Pages

Friday 30 November 2012

nasi ayam


Assalammualaikum
selamat sejahtera dan salam sayang semuanya..hari jumaat yang indah..alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis dan berkongsi idea-idea masakan bersama..terima kasih atas kunjugan dan atas ucapan birtahday yang indah untuk anak zila tue..i love u ..



dah sarapan belum??
he heee kita minggu ini datang office awal..dalam minggu ini anak zila menduduki peperiksaan darjah khas sek agama..kalau orang johor mesti tau kan sekolah agama nie..hari ini last day dia exam..zila doakan semoga anak lulus dengan cemerlang ..amin...



so dalam minggu ini zila tak sempat nak siapkan sarapan dirumah..masing-masing beli jew lah..hari ini zila beli kuih cucur badak..uiitss sedapnya lahaiii..dah lama betul tak makan cucur badak..beli 2ringgit pastu makciktu free 1 ketul lagi..wahhh murah rezeki pagi-pagi nie..kata makcik tue dah lama x nampak zila..hampir setahun ..rindu dia kat kita..he h ehe ada jugak orang rindu kan...h ahhaaa.



oklah berbalik kepada masakan hari ini,
nasi ayam nie zila masak pada 22/11 haritu..bersempena hari jadi anak zila ..sebenarnya time itu buntu nak masak apa..last-last muncul idea nak buat nasi ayam..lagipun memang dah lama tak buat..





biasanya kalau buat nasi ayam zila guna resepi sendiri..yang dah bertahun-tahun zila guna,zila suka mencuba sesuatu resepi yang baru jadi untuk nasi zila ambil resepi didapur kak amie..suka pergi selongkar dapur kak amie nie..kerana beliau antara insan yang terhebat bila didapur..alhamdulillah nasi ayam jadi dengan elok..dan sedap..cuma zila tak guna beras basmathi sebab dah kehabisan stock..he hee so pakai jew lah mana yang ada kan..kalau guna lagi sedap..



untuk resepi ayam dan sambal ..zila guna resepi sendiri,dah selalu guna resepi ini..rasanya sedap bagi kami sekeluarga..sup pulak ..sup simple jew ringkas dan mudah..oklah pada sesiapa yang nak mencuba bolehlah ambil resepi ..jumpa lagi bye semua..muahhh.






Nasi Ayam 
by - Amie's Little Kitchen
dicuba oleh - zila4ever.blogspot.com

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi - rendam selama 10 minit dan kemudian basuh bersih
3cm halia - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie - zila letak 2 kiub pati ayam maggi
1 helai daun pandai - siat dan simpulkan
air secukupnya - anggaran 1:1.5 (1 cawan beras = 1.5 cawan air)

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam rice cooker.
2. Tekan suiz memasak dan jangan dibuka sehingga nasi masak dan kering.

Ayam goreng
by - zila4ever.blogspot.com

bahan - bahan untuk perap ayam
1 ekor ayam - cuci dan bersihkan
kicap - 4 sudu besar atau lebih
2 sudu besar lada hitam kasar
2 sudu lada sulah serbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 inci halia - tumbuk halus

cara:
rebus ayam ,masuk bawang putih dan serai yang diketuk, masuk skit garam.bila dah mendidih angkat ayam dan perap dengan kesemua bahan hingga 1jam atau lebih.
kemudian digoreng hingga garing..saya suka lebihkan lada hitam..

sos cili
2 biji tomato 
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi - lebihkan juka suka pedas
sedikit cuka makan
kisar semuanya hingga halus.perasakan dengan garam dan gula.

Bahan untuk sup
air rebusan ayam
1 sup bunjut
1 inci halia - diketuk
2 ulas bawang putih - dihiris
2 batang serai

- masak kesemuanya hingga medidih.hidangkan bersama hirisan daun sup dan daun bawang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang