Pages

Showing posts with label Review Product. Show all posts
Showing posts with label Review Product. Show all posts

Wednesday, 20 July 2022

Anika Sambal Mr Melting


Anika sambal dari Mr Melting
pack mini comel macamni biasanya lagi mudah..nak merasa kesemua sambal tu beli je yang kecik macamni..semua jenis sambal ada dalam dia..
dari lima jenis sambal tu yang paling kami suka ikan masin cili padi..dan sambal hitam..itu antara sambal yang paling kena dengan tekak kami..bila makan tu tergigit ikan masin..memanglah sedap sangat...


Masa ini shoot produk untuk bulan puasa aritu..setiap muncul Ramadahan packaging Mr Melting ni sentiasa berubah..kali ini nampak lebih cantik..colour purple dia menarik..ada 5 jenis sambal dalam dia..disertakan sekali dengan sudu plastik kecil..senang tinggal cedok jew..kalau botol kecik macamni senang nak bawak pergi mana2 kan..

 Boleh ke instagram @SambalMrmelting kalau nak order ya.

Tuesday, 5 July 2022

Roti Kukus Krim yang lembut..

Pagi..
Aritu dah show roti kukus yang disapu dengan krim coklat..yang ni pulak roti kukus jugak tapi dalam dia disapu dengan krim..
nampak menarik jugak kan..kalau nak buat sendiri dirumah pun boleh sangat ni..

Bila tengok roti krim macamni teringat pulak zaman kanak-kanak..masa tu bila dapat beli krim dalam dia terasa bahagia sangat..tapi ikutkan yang lagi sedap bila roti macamni letak ice cream potong ..tu lagi saya suka..kalau dulu memang menunggu abang ice krim lalu depan rumah..semata-mata nak makan ice krim roti..ha haa kenangan betul..



Ada empat jenis roti kukus krim yang ditaburi pelbagai topping untuk menarik peminatnya yang tersendiri..
Yang berminat nak order boleh ke Instagram @dapurtwinny atau boleh terus ke kedai beliau di Medan selera Layang Taman Perling JB.



Wednesday, 29 June 2022

Roti kukus coklat dengan pelbagai topping

Kreatif sangat orang sekarang berniaga..banyak idea baru yang pastinya menarik selera pelanggan nak mencuuba..

Roti bila dah dikukus memang sedap rasa dia..lembut..dan lebih meyelerakan..apalagi bila disapu coklat..dan ditaburi pula dengan anika topping yang menarik..lagi bertambah selera kita tengok..


Yang ni disapu coklat dan ditabur dengan badam slice..

Di sapu coklat dan ditaburi dengan serbuk oreo


Yang ni pulak ditabuti serbuk biskut lotus yang pamess tu.


Dan yang ini tabur dengan cornflakes kecik-kecik..bila gigit jew rangup sangat..

Yang berminat nak order boleh ke Instagram @dapurtwinny atau boleh terus ke kedai beliau di Medan selera Layang Taman Perling JB.










 

Wednesday, 22 June 2022

Salad Sayur dan Healthy Sambal Kering

Salad sayur mix dengan telur rebus..kacang kuda..dan tabur sikit sambal kering dari fitmealsbyfarra
bila mood nak makan nasi merundum maka salad macamnie selalu kami buat kat rumah..
sebab dah ada sambal sihat so tabur jewlah bagi rasa pedas sikit..
biasanya kalau tak ada sambal kering kami letak mayonis salad jew..


Sambal bilis kering ikan bilis ni tak perlu disimpan dalam peti ais selepas dibuka..boleh tahan pada suhu bilik selama tiga bulan.

boleh di makan dengan pelbagai hidangan..sedap dan kering..sesuai sangat dijadikan penambah rasa pinggan sihat korang..yang nak berdiet dan jaga makan memang mencari makanan sihat macamni..boleh ke Instagram @fitmealsbyfarra





 

Tuesday, 21 June 2022

Produk dari Mak Siti dan Nasi Kacang kuda mix telur




Dari sehari ..ke sehari nak hupdate blog asik tertangguh jew..
entah apa aja yang dibizikan..dah dua minggu suara serak..bila nak beransur baik tak taulah..batuk kalau waktu malam menjadi-jadi pulak..
dah lama x kena sakit tekak diiringi dengan suara hilang..kali nie boleh dapat pulak suara hilang..hi hii.

Beranika rempah sup keluaran Maksiti rupanya..kalau tak buat paid review memang tak tau maksiti ada banyak produk..biasanya kalau nak buat soto jew mencari rempah maksiti ..bila bos maksiti cakap dia nak buat menu lain selain menu sup ...otak mulalah megerewang ..duk fikir apa nak buat dengan rempah Maksiti ni..

Maka buatlah nasi kacang kuda ..campur dengan telur..menu kiranya biasa kat umah ni..bila bosan nak letak ayam atau daging kami akan gantikan dengan telur..
asal nasi berperisa maka lakulah kalau kat rumah..nasi putih jarang sikit Muhammad dan suami nak sentuh..kalau iqbal dengan emak diani memang lebih terarah pada nasi putih ..


Boleh layari youtube Rempah Ratus Mak Siti untuk pelbagai menu masakkan menarik ya.
Sedikit info produk @maksiti1981
• Rempah Ratus Mak Siti berada di Pagoh, Muar, Johor.
• Tiada MSG, Tiada Pewarna, Tiada Perasa Tambahan.
• Produk Mak Siti boleh didapati di supermarket, hypermarket (lotus, mydin, aeon dsb), kedai runcit dan secara online seluruh Malaysia.

Chickpeas rice with eggs
@zila_norazila 
Bahan nasi
2 cawan  Beras basmathi - rendam 20 minit..cuci dan toskan.
3 cawan air biasa
1 cawan susu cair

Bahan tumis 
Jemuju
Daun salam
Lada hitam biji
Serbuk lada
Rempah sup dari Rempah Ratus Mak Siti

Bahan kisar
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Bahan lain
Kacang kuda 
Telur rebus
Lada besar hijau/lada cili
Bawang holland
Daun ketumbar /jika suka

cara buat boleh semak divideo ya

Friday, 27 May 2022

Sedap rupanya keropok lekor bawang merah

Masih lagi orang sibuk beraya sana sini..
mana yang menganjurkan open house..disamping tu office pun ada buat jamuan hari raya untuk staff diorang jugak..
jalan jb ni kalau hujung minggu dalam tengahari dah mula slow..nak kesana kemari memang lambat sikit lah ..kalau nak kemana2 memang gerak dari pagi..senang..cepat sikit 

Petang tadi tetiber teringin pulak nak makan keropok lekor..nasib baik ada lagi stok keropok lekor dari company lain ada dalam peti ais..nyahbekukan kejap pastu goreng...teringat pulak aritu ada buat review tentang keropok lekor bawang merah ni..korek gambar jumpa..

sedap sangat keropok bawang merah ni..korang bila cuba memang tak meyesal..rasa dia lembut..entah susah sikit nak digambarkan rasa dia..tapi kalau nak dibezakan dengan keropok lekor biasa memang jauh lebih sedap yang ni..



Bila lepas goreng..makan panas memang sedap sangat...yerlah benda apa kalau lepas goreng memang sentiasa membuka selera..lelagilah keropok..laju jew bila dapat sos pencicah yang seiring dengan keropok tu..sos pencicah juga disertakan ye kalau beli keropok bawang merah ni.

yang nak mencari barangan terengganu yang sedap ..boleh ke Facebook Aquada malaysia..ig dia dah kena hack rasanya..tapi boleh ke FB dia jew kalau nak tengok aneka pekasam..keropok lekor..lokching..lai chi kang.. dan macam -macam  makanan lain dari terengganu.


 

Thursday, 17 March 2022

Sambal Peket pertama di Malaysia


Bila beranika sambal dah di peketkan kecik macamni memang senang kerja..

Teragak nak makan amik jew sepeket  ..kalau yang biasakan dalam botol..kalau tak habis kena simpan masuk peti ais..nak makan kena panaskan semula..tu yang agak malas bab nak panaskan sambal ..kan...tapi bila dah ada peket macamni mudah sangat.


Gambar diatas tu isi dalam satu peket..kira ngamlah kalau nak buat sekali makan..boleh makan dua orang..makan dengan jemput-jemput pun sedap ni..

Produk dari Sambaleena ni memang tak mengecewakan..yang paling saya suka yang sambal ketuk tu..memang recomanded sangat..gaul dengan nasi panas memang sedap..buat telur mata dan cicah dengan sambal tu dah cukup sangat..tak payah lauk lain..



Dalam satu pack tu ada 12 paket..ada 4 jenis sambal dalam dia..Sambal tempoyak,Sambal ketuk,Sambal penyet dan Sambal ijo..

Yang mencari sambal macamni boleh ke Instagram @sambaleena.my

Thursday, 28 November 2019

Nasi Ayam menu ringkas yang selalu orang suka buat

Nasi Ayam
banyak jenis nasi ayam yang orang buat,tapi pusing-pusing macamtu jugaklah resepinya kurang lebih.hidangan ringkas yang semestinya digemari oleh semua,dan bagi saya memang suka buat nasi ayam sebab utamanya senang sangat nak buat,dapur pun tak berkecah,tu yang paling suka.

Tapi kali ini saya tak buat sambal cili merah seperti biasatu,saya gandingkan pulak dengan sambal dua minit keluaran Aquada Malaysia.sebab dah masak untuk paid review maka kita trylah sambal dua minit nie.Aquada ni famous dengan aneka Pekasam,sampai dah masuk TV3 pun pekasam dia.




Dan sambal dua minit dia ni pun tak pedas sangat.sedap pedas yang seimbang..sampai rasa sayang pulak nak habiskan.saya makan sikit-sikit kadang goreng telur atau ikan lepastu cicah jew dengan sambal ni,dah jadi lauk.ataupun kalau rasa malas nak buah paste..kita boleh jadikan sambal ni sebagai paste dalam masakkan.hanya perlu panaskan sambal tu dikuali dan bolehlah tambah udang,ikan atau sotong...campur sedikit petai pun ngam jugak.
ok cara nak dapatkan sambal dan barangan lain boleh terus ke facebook Aquada Malaysia atau Instagram Aquada Malaysia.


SUP AYAM
1/2 ekor ayam - potong 2 bahagian 2 inci halia - dihiris nipis
2 pokok bawang - potong anggaran 3 inci 1 sudu teh garam
Anggaran 10 cawan air

Caranya
1. Masukkan semua bahan dan rebus hingga mendidih dan renihkan sebentar. Matikan api.
2. Asingkan untuk memasak nasi dan untuk kuah sup.

NASI AYAM
2 cawan beras - cuci dan toskan. 2 cawan atau lebih sikit Lemak ayam - especially bahagian belakang ayam
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 helai daun pandan - simpulkan
Sedikit garam - jika perlu
Cara cara
1.Panaskan lemak ayam hingga mengeluarkan sedikit minyak, kemudian masukkan bawang putih. Goreng sebentar. Keluarkan lemak ayam atau biarkan saja jika suka.
2. Masukkan beras dan goreng sebnentar. Alihkan semua yang digoreng tadi ke dalam periuk nasi. Tambahkan sup ayam, daun pandan dan garam jika suka.
3. Masak seperti biasa.

*** Jika suka boleh rendam beras dengan serbuk kunyit jika mahukan nasi berwarna kuning.

Ayam goreng
Ayam yang telah direbus
1/2 cawan kicap cair
1 cawan kicap pekat
sedikit lada hitam/lada sulah
sedikit gula dan garam
(perap sekejap dalam setengah jam)
Kemudian panskan minyak dan goreng dengan kaedah touch and go,sekejap je ye bila nampak ayam dah kekuningan angkat.

Chili Sauce
6 cili merah
3 inci halia
3 ulas bawang putih
Minyak bijan
1 sudu kecil garam
Gula
Jus limau
1 sudu teh cuka makan
Sup ayam secukupnya

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali sup. Kisar hingga halus. Kemudian campurkan dengan sup ayam mengikut tahap kepekatan yang disukai. Jika suka cair, lebihkan kuah sup.

Sunday, 27 October 2019

Orange Layered Cake


Happy Dewali..
Cuti beberapa hari ni saya tak kemana pun,ada je dirumah..agak malas pulak nak pergi berjalan keluar dari negeri johor..entah tengoklah esok ke lusa kot rajin boleh lah berjalan cari angin sekejap..
lagipun Iqbal bercuti seminggu..Muhammad pulak 30 oktober baru naik sekolah..cuma suami je yang selasa ni dah kerja.

Terpandang kek lapis oren yang pernah saya buat tahun lepas.bila tenung balik gambar kek lapis jadi teringin pulak nak buat..lagipun stock asam masih ada banyak lagi..tepung hongkong pun ada,kalau rajin akan muncul kek lapis dalam minggu ini.
Makan kek lapis memang sedap, tapi kalau bab melapis tu yang kadangkala jadi terbantut nak membuatnya kan..kena kumpul kekuatan baru boleh melapis dengan jayanya betul tak..

Kek lapis orange kali ini saya tukar penggunaan gula kastor biasa tu pada treasure sands hasil paid review bersama Trea suresugarliving gula yang baik untuk kesihatan.yang nak dapatkan gula ni boleh ke ig @treasuresugarliving.


'Treasure sands' dari @treasuresugarliving macam gula biasa.
1 sudu gula treasure sands = 5 sudu gula biasa..
.
.
Contoh
100 gram gula biasa = 20 gram treasure sands.
.
.
Treasure sands
- Low calories -5x sweeter than normal sugar
-80% less calories
-Special flavor carrier 'SFC
-100% sugar cane extract
-Taste like sugar


Orange Hawflakes Layered Cake
From Kak Rima

Ingredients
(A)
300g butter - i used unsalted Anchor
150g caster sugar 
14 eggs yolks
5 tbsp sweetened condensed milk
1tsp vanilla essence
(B)
150g Caster sugar
7 egg whites
1/4 tsp cream of tartar
(C)
180g Hong Kong flour
1 tsp baking powder
(D)
1 tsp orange colouring
2 tsp orange paste

10 packets of dried tamarind hawflakes

Method
1. Preheat oven at 180c for 15 minutes. Prepare a baking tray 8x3.
2. Ingredients A
Combine butter, castor sugar, sweetened condensed milk, vanilla essence in a mixing bowl. Beat on high speed for 10 minutes until creamy.Add in egg yolks one at a time while beating until well blended. Pour butter mixture into a large bowl, set aside.
3. Ingredients B 
In another bowl whisk the egg whites and cream of tartar until frothy. Add caster sugar a little at a time and continue to whisk for 5 minutes till medium/stiff peak
4. Ingredients C 
Add in sifted hk flour and baking powder into butter mixture.. fold in gently to combine.
Pour the batter is egg white. Mix until evenly mixed. Divide into 2 parts. One part is mixed with ingredients D and one with original color.
5. Weigh ur batter and divide it by the nbr of layers u want ur cake to be. alternating between orange and plain batter using upper fire (add hawflakes on every orange layer, 7mins each layer or until golden brown.. on each orange layer u use about 15pcs of hawflakes)
6. Bake last layer using upper and lower heat for 10mins.. if ur top gets brown too easily.. cover top with aluminium foil.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang