Pages

Monday, 1 December 2014

peach colour marble cake



Assalammualaikum

Kek marble..
dulu-dulu kek macam inielah orang akan hidangkan dimusim perayaan dan dimajlis perkahwinan...dapat makan sepotong nikmat sangat rasa..seronok sangat ..kek yang gebu dan tak pernah jemu dimakan.

zila suka kek marble..lebih lebih lagi kek yang sedikit berminyak dan agak lembab..sedapnya..cicah air teh pun sedap..sebenarnya dah lama zila buat kek marble ini terperap di draf masih tak ada kesempatan untuk publish dan menaip resepi..bila ada sedikit kelapangan dapatlah menggadap blog dan menulis sesuatu disini.


resepi kek marble kebanyakannya lebih kurang sama,kurang lebih pun sedikit jew..setiap resepi yang dikongsikan dari mana-mana sumber sekalipun kita kena cuba,dari situlah kita dapat rasa sedap atau tak...betul tak...hari ini zila nak share resepi kek marble yang zila ambil dari majalah saji.cubaan yang tak menghampakan lembut dan sedap.zila guna loyang ciffon.supaya senang nak potong dan nampak tinggi.

zila letak sedikit pewarna peach untuk menambahkan keceriaan kek marble ..
pada sesiapa nak cuba bolehlah ambil resepi dibawah..dalam keadaan cuaca musim hujan memang sesuai buat kek macamni..anak-anak boleh makan berulang-ulang..tahan dua hingga tiga hari baru habis..


Bahan
250 gram butter/majerine 
2 cawan tepung naik sendiri
220 gram gula kastor
4 biji telur gread A 
1 sudu besar ovellate 
1 sudu besar esen vanilla 
2 sudu besar susu segar 
1 sudu besar choc emulco 
1 sudu besar serbuk koko 

Cara
putar butter dan gula hingga kembang.
masukkan esen vanilla dan ovallate putar lagi
masukkan telur satu persatu putar sampai kembang.
masukkan tepung sikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampi adunan semua sebati
bahagikan kepada dua bahagian.
untuk coklat masukkan emulco dan serbuk koko mix sampi sebati.
masukkan kedalam loyang selang seli color putih n color coklat supaya nampak marbel terserlah.
bakar selama 45minit bergantung pada oven
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...