Pages

Wednesday, 20 November 2013

nasi @ ayam lemon


Assalammualaikum ..

cuti sekolah sudahpun bermula..bestnyaaa..bagi ibu-ibu yang selalu menghantar dan mengambil anak inilah masanya dapat rest dari duty seharian kan..bila anak-anak dirumah semestinya kita sebagai ibu tak kering tangan..asik lapar  memanjang jew kan..kalau zila dari awal pagi dah masak makanan berat..biar tahan sikit perut diorang tue..nanti petang-petang sikit baru masak lagi..

ok ...jom cerita menu pulak...zila tak pernah lagi cuba buat nasi lemon nie..inilah kiranya percubaan pertama..bila semak resepinya memang mudah ..dan rasanya pun memang sedap..resepi zila ambil dari chef sabri hassan.salah seorang chef yang tersohor di malaysia..merupakan chef idola zila..

bila dah buat nasi lemon terfikir la pulak apakah hidangan yang sesuai untuk digandingkan bersama nasi nie..so zila cuba pulak gandingkan bersama ayam masak lemon..ermmm memang best..ayam masak lemon dah banyak kali zila buat..dengan cubaan resepi yang berbagai..tapi disini zila share resepi dari diana sky blue kitchen..tq diana atas resepinya.memang best..


Nasi Lemon
Resepi- Chef Sabri Hassan

Bahan-bahan
3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 1-2 jam
3 cawan air
80 gm mentega
6 sudu makan minyak zaitun@ minyak Mazola

Bahan di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris halus
5 ulas bawang merah- di hiris halus
½ inci halia-dimayang halus
1 biji lemon – dihiris nipis (asingkan 2-3 hirisan
untuk hiasan)

Bahan lain
1-2 helai daun pandan diikat
2 batang kulit kayu manis (ukuran 2 inci)
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 kiub @ 1 sudu kecil serbuk perisa ayam
Garam secukup rasa

Bahan hiasan
Daun bawang
Bawang Goreng
Hirisan Lemon

Cara
1.  Panaskan periuk, masukkan mentega, minyak
dan tumis bahan dihiris (bawang, halia,lemon)
hingga naik bau.
2.  Masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
dan daun pandan.kacau hingga naik bau.
3.  Masukkan air dan beras, kiub/serbuk perasa ayam
Juga garam kacau rata.
4.  Biarkan nasi masak.
5.  Hias dengan daun bawang, bawang goreng juga
   hirisan lemon sewaktu menghidang.


Ayam lemon
 Bahan A
4 keping dada ayam - belah bahagian yang tebal tapi jangan putus
1 tbsp sos lada hitam
1 tbsp sos plum
1/2 tbsp gula
1 biji kuning telur
1/2 biji parutan kulit lemon
2 tbsp tepung kastard
1 1/2 tbsp tepung ubi kayu
1/2 tsp minyak bijan
1/2 tsp perencah pati ayam
sedikit garam

Bahan B ( Dicampurkan ) Boleh Digandakan adunan ini
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 tsp biji bijan

Bahan untuk sos
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ulas bawang merah - dicincang
1 inci halia - dicincang
4 - 4 1/2 tbsp jus lemon -boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing²
3 - 3 1/2 tbsp sos plum - mengikut citarasa masing². Jika suka boleh bubuh 4 tbsp
2 tbsp sos tiram
1 1/2 cawan air
Gula
Garam secukup rasa

Bahan lain
Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk pemekat
1/2 biji lemon - dihiris nipis
Minyak

cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam.
  2. Kemudian saluti ayam dengan bahan-bahan B dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu bolehlah sediakan sosnya.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan bahan-bahan sos selebihnya dan biarkan hingga ianya mendidih.
  5. Tambahkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam secukup rasa.
  6. Didihkan seketika dan bolehlah ditutupkan api.
  7. Tuangkan di atas ayam goreng tadi yang telah dipotong dan disusun di atas pinggan bersama hirisan lemon.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...