaya nasi tak patah dan hancur
Tutup semua dan tanak hingga masak.

Ayam yogurt
Bahan
1/2 ekor ayam dicincang kecil
1 biji bawang besar
4 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
2 batang lada merah
7 tangkai lada cili
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar jintan
1/2 sudu  besar serbuk kunyit
1/2 susu besar serbuk cili
1 kiub pati ayam 
1 batang serai
1 inci halia
3 sudu besar yogurt plain
daun kunyit - jika suka
penumis-4 sekawan satu paket

Caranya
kisarkan kesemua bahan.
panaskan sedikit minyak dan masukkan penumis..kemudian masukkan bahan kisar...tumis sehingga rempah garing dan kekuningan.
masukkan ayam..masak sehingga ayam sedkit empuk,masukkan air asam jawa secukupnya.
jika suka sedikit kering tuang sedikit air sahaja.masukkan daun kunyit ..
perasakan dengan garam,masukkan yogurt. tunggu sehingga kuah sedikit pekat dan mengering.tutup api dan hidangkan.



Banana Milk
1 cawan ais kuib
1 cawan susu segar
2 biji pisang kecil masak ranum
2 sudu besar gula

Kisarkan kesemuanya..tambahkan ais dan hidang.


Mango Casablanca
Bahan-bahan
27 keping Biskut Cream Crakers
1 kg mangga masak ranum - kupas kulit dan hiris nipis
250 gram cream cheese
600 ml whipping cream
300ml susu pekat manis
bekas persegi ukuiran 8" X 8" 

Cara
1. Pukul cream cheese terlebih dahulu sehingga licin, diikuti dengan whippping cream dan susu pekat manis menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang  merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3  biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3  biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati.

Monday, 6 June 2016

Bumper SAJI jun 16


Assalammualaikum
salam 1 ramadan..moga kita sama-sama menigkatkan lagi amalan kita pada bulan ini..
plan tahun ini zila nak berkongsi menu berbuka kami sekeluarga..insyaallah moga tiada halangan dan moga terus gigih memasak he he heee.

oklah hari ini nak share sedikit perkongsian zila dimajalah SAJI keluaran bulan jun16,keluaran khas biskut dan kek.terima kasih saji dan adik zana dah tiga tahun zila berkongsi resepi untuk hidangan hari raya..

Kali ini 5 resepi biskut dan 4 resepi kek..bolehlah dapatkan bumper SAJI sekarang ye..dah terjual sebenarnya dari 15 may lagi..rasanya masih tak terlambat kalau nak dapatknnya..sebanyak 200 resepi kek dan biskut disajikan untuk keluaran kali ini..simpanlah sebagai koleksi anda walaupun kadangkala tak semua resepi kita sempat cuba kan..

zila abadikan disini juga sebagai kenangan sepanjang zila berblog ..salam sayang











Wednesday, 1 June 2016

Killer soft bread


Selamat petang
Masing-masing mood cuti sekolah kan..bila anak-anak tak sekolah kita sebagai ibu semestinya ingin memenuhi kehendak mereka kan..bawak jalan-jalan..balik kampung..pergi cari tempat makan yang jarang kita pergi dan masak makanan yang diorang request betul tak?
kalau dah namanya ibu macamtulahkan tak sampai hati kalau tak tunaikan permintaan anak-anak..budak sekarang beruntung..lainlah dizaman zila kecik dulu..kalau cuti sekolah duduk jewlah dikampung tak kemana-mana pun.. mainlah pondok-pondok dengan kawan-kawan..tapi tetap rasa seronok..



Bila sana sini orang buat killer bread kita pun nak jugak merasa kehebatan killer bread ni..sebab adunan ni tak perlu tunggu hingga kembang dua kali..lepas uli terus bentuk dan tunggu kembang  baru bakar.

tak mengecewakan rotinya lembut,tapi kalau untuk roti manis kena tambahkan gula sebab rasanya kurang manis..kalau nak buat roti masin tak perlulah ditambah..rasanya dah sedang elok..memandangkan kalau dirumah zila roti kosong macamtu memang kurang laku..kena letak inti dan tabur gula baru lah habis..
kali ini zila letakkan hotdog dan taburkan gula dan pasley kering..baru anak-anak laju makan..tak sempat sejuk pun dah habis..
zila gulung kecik-kecik dalam 20  atau 15 gram setiap satu..ikutlah selera masing-masing untuk mengolah ye..
resepi asal dari xanderskitchen,zila share disini sebagai rujukan dimasa akan datang..ok jumpa lagi nanti..



RESEPI: KILLER SOFT BREAD
xanderskitchen 

260 gram gandum protein tinggi (tepung roti)
3 gram ragi instant
180 gram cecair ( 1 telur + susu cair )
30 gram gula pasir
30 gram butter
2 gram garam

Caranya

1. Bancuh telur bersama susu (bahan cecair).
2. Tambahkan kedalam bahan kering (tepung, gula pasir, ragi). Gaul bersama sehingga sebati memjadi adunan yang sedikit melekit.
3. Tambahkan garam dan butter sedikit demi sedikit, teruskan menguli sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
4. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Canai dan boleh ditambahkan inti mengikut selera 
5. Untuk dapatkan permukaan roti cantik berkilat boleh dioles dengan sapuan telur.
6. Biarkan doh mengembang sehingga dua kali ganda memenuhi loyang.
7. Bakar dalam oven pada suhu 175°C selama 10-15 minit, bergantung kepada oven anda masing-masing

Saturday, 28 May 2016

Kuih cara berlauk


Bersua lagi..
salam sabtu..dari awal subuh tadi hujan turun..walaupun tak berapa lebat tapi sampai sekarang terasa sejuk lagi..lepas solat subuh tak ada apa nak buat sebab hari ini plan nak keluar bersarapan dan pergi kerumah kakak ambil emak dan hantar dia balik kekampung..dah seminggu emak duduk rumah akak..dah mulalah rasa rindu dengan rumahnya sendiri..lagipun esok ada jemputan kawin di kawasan kampung.


Ikutkan hari khamis petang haritu zila hantar dia balik kekampung,tapi ada kematian dilorong rumah zila jadi terpaksalah ditangguhkan..
dari aritu zila nak sangat makan kuih cara berlauk,kalau yang manis tu kurang suka pulak.dah beberapa kali jugak beli kuih ni..tapi tulah kalau beli seringgit dapat 3 ketul..nak makan pun tak puas rasanya..

semalam petang merajinkan diri  bancuh kuih ni,yang malasnya buat kuih cara ni kena berdiri depan api dan buat satu-satu..tu yang malas..sebab tu agak berat nak buat..
resepi asal zila ambil dari blog cikmat gebu dapur tanpa sempadan.alhamdulillah rasanya sedap lembut dan lemak sangat..kena dengan selera dan tekak zila.terima kasih cikmat.
zila share resepinya disini sebagai rujukan dimasa akan datang.


KUIH CARA BERLAUK
Bahan inti
2 keping daging buger
1 biji bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - didadu
1 camca besar penuh rempah kari daging
1 camca besar sos black paper 
1 camca teh cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
1 pokok daun sup, hiris halus
Garam dan gula - secukupnya
Sedikit air

Cara untuk inti




  • Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang putih. halia dan bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar, Kacau rata dan masak sekejap.
  • Tambah rempah karidan sos black paper. kacau dan tuang sedikit air .Masukkan daging cincang dan kacau rata. 
  • Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering. Tambah lada hitam dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacu rata, akhir sekali masukkan 1/2 bahagian cili merah dan 1/2 bahagian daun sup. Gaul rata dan matikan api.

Bahan kastard
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
170 ml santan(kalau guna santan kotak, guna 100 ml santan + 70 ml air)
2 camca besar mentega, dicairkan (boleh ganti dengan majerin)
Beberapa titik pewarna kuning makanan
Secubit garam

Caranya
Ayak tepung dalam satu bekas, masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Tambah garam, mentega cair dan pewarna kuning makanan, kacau hingga rata dan tapis. Ketepikan sebentar (boleh juga dikisar dalam blender).

UNTUK KUIH CARA BERLAUK 

  • Panaskan acuan kuih baulu bentuk cermai, guna api dapur paling kecil. Lenser setiap lubang acuan dengan sedikit minyak masak. 
  • Tuang adunan kuih cara 3/4 penuh. Buat hingga siap, kemudian sudukan 1/2 camca teh inti pada setiap kuih cara tadi. Tabur atasnya baki cili merah,bawang goreng dan daun sup. Tutup sekejap hingga kuih cara masak (kurang lebih 1-2 minit). Keluarkan dari acuan dan buat hingga siap.

Wednesday, 18 May 2016

Roti lapis daging berkeju


Dah makan malam?.
biasanya orang kita time macamnilah baru sempat nak makan malam kan..zila hari ini makan lunch merangkap malam sekali..sebab ambik lunch pukul 3 lebih tadi..makan nasi mandi kambing..dah lama sebenarnya tak makan kambing..asik ayam je macam jemu pulak.so hari ini tukar selera..


Malam ini nak kongsi resepi roti lapis daging,menu asal zila ambil dari rakan blogger WanieDD.makanan macamni memang kena makan masa panas-panas..kalau dah sejuk rasanya kurang sedap..
Sesuai juga dijadikan menu pada bulan ramadan tak lama lagi.sedap sangat rasa lemak-lemak cheese tu terasa-rasa ditekak ni..
Pada sesiapa nak mencuba silakan ye..oklah sampai disini dulu untuk hari ini..mata dah mengantuk pulak..jumpa lagi next entry ok.




Roti Lapis Daging Berkeju

300gm daging cincang atau 4 keping dading burger (dihancurkan) kalau nak daging lebih boleh tambah lagi..
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 paket perencah daging black paper maggi
sedikit air
garam n gula
minyak

Bahan-bahan untuk lapisan
12 keping roti
3 biji telur
200ml susu fresh
8 keping slice cheese
cheddar/mozarella diparut
1 biji lada besar dihiris
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
* sayur2 ikut suka (saderi/cili benggala/ cendawan/ daun bawang daun sup

Cara untuk inti
Panaskan minyak
Tumis bawang putih masukkan bawang besar dan daging gorengg hingga daging empuk.
Masukkan perencah black paper dengan sedikit air.
Masak sehingga kering ketepikan dan biar sejuk.

Untuk Roti lapis

  • Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dengan butter atau mentega.
  • Bancuhkan telur dengan susu sehingga sebati, celup roti kedalam bancuhan susu tadi dan susun dalam bekas.  buat sehingga penuh bekas untuk tingkat yang pertama.
  • Tuangkan separuh dari inti tadi keatas roti n ratakan. kemudian susun slice cheese keatas daging.
  • tutup degan lapisan roti yg dicelup seperti langkah pertama tadi.
  • Ulang proses yang sama, tabur cheedar parut kat lapisan atas sekali..
  • Jika ada lebihan telur siram diatas roti supaya tak membazir.
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada sushu 180c lebih kurang 35-40 minit atau sehingga masak.kuarkan dari oven sedia untuk dihidang.

Sunday, 15 May 2016

Lauki gosht dan capati


Selamat berhujung minggu ..
Hari ini cuti bagi negeri johor..cuti peristiwa sempena kemenangan pasukan bola sepak johor malam tadi..sebelum masuk tidur sempat anak sulung zila cakap esok ibu tak payah bagun awal sangat ..esok cuti..zila kalau bab bola sepak memang jarang nak amik pot..dulu-dulu rajin jugak tengok tapi sekarang memang dah amit berat sangat..



Hari jumaat lepas suami ambil cuti tahunan..saja katanya nak lebihkan masa dengan anak..jadinya beberapa hari ini zila tak masak sangat..dia take over bahagian dapur..beberapa hari ini menu pakistan jewlah memenuhi meja makan..ha ha haaa.
semalam suami buat aloo paratha makan dengan kuah yogurt..menu hari ini capati dan loki gosht..
loki kalau orang melayu panggil labu air..atau labu sayong yang dimasak bersama daging..kebiasaan masakkan diorang ni overcook..dimasak dalam jangka masa yang lama sampai lah kering..bahan utamanya daging,labu air..kalau nak masak loki gosht biasanya diorang gunakan presser cooker..lebih mudah dan cepat masak.

Bahan untuk masak loki gosht..
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 batang lada hijau besar atau lada cili..semua bahan diatas dihiris.
masukkan daging dalam presser cooker kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihirs tadi..masak sehingga daging empuk.

Apabila daging dah lembut.masukkan minyak sedikit..labu air yang telah dipotong,.kemudian masukkan
1 biji tomato didadu
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis 
1 sudu besar halia dan bawang putih (halia dan bawang putih ditumbuk jadikan paste)
Masak lagi sehingga air daging kering dan labu air lembut dan lembik..
tambahkan sedikit butter untuk rasa lemak-lemak sikit..masuk daun ketumbar.masak sekejap lagi dan tutup api.



Untuk capati..
biasanya capati makanan ruji bagi penduduk india utara..tepung yang digunakan untuk membuat capati ialah tepung Atta..iaitu tepung yang biasa digunakan untuk membuat pasta.capati ni kena makan panas-panas kalau dah sejuk dia akan keras dan liat..kalau nak buat capati yang lembut campurkan dengan tepung gandum..agak-agaklah jangan banyak sangat..uli macam biasa sampai menjadi doh yang lembut..kemudian tambahkan satu atau dua sudu besar majerin atau butter..rasanya akan lebih lembut insyaallah..
kalau nak guna tepung Atta sepenuhnya pun boleh..campurkan dengan dua sudu minyak masak..dan uli dengan air panas suam..
oklah sampai disini dulu untuk hari ini..jumpa lagi..bye..

Wednesday, 11 May 2016

Passion fruit pudding



Bersua lagi..
selalu dengar orang cakap kalau musim panas macam ni makan pudding yang dapat menyejukkan tekak memang sedap kan..lagi-lagi sekarang ramai yang puasa sunat dan puasa ganti..mesti nak makan sesuatu yang sejuk  ..



Hari ini nak share puding markisa..
nak menghabiskan buah markisa yang zila bawa dari kampung tempohari..adalah dalam tiga biji lagi..nak makan macamtu jew dah puas..so buat jewlah puding.kalau kat kampung biasa zila panggil buah susu.dulu masa kecik mak ada tanam sebelah rumah..pokoknya menjalar..boleh jadi bumbung kalau membiak subur ..buahnya pun bayak..dulu tak sempat nak masak ranum dah kami petik..sedap..lagi muda lagi masam rasanya..

resepi puding ni zila guna resepi puding laici yang zila pernah buat dulu..cuma zila tukar laici dengan markisa je. puding ni senang sangat nak buat sebab cuma kukuskan jew ..sesiapa penggemar roti bolehlah cuba buat..guna buah apapun boleh asal suai selera masing-masing.


Passion fruit pudding

Bahan 

1 tin susu cair
4 keping roti putih 
4 biji telur
1 sudu makan gula pasir
sedikit essen vanilla - zila tambah

Untuk Jelly
1 packet jelly nona - plain -zila tambah perasa markisa 1 sudu besar
400 ml air


Caranya
  • Panaskan kukusan.
  • Rendam roti di dalam susu cair. Kisar hingga halus roti, susu cair,telur dan gula.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam loyang yg sesuai dan kukus lebih kurang 30 minit.
  • Angkat dan biarkan ia sejuk.
  • Sementara itu sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
  • masukkan isi buah markisa dan perisa markisa didalam adunan jelly,tuangkan jelly ke atas adunan. Sejukkan sebelum dihidang.

Wednesday, 4 May 2016

Rainbow butter creamy cake


Moga hari ini membawa keceriaan untuk semua..mulakan seawal pagi kita dengan indah ..insyaallah memberi kesan sepanjang hari dengan keindahan..
bersua lagi..aishhh kek lagi nampaknya tuan tanah asik buat kek jew kan..alahai bukan kek yang susah dan rumit sangat pun..cuma kek butter yang mudah..rasanya masing-masing pun boleh buat pejam mata je kan..


Sejak dah berusia macamni minat pulak buat kek simple macamni..rasa nikmat sangat ..tapi sebenarnya zila rajin buat je makan memang kurang sangat..paling banyak pun sekeping..kadang-kadang rasa sikit je..
Bila orang share resepi macam-macam mulalah kita copy paste..timetulah nak mencuba..kan..tapi banyak yang copy dan simpan jew kekadang lupa dah ..macamtulah saya..banyak keep resepi yang dicubanya boleh kira dengan jari..

Semalam zila sempat mencuba resepi  rainbow butter creamy .hasil skodeng dari rakan fb azlina ina..tersangatlah kecur tengok kek nie..katanya menggunakan bahan sicreat serbuk kelapa..sebab ada kelainan dari segi resepi zila pun tak berlengah nak  mencuba..ditambah pulak colour kek ni yang sangat menarik lagilah laju jew nak buat..
Bila kek dah siap bakar dan sejuk zila potong-potong jadi kepingan..tengah berkira-kira nak kasi pada siapalah kek ni..tiba-tiba kakak pulak sampai..langkah kanan nampaknya rezeki diorang..
akak cakap kek ni sedap sangat..beberapa keping jugaklah dia makan.
so pada sesiapa yang minat boleh cuba jugak ye..resepi dibawah ..jumpa lagi next entry ye..

Rainbow butter creamy cake

Bahan
1/2 cawan butter
3/4 cawan gula kastor
sedikit essen vanilla
50 gram serbuk santan 
3 biji telur gred A
Pewarna - kegemaran
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Badam flakes - secukupnya

Cara membuatnya

  1. Satukan butter,gula dan essen vanilla,pukul sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur satu persatu,pukul sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan serbuk santan,kacau rata.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder,masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan.kacau rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian,letak pewarna kegemaran.
  6. Sapu loyang dengan sedikit butter.tuangkan adunan berselang seli dan taburkan badam keatasnya.boleh juga guna loyang paakai buang seperti saya tu lagi senang.
  7. Bakar pada suhu 170c selama 30 minit atau sehingga masak.Bergantung pada oven masing-masing ye.guna api atas bawah.

Thursday, 28 April 2016

Souffle Cake



Hi bersua lagi hari ini..
dah makan? kalau suri rumah mesti dah siap hidangan istimewa hanya tinggal menanti anak-anak balik sekolah kan..tapi bagi yang bekerja mesti tengah fikir nak makan apa hari ini..hari-hari makan diluar kadangkala membosankan..tapi itulah yang paling mudah dan cepat..tapi kalau balik-balik makan lauk yang sama bosan jugak..



Hari ini ada kerajinan sikit..zila cuba buat dessert dari France nampak keknya up sangat tinggi tu yang dok teringin nak cuba..
struktur dalamnya agak spongy ..tapi nak kata macam kek span pun bukan..gabungan diantara struktur kek dan mouses sangat lembut dan cair dimulut..tak sesuai untuk disimpan..lepas keluar dari oven kena terus makan..
Makan dengan ice cream pun sedap..bagi yang tak suka perasa vanilla bolehlah tukar kepada coklat atau strawberry..pandai-pandailah kita gayakan macamana nak makan souffle nie..zila tambahkan madu sikit dan ice krim..baru sedap..kalau makan macamtu jew rasa kosong pulak..
souffle nie bila masa dibakar naik meningkat ..tinggi gitu..seronok pulak tgok..ha haaa..tapi bila dah sejuk dia mendak.sebab itulah ianya sesuai dimakan time panas.
oklah kalau nak cuba resepi dibawah..zila copy dari blog vietnamese dessert .


SOUFFLE CAKE
Ingredients

40g wheat flour (all purposed flour)
40g melted butter
130ml milk (no sugar)
Icing sugar, white sugar
2 yolks
3 white parts of eggs
Vanilla starch
Salt.

Process

  1. Heat the oven firstly at 190 celsius. Spread melted butter on pattern, sprinkle more icing sugar around it. This tip will help souffle cake blow well and more delicious.
  2. Put butter into microwave in 15 seconds to melt it. Mix it with yolks gently.
  3. Add more wheat four and stir gently until it is smooth.
  4. Pour ½ warm milk and a little sugar, stir well.
  5. Pour mixture in step 4 into pot, cook with small heat. You should stir gently when cooking. When it becomes thicker, pour ½ left warm milk into pot and continue stirring. I suggest you should not stop stiring when pouring milk into pot. Wait to reduce heat.
  6. Mix white parts of eggs with 3 teaspoons sugar and a little salt. When it becomes thicker and it does not melt when you pick up the spoon. It is perfect.
  7. Pour 1/3 mixture egg in step 6 into mixture in step 5.
  8. After that, gently mix the left of mixture egg in step 6 together.
  9. Then, pour mixture in step 8 into pattern in step 1.
  10. Put pattern into oven and grill in 15 – 20 minutes. You should concentrate on this step, when it blows up and turns browm yellow on top, it is perfect.
  11. Finally, you can serve this cake for yourself, family and friends. Eating better when it is just put out of oven. Sprinkling more icing sugar on top to make it more beautiful. 

Wednesday, 27 April 2016

Paratha tuna cheese


Lama dah tak kesini menulis ..moga sahabat blogger semuanya sihat..dah nak hujung bulan april..lama kutinggalkan blog ini menyepi..agak malas mood sekarang ni..nak load pic dalam blog macam slow sikit..insyaallah kalau angi rajin datang nanti selalulah blog ini terupadate.

Hari ini nak share resepi mudah dan ringkas sesuai untuk minum petang dan sarapan pagi..snack mudah nie memang sedap..resepi asal zila ambil dari rakan instagram sue yang duduk jauh di qatar..terima kasih sue tergoda sudah he hee..resepi asal dari mas cotek..tq bagi kedua-dua insan ini zila panjangkan lagi resepinya disini.

Untuk inti masing-masing bolehlah olah ikut citarasa sendiri..boleh tukar tuna kepada daging atau ayam atau hotdog..resepi inti zila tak ikut resepi asal..zila buat inti ikut citarasa sendiri..
jom semak resepi asal..




Paratha tuna cheese

Roti Paratha jenama kawan/karts - secukupnya
Cheese mozarella /Slice cheese - secukupnya
Daun bawang - hiris halus- zila tambah

Bahan inti
1 tin sardin tin sederhana
2 ulas bawang putih - didadu halus
1 biji bawang Holland - didadu halus
2 biji cili merah - hiris halus
2 sudu besar lada kering kisar 
sedikit perahan lemon
Garam secukupnya

Cara membuatnya
Sadin di buang tulang dan hancurkan,tumis bawang putih,cili kisar dan cili merah hiris.
Masukkan sardin dan perahan lemon.kemudian masukkan bawang holland.Ketepikan.

Penyediaan
Tekap bulat roti paratha kemudian masukkan kedalam acuan muffin.
Masukkan inti tuna secukupnya.
Parutkan cheese mozarella/slice cheese keatasnya.Taburkan daun bawang secukupnya.
Bakar pada suhu 170c selama 20 -30 minit. atau hingga kekuningan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang