Pages

Friday 25 November 2011

Tart Telur


Assalammualaikum...
pejam celik..celik pejam..tupp.tuppp dah hari jumaat..adoiii cepatnya masa berlalu..
tahun 2011 berbaki sebulan jer lg..emmmm..apa-apapun kehidupan mesti diteruskan..semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita semua aminn...


di pagi jumaat yang mulia nie saya nak berkongsi satu lagi resepi kegemaran saya..klu mkn banyak-banyak memang cnfrm cepat membesar bagai johan..ha haa haaa..tapi saya dah cuba resepi ni dua kali..hasilnya amat sedap..crust tu saya buat nipis sikit..sebab nak makan filling telur tu banyak-banyak he heee..


tanpa membuang masa jom kita pergi dapur..layannnn resepi nie..


Bahan-bahan bahan utk crust :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
1/2 cawan butter 
2 biji telur

bahan utk filling : 
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence

Cara-cara

Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/guna tgn pun boleh. 
Masukkan butter. 
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.

Cara utk buat filling dia pulak : 
Pukul gula dan telur.
Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
Tekan2 doh ke dalam bekas tart.
Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
Bakar dlm oven. agak2 nmpk mcm dah kekuning orange tuh masak la tue! hihi. tunggu sejuk 




bakar dalam oven gunakan api atas bawah..satu adunan tu saya dapat banyak jugak..dalam 40 biji..sekejap jer dah habis...ok la selamat mencuba..:)


Friday 4 November 2011

Cream Puffs


Assalammualaikum.



alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk saya berblog lagi..sebenarnya bayak resepi yang saya nk cuba..tapi masa membatasi..hari ini saya bercadang nak buat macarons..wahhhh dengar jer dah seram sejuk nak mencuba..he hee..tu la org kata klu nk wat macarons bukan senang..so saya pun masih mencongak2 kat kepala..nak buat ke tak...tapi kalau x cuba..kita pun x tau..tul x..?..disebabkan cuaca skarang x menentu saya batalkan macarons punya cerita..so malam tadi saya try buat cream puffs...


cream puffs nie mmg sedap,patutlah rata2 orang komen sedap..so saya cuba resepi dari yaniKR..memang berbaloi betul resepi nie..first time buat dah pun menjadi..lepas nie  saya nak buat selalu..owhhh x lama lg..mmg sah2 naik menjunam berat badan saya.h aha ahaaa..






jom kita sama2 masuk dapur..layann cream puff nie..


Cream Puffs

Bahan bahan ( dalam 10 biji )

100 ml air
45 gram butter
60 gram tepung gandum
2 biji telor (100 gram)

cara caranya

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2.  Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3.  Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4.  Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5.  Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
  6.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  7.  Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  8.  Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  9.  Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm.



krim kastard

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula pasir
1 cup susu segar
1 biji telur saiz L
1 sudu mentega

cara caranya

sediakan periuk
campur kesemua bahan diatas.
masak atas api sederhana hingga berkilat..



selamat mencuba..


Wednesday 2 November 2011

jodoh ..usah mencari yang terlalu sempurna



Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang