Pages

Showing posts with label masakan laut. Show all posts
Showing posts with label masakan laut. Show all posts

Thursday, 16 April 2015

lala masak sos tiram


Assalammualaikum
lama dah rasanya tak kesini,blog sunyi tanpa kabar berita..manalah tuan rumah menghilang..macam sibuk sangat kan..

terima kasih pada sahabat yang sudi bertanya khabar,alhamdulillah zila sihat macambiasa..cuma agak pack sikit masa..sebab baby muhammad dah pandai mengacau..he hee biasalah budak tengah lasak..

sejak kebelakangan ini zila masak pun simple-simple sahaja.kata orang asal kenyang perut sudah..nak buat yang sedap-sedap memang kena tunggu hari sabtu atau ahad..ada orang take over jaga baby..bolehlah berexperimen sikit  didapur.



hari ini nak share menu simple lala masak sos tiram,jarang sebenarnya zila beli lala..tapi hariitu pergi pasar round-round tengok ikan semua tak menarik..nampak pulak lala nie..ramai orang vietnam beli..teragak pulak tetiba nak masak lala..masakkan macamni memang tak jadi lauk kalau kat rumah zila..masing-masing nak meratah jew..kompom memang kena stanby lauk lain untuk makan dengan nasi.


Lala Masak Sos Tiram
Bahan

½ kilo Lala
1 biji bawang besar                     
2 ulas bawang putih                    
1 inci halia                                              
5 biji cili padi - ikut kepedasan masing-masing    
1 btg serai - dititik
4 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
½ cawan air 
secubit garam

Cara-cara
1.      Tumbuk bawang besar,bawang putih dan halia.tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk dan serai sehingga kekuningan
2.     Masukkan lala dan air biarkan masak sehingga ia separuh terbuka
3.     Masukkan sos tiram, kicap dan garam
4.     Biarkan seketika dan kacau - masukkan cili hijau / merah sebagai penyeri
5.     Bila lala sudah masak angkat dan siap untuk dihidang.

Friday, 21 December 2012

ketam goreng telur masin


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..terima kasih  pada follower baru kerana sudi mengikuti blog zila nie..dan terima kasih juga pada teman-teman yang meninggalkan komen yang indah..i love u semua..


semalam merupakan hari cuti buat warga johor.Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar ..dikesempatan itu ramai yang membawa anak-anak berjalan..walaupun hanya satu hari ..cukup kew h ehhe..

zila ambil peluang tue pergi ke angsana..sebenarnya tak ada tujuan yang tetap nak kesana ..sekadar nak tengok pameran kraf yang diadakan sehingga 25 december ini..

hasil kraf semuanya ada disitu..kompang,keris,tembikar dan yang paling banyak baju batik..oleh kerana camera tak dibawa tue yang tak ada pic nak tunjuk..he hhee sesiapa warga johor yang nak pergi bolehlah kesana..parking masih ok semalam..


ok lah berbalik pada menu alam maya hari ini..
ketam goreng telur masin..ramai yang dah pernah buat kan?..tapi tak semua orang suka makan ketam..kadang-kadang ada yang alah dengan ketam..

bagi zila ok jew lah..he hhee rasanya memang sedap ..lemak-lemak kuning telur masin tue yang jadi sedap..



tapi kalau budak-budak agak leceh sikit nak makan..isi pun tak banyak..nak ketuk-ketuk jari ketam tue yang malas kan..h ehhe memang tak boleh jadi lauk..kena ratah camtu jew baru sedap..


biasa zila buat guna bahagian kuning  telur tue jew ..tapi kali ini saja nak letak bahagian putih tue pulak..rasanya tak jauh beza..cuma tak payah letak garam sebab masin tue dah ok..

pada sesiapa yang nak mencuba zila sertakan resepinya disini seperti biasa..sebagai rujukan diri..dan memanjangkan lagi ilmu ..semoga bermunafaat kepada semua..

sampai disini dulu ..bye semua..



ketam goreng telur masin
bahan-bahan:-

  • 3 ekor ketam bunga
  • 10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar butter
  • 5 biji telur masin 
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 biji bwg putih - di ketuk
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • garam
  • serbuk lada sulah secukupnya
  • minyak masak utk menggoreng





cara
  1. rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan - zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin.
  2. bersihkan ketam potong kepada dua bahagian,goreng dengan tepung jagung.
  3. goreng deep fried - asingkan
  4. panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
  5. masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
  6. masukkan susu segar,gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.
  7. kacau rata,tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih ,masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.



Friday, 23 November 2012

sotong goreng seleri


Assalammualaikum,
salam sejahtera dan salam sayang semua..bersua kembali malam-malam..he hhee ...mesti semua dah makan kan..hari ini zila tak masak..round-round pasar malam dan masing-masing beli makanan yang digemari..zila beli laksa johor..sedappp dah lama tak makan..



sebenarnya nak post sotong nie awal-awal pagi tadi..tapi masa sangat pack harinie..tak sempat nak cilok wat entry kat blog..h ehheee..
so malam-malam pun ok lah kan..



zila minat makan sotong..sebab tak ada duri...suami tak makan sebelum nie..bila dia dah berhijrah ke malaysia baru dia cuba nak makan..so zila masak la sampai dia rasa jemu nak makan..tapi hingga saat nie belum lagi dia rasa jemu..ha hhaa



oleh kerana dah terlalu kerap masak sotong..jadi muncullah resepi sotong yang berbagai..biasa masak sambal dan black pepper jew..kali ini zila buat kelainan sikit..letak daun seleri..rasanya sedap bagi tekak kami..sebelum makan perahkan sedikit asam limau..lagi sedapp..



Sotong goreng seleri
by : zila4ever.blogspot.com

bahan-bahan
5 ekor sotong - dibelah dua dan dibersihkan kemudian di kelar-kelar seperti corak tikar
1 biji lada benggala - merah dan hijau
1 kelopak seleri
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
sedikit air
garam secukup rasa
beberapa tangkai cili padi - dihiris
limau sambal

cara-caranya

  1. bawang besar dan bawang putih ditumbuk
  2. panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadidan cili padi sehingga naik bau.
  3. masukkan sotong dan sedikit air,tak perlu letak air banyak..tunggu sehingga sotong masak.
  4. masukkan seleri dan lada benggala kacau lagi sehingga rata..
  5. masukkan sedikit garam dan sos tiram..perasakan.
  6. bancuh tepung jagung dengan sedikit air,kemudian tuangkan dalam sotong.
  7. perahkan limau sebelum dihidang.
  8. hidangkan bersama nasi panas.


Friday, 14 September 2012

enoki mushroom tomyam





Assalammualikum..
salam sejahtera dan salam sayang  semua pengunjung blog zila. diharap semuanya happy always..terima kasih atas komen-komen yang indah..zila pasti akan membuat kunjugan semula..antara lambat dan cepat tau..i love u ..

Enoki Mushroom


sekejap  jew dah hari jumaat. atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ .

tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. 





ok lah hari ini nak share satu lagi masakan..kiranya masakan yang memang kerap zila hidangkan buat keluarga kecil zila.

memang mendapat sambutan yang menggalakkan dari anak zila kalau buat tomyam macam ini...   pernah makan x?
rasanya amat-amat sedap..kadang-kadang zila tak letak bahan-bahan yang banyak..cuma udang dan enoki mushroom nie jew ..siapa yang pernah rasa mesti akan jatuh hati..




zila buat tomyam ini semalam,dua tiga hari nie tekak rasa nak makan sup-sup ataupun tomyam..hari-hari sampai buntu tak tau nak masak apa..nak makan diluar memang dah jemu..so plan dengan anak nak buat enoki tomyam.pergilah kami berdua ke jusco mencari bahan-bahan yang diperlukan..



Resepinya seperti tomyam  biasa..cuma bezanya ada penambahan cendawan enoki..rasanya lembut..bila dah bercampur dengan kuah tomyam lagilah sedap..sebab ada rasa masam-masam dan pedas.bagi zila tomyam lebih sedap jika kuahnya pekat..kalau cair memang zila tak minat..biasanya zila letak air tak banyak sebab suka pekat..dan aroma dari daun limau dan daun ketumbar memang zila suka..oklah jom semak resepi tomyam yang mudah..



Enoki mushroom tomyam 
by - zila4ever.blogspot.com

bahan-bahan
enoki mushroom - 1 paket 
beberapa keping - udang,ayam dan sotong
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji bawang putih - ditumbuk
cili padi merah ditumbuk - ikut kepedasan masing-masing
2 batang serai - diketuk
sedikit daun ketubar
5 helai daun limau purut
2-3 sudu besar pes tomyam
perahan air limau 
4 cawan air - ikut kepekatan masing-masing
beberapa biji tomato - potong 4

cara-caranya
tumis  bawang putih dengan sedikit sahaja minyak..hingga sedikit kekuningan.
masukkan ayam kacau sebentar dan tutup,sehingga air ayam keluar.
kemudian masukkan air biar hingga mendidih.masuk serai,cili padi dan bawang besar,daun limau dan pes tomyam.
masukkan enoki mushroom dan tomato.last masukkan perahan air limau.perasakan semuanya dan sedia dihidang.



 selamat mencuba - bye semua 











Monday, 18 June 2012

nostalgia hari bapa..sotong dalam tin tumis bercili


Assalammualaikum dan salam sejahtera
selamat pagi semua...wahhhhh rindunya nak menulis blog..he hehee rindu sangat-sangat kat teman-teman blogger..dah beberapa hari menyepi dan membisu..rasanya macam tak lengkap kalau tak round-round kat dapur teman-teman....sambil skodeng menu-menu yang lazat-lazat...minta sorry banyak-banyak jugak..sebab tak berkesempatan nak berBW..insaallah lepas nie bolehlah BW macam biasa..hari ini kerja dioffice tak berapa pack..so rutin boleh berjalan seperti biasalah..:)




seminggu dah off dari dapur masak-masak..he hheee ...sebenarnya haritu zila naik pelamin..tu yang kena off seminggu..majlis yang serba ringkas jer..tak buat besar-besar pun..cuma dihadiri kaum keluarga..dan rakan-rakan rapat..
Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang mengucapkan tahniah pada zila difacebook..dan inbox ...doakan yang terbaik buat zila yer..semoga mahligai yang baru dibina ini berkekalan hingga ke akhir nyawa..amin..





oklah berbalik kepada menu masakan hari nie..siapa yang pernah makan sotong dalam tin nie??..pasti ada jugak yang tak pernah makan kan?..sempena hari bapa nie..zila nak kongsikan masakan sotong nie...nostalgia sangat-sangat sotong nie...kerana apa...??..




sebabnya sotong nielah kegemaran arwah ayah zila...beliau sangat gemar sotong dalam tin nie..so bersempena hari bapa nie zila nak mengimbas kenangan bersama beliau...kenangan yang pastinya tidak pernah luput..AL FATIHAH ..buat arwah ayah semoga ayah ditempatkan dikalangan para solih dan solihin...aminnn.. "syurga itu di bawah telapak kaki ibu". Namun, di mana pula syurga seorang ibu? Bukankah di bawah telapak kaki seorang suami; yang sudah tentu pula rata-ratanya bergelar ayah..


time zila kecik-kecik dulu..harganya agak murah...sekarang satu tin kecil tu berharga RM4.40..isi dalamnya tak banyak mana pun tapi kalau nak masak kena carik-carikkan supaya mudah nak makan..
biasanya kalau balik kerja..lauk nielah yang paling senang dihidangkan..he hehe kiranya adik beradik dengan sadin la nie..lapas tu pulak dihidangkan bersama nasi panas..wahhhhh semakin bertambah-tambah selera..sebab ada rasa masam-masam dan pedas..waallaaa..




jom sama-sama semak resepi yang sangat-sangat mudah..ayat yang biasa saya cakap kat anak saya..."alaaa..pejam mata jer pun boleh buat.".he hehhe



sotong dalam tin tumis bercili

bahan-bahannya
1 tin kecil sotong dalam tin
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
10 biji cili padi - lebihkan jika suka pedas
1 batang cili merah
1 sudu kecil perahan air limau
1 biji tomato 

cara-caranya
  1. carik-carikkan sotong menjadi kepinggan yang kecil.
  2. kupas dan hiris bawang besar bulat-bulat,dan bawang putih
  3. hiris cili padi dan cili merah
  4. Dadukan tomato
  5. tumiskan bawang merah,bawang putih ..bila dah berbau wangi masukkan hirisan cili padi dan cili merah..
  6. kemudian masukkan tomato yang sudah didadu..tumis hingaa sedikit garing.
  7. masukkan sotong yang telah dicarik-carik..campurkan sedikit kuah sotong..jika tak gemar boleh tambahkan sedikit air.
  8. tambahkan perahan asam limau..
  9. sedia untuk dihidang.





selamat mencuba










Friday, 18 May 2012

sotong bunga bertaucu

salam dan selamat pagi 

salam jumaat penghulu segala hari..lebih meriah hari ini kaum2 adam pergi solat jumaat..wahhh time nielah kiranya semua orang lelaki akan pergi ke masjid kan..tapi kadang-kadang tu ada jugak yang uzur..he hhehee...




dalam dua hari nie terasa amat la sibuk..BW pun dah malam-malam baru leh singgah..oh yaa terima kasih pada teman lama dan yang baru..dan pada semua yang sudi singgah dan meniggalkan komen amat-amat saya hargai..saya dah add balik semuanya..dan terima kasih sebab sudi follow yer...badan pun rasa macam tak sihat ni..dah seminggu batuk..terganggu jiran sebelah nak tidur...he hhe almaklumlah rumah taman..

apa saya masak tu..h ehehe aahh dah betul la tue..sotong bunga-bunga..jatuh cinta tengok sotong nie kat dapur hazila cyg..pastu kat dapur mamsya cyg jgk..tapi kedua-duanya mempunyai cara masakan yang berlainan..


bila kita dah potong macamnie kan ..rasa selera nak makan tau..semakin bertambah-tambah nasi..lagi satu budak-budak pun suka..sebab ada bunga-bunga..resepi nie saya tambahkan satu sudu taucu...kenalah dengan tekak kami..lagipun stock taucu kat rumah nie banyak..kalau simpan lama-lama nanti tak elok pulak.jom kita semak resepi pulak:)


sotong bunga bertaucu
sumber :hazila
diolah oleh:zila4ever.blogspot.com


bahan bahanya
2 ekor sotong besar - dicuci dan dipotong anggaran 1 1/2 inci.digunting dua bahagian jangan sampai putus.
1 inci halia - dimayang*
5 tangkai cili kering atau lebih - dihiris meyerong *
3 ulas bawang putih - dimayang *
1 biji bawang besar - dihiris bulat *
1 tangkai daun kari *
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu kecil jus limau - ikut selera masing-masing
1 sudu besar taucu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
minyak untuk menumis




cara caranya
  1. masukkan minyak,tumis bahan-bahan yang dimayang * dan serbuk cili,tumis hingga naik bau.
  2. masukkan 2 sudu besar air supaya tidak hangit.
  3. masukkan sos tiram,taucu dan minyak bijan kemudian digaul rata.
  4. masukkan sotong dan perahan air limau.biarkan sebentar dan perasakan dengan garam jika perlu.
  5. jangan biarkan sotong masak terlalu lama kerana ia akan menjadi liat.
  6. dihidangkan bersama nasi panas.
  7. selamat mencuba





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang