Pages

Tuesday 30 April 2013

tofee cheese cake


Bertemu lagi hari ini.cheese cake simple yang zila buat sempena birthday suami yang jatuh pada hari rabu 24.04 yang lalu..oleh kerana hari itu hari bekerja zila tak sempat nak buat apa-apa pun.kebetulan kami berdua mengambil cuti untuk menyelesaikan urusan di imigresen so nak masak-masak dirumah memang tak sempat.


 
Oleh kerana hari biasa tue tak sempat zila gantikan acara masak-masak dan buat kek pada hari sabtu.cuma anak jew yang kena pergi kesekolah..sebab ada sekolah ganti.
untuk kek birthday kali ini zila memang dah plan tak nak buat kek yang ada icing..bukannya apa rasa macam malas pulak nak godeh-godeh..he hhee..mood kelaut nie.zila ambil resepi ini dari dapur kak ita nampak sangat-sangat sedap,dan seri kandi pun dah cuba juga..bila seri kata memang urrmmm..zila menjadi bertambah yakin kesedapannya..



untuk base kek ini zila gantikan dengan biskut marie,pakai mana yang ada stock dirumah.untuk caramel zila buat 2 versi satu lagi zila campurkan perasa oren sunquick rasa masam-masam sikit dan satu lagi sama macam resepi kak ita.

caramel tue zila tak curahkan sepenuhnya atas kek,sebab dirumah nie ada yang tak suka manis-manis..so bila nak menghidang jew zila curahkan caramel.
zila tak sempat nak masukkan dalam peti ais,siap caramel terus potong kek dan curah..h ehhee sebab suami tak sabar nak potong dan rasa.

Pada sesiapa yang tak pernah buat memang kena cuba jugak.rasanya memang sangat-sangat sedap..dah makan sekali memang nak makan lagi..suami kata next time buat lagi ..anak pun puji kata sedap..



TOFEE CHEESE CAKE
by :
Epicurious dan kak ita

Lapisan Bawah
1 1/2 cawan biskut Oreo / Marie / Tiger
5 sudu besar mentega cairkan

Biskut di hancurkan. Boleh juga gunakan campuran biskut, antara biskut Oreo dan biskut Marie atau sebaliknya.
Satukan biskut dan mentega
Letakkan dalam loyang spring form pan ukuran 8 inc
Alas dasar loyang terlebih dahulu dengan kertas minyak
Padatkan biskut dalam loyang
Boleh padatkan pada dasar loyang sahaja, atau pada sekeliling loyang juga

Simpan dalam peti ais sebentar anggaran 1 jam
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau sehingga biskut merenggang sedikit dari loyang.
Biarkan sejuk tapi jangan keluarkan dari loyang. Biarkan ia sejuk dalam loyang
 

 

Cheese Cake
250 gm krim cheese ~ suhu bilik
150 gm gula perang
30 gm mentega ~ dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata

Tuang dalam loyang yang terdapat biskut tadi.
Balut loyang dengan kertas aluminium foil tapi jangan tutup permukaan loyang
Letakkan loyang dalam loyang lain yang lebih besar
Isikan air panas dalam loyang yang besar, jangan sampai loyang kek terapung.
Bakar secara bain marie ini pada suhu 170 C selama 1 jam 15 minit
Bakar guna api atas dan bawah

 
 


 

Caramel
1 1/2 cawan gula ~ kurangkan
1/4 cawan air
1/2 sudu teh jus lemon
1 cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream / heavy cream
15 gm mentega

Masak gula, air dan lemon hingga keperangan
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau hingga ia pekat
Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat

Biarkan ia suam
Tuangkan atas cheese cake tadi
Simpan dalam peti ais hingga dingin
Hiaskan dengan coklat Tofee


Tuesday 23 April 2013

nasi briyani



Assalammualaikum,salam sejahtera dan salam sayang semua.
bertemu lagi hari ini..semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik..terima kasih atas kesudian berkunjung kesini juga.


semua dah makan belum?..jom join zila makan nasi briyani..he hehe..
oklah sebenarnya sebelum ini tak pernah pun buat nasi briyani sendiri dirumah..dulu zila pun kurang minat makan nasi briyani..lebih suka nasi putih biasa jew..biasalah tekak orang kampung katakan..


tapi bila dan bersuamikan orang asing kenalah masak dan cuba buat..alhamdulillah walaupun briyani zila nie simple tapi en suami kata sedap..suami zila memang gemar makan nasi berperisa..kalau nasi putih memang kurang laju dia makan.

briyani kali ini zila gandingkan bersama udang masak briyani dan acar darat..oleh kerana suami zila tak makan udang zila buat ayam goreng dan timbus dengan nasi briyani tue..dan masak lagi beberapa minit..rasanya lagi sedap..

kalau suami zila yang masak briyani nasi dan ayam dicampur sekali..tapi zila macam kurang suka..suka makan asing-asing..


Nasi briyani

Bahan-bahan
3 cawan beras basmati
3  sudu besar minyak sapi
1 cawan susu segar/plain yogurt
3 cawan air
1 paket rempah briyani kecil - dicampur sedikit air dan dijadikan pes
6 biji bawang merah-dikisar
4 biji bawang putih-dikisar
1 inci halia-dikisar
1 paket rempah tumis
1 biji bawang besar holland - dihiris
1/2 cawan kismis hitam dan kuning - ikut suka nak letak bayak pun boleh
1/2 cawan gajus
1 pokok daun ketumbar - untuk hiasan
bawang goreng - untuk hiasan

cara-cara
  1. Cuci beras basmati sehingga bersih,rendam dengan air panas selama 5 minit..kemudian cuci dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi,masuk rempah tumis,bawang holland dan bahan kisar.tumis sehingga harum,masukkan sedikit garam kemudian masukkan rempah briyani dan gaul rata.
  3. Bila sudah rempah agak kering masukkan susu dan air..tunggu sehingga mendidih dan masukkan beras.kacau rata dan tutup.
  4. Apabila nasi sudah kering masukkan kismis dan gajus..letak sedikit pewarna kuning jika suka..
  5. taburkan daun ketumar dan daun bawang semasa menghidang.


Udang masak briyani

Bahan bahan
1 kilo udang sederhana besar
1 biji karot
2 biji kentang  - dipotong 4
2 sudu besar rempah briyani
1 sudu besar rempah kari
1 biji bawang besar -  dihiris
2 batang cili merah/hijau dibelah dua
3 biji tomato - dibelah 4
1 paket rempah tumis
1 batang serai - diketuk
daun ketumbar
1 sudu besar serbuk lada

Bahan kisar
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
2 biji buah keras
6 biji bawang merah 
3 biji bawang putih

cara-cara
Udang di gaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam.goreng seketika.
Panaskan sedikit minyak,tumiskan rempah tumis,bawang besar,bahan kisar dan serai..sehingga wangi .
Masukkan rempah briyani,rempah kari dan serbuk lada.kacau rata dan masak sehingga garing.
Masukkan udang dan masak seketika,perasakan dengan air asam dan garam.
Tambahkan daun ketumbar.dan apabila sudah masak tutup api dan boleh dihidang.

Acar darat
1/2 biji nenas
1 biji timun
1 batang  karot
2 sudu besar pati oren sunquick
gula dan garam secukup rasa

cara-cara
hiris nenas dan timun,sagatkan karot.campurkan kesemuanya tambahkan 2 sudu pati oren sunquick,perasakan garam dan gula..sedia dihidang.


Award
oklah sebelum berundur diri zila nak ucapkan terima kasih buat nasya atas kesudian beliau bagi award nie..smoga jalinan persahabatan di alam maya ini akan berpanjangan..rasanya zila orang terakhir yang angkut award nie kot..walaupun lambat tapi akk tetap amik dan frame di blog akk tau nasya..i love u ..

buat pengunjung blog zila sampai disini dahulu buat kali ini ..sekejap lagi nak kena pergi LHDN ..bertemu lagi di next entry insyaallah..salam sayang untuk semua bye .


Tuesday 9 April 2013

kacang pool - bersama teh tarik




Assalammualaikum.
salam sayang untuk semua..alhamdulillah masih diberi kesempatan menulis dan berkongsi sesuatu disini..walaupun asik tenggelam timbul..kejap ada.. lama tak ada...he hhee..




semenjak dua menjak nie masa yang ada sangatlah pack..banyak perkara yang harus diselesaikan ..dan banyak juga kerja-kerja yang terbengkalai..masa nak menatap blog jugak sangat-sangat terhad.

terasa rindu nak bw seperti biasa..insyaallah bila semuanya dah ok zila akan berkunjung seperti biasa..



kacang pool..dah seminggu pic nie terperap dalam draf..hari nie baru sempat dipublishkan...menu kebanggan orang johor..rata-rata bila berkunjung ke johor mesti nak merasa kesedapan kacang pool haji..
kalau tak berkesempatan pergi ke medan selera larkin..di angsana pun ada,rasanya sama jew tak berubah..



bagi zila menu nie simple..kalau makan semangkuk memang tak terasa kenyang..mesti nak ada hidangan lain baru puas hati..he hhee memang kuat makan..
bila zila perkenalkan kacang pool nie pada suami terus dia suka..mungkin kena dengan tekak dia yang suka makan roti..so menu nie dah menjadi menu wajib dirumah nie..sebulan sekali mesti kena buat..memandangkan permintaan yang tinggi dari suami..layankan jew la kan..


pasti ramai yang dah buat kan?..bila zila google resepi memang semuanya lebih kurang  menggunakan bahan yang sama..sebenarnya dalam masakan kita boleh ubah mengikit citarasa kita..mana kita rasakan sedap masukkan jew la..tapi yang penting jangan sampai lari sangat dari menu asal..

pada sesiapa yang nak cuba buat zila sertakan resepinya disini..boleh dimakan bersama apa-apa jenis roti..roti prancis pun ok jugak..tapi zila beli roti yang belum dipotong di tesco..boleh potong ikut hati nak besar mana..sapukan sedikit butter dan bakar..hidangkan bersama teh tarik kaw-kaw..slurpppp..




kacang pool

1 tin kacang pool - brand kimball
300 gram daging kisar
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil serbuk lada
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang holland - didadu
garam secukup rasa
air - secukupnya


cara-caranya
Asingkan kacang pool dari airnya,hancurkan kacang pool menggunakan garpu,jika suka terasa kacangnya jangan hancurkan lumat sangat kemudian ketepikan
Didalam kuali panaskan minyak sapi,tumiskan bahan-bahan yang telah didadu sehingga wangi dan sedikit layu.
Kemudian masukkan rempah-rempah.tumis seketika dan masukkan daging kisar.kacau sehingga daging bertukar warna dan lembut.
Masukkan kacang pool yang telah dilenyek dan kacau rata..kemudiaan masukkan air secukupnya..ikut kepekatan yang dikehandaki..
perasakan dengan garam..sedia dihidang.
bahan hiasan
1 biji telur - digoreng separuh  masak
1 batang cili hijau - dihiris
1 biji bawang holland - didadu
2 biji limau kasturi

Monday 1 April 2013

sarawak kami datang - part2 -apa yang menarik di sempadan sarawak-kalimantan


Assalammualaikum..
salam sejahtera ..bersua kembali hari ini..bersambung kembali kisah percutian kami ke sarawak..
masuk hari kedua..driver kami telah bertukar..abang yang hari pertama tue dah ada duty dengan orang lain..so kali ini pangkat adik pulak yang membawa kami..orangnya sangatlah peramah..kacukan cina melayu..kiranya memang ok sebab sekepala dengan family kami..
bila sudah ke kuching tak sah rasanya jika kita tak pergi ke pasar serikin..serikin terletak di sempadan sarawak-kalimantan.jarak perjalanan dari bandar kuching lebih kurang 1 jam lebih..



kata orang barang-barang dari indonesia dan sarawak jauh lebih murah dijual disini..pic diatas tue acuan kuih ros..atau ada jugak orang panggil kuih goyang..tapi saya tak beli...harga pun saya tak check..mungkin time tue dah blur..h ehhe heee..sampai jb rasa macam menyesal la pulak..



yang diatas nie acuan kuih bahulu..bagi saya sangat special designnye..tak pernah jumpa lagi kat sini..


yang ini lesung batu..alahai memang nak sangat beli ..beratnya lebih kurang 4 kilo..uiitss..tapi hubby saya menghalang..seboleh-boleh dia cakap tak payah beli..urrmmm last-last saya ambil jugak yang jenis kayu..tak la rasa sangat terkilan nanti..kalau rumah dekat dah lama saya angkut..



baju kebaya wajib beli..sebab saya memang penggemar baju kebaya..minat pada sulamannya..warna pun semuanya cantik-cantik tak tau mana satu nak pilih..last-last beli jugak dua pasang..harganya memang jauh lebih murah disini..



 jam dinding dan frame gambar yang cantik..



 nie pun menarik..harganya pun lebih murah dari bandar kuching..





hasil kayu yang menarik..


periuk,pengukus,kuali dan macam-macam lagi..dari pemerhatian saya pasar serikin nie lebih kurang macam wang kelian sempadan thailand - malaysia..konsep kedai lebih kurang sama tapi dari segi barang yang dijual ada keunikannya tersendiri..


 longgokkan kulit kayu manis yang belum dipotong..3 ikat RM5.00..murah..




motosikal pun dah flat indonesia nie..he hee ..pakaian antara barangan yang banyak dijual disini..selain tue telekung sembahyang..kain batik..jubah..handbag..jika inginkan harga lagi  murah memang kena pandai tawar menawar..


jeruk dan popia kecik..krukk-krukk sedapnya..saya beli yang design tengah tue..bulat-bulat..sebab gulunganya unik..he hhe..



deretan sayuran segar..kesemuanya fresh sangat-sangat..buah yang tak pernah jumpa pun ada disini...peria tue fav saya...ikutkan hati nk borong jew..sayur-sayur tue..he hehe



pada sesiapa nak kemari memang kena pergi pagi sikit..sebab cuaca disini teramatlah panas..kitaorang sampai dalam 12 lebih tengahari..emak dan family lain x larat nak jalan sampai ke hujung..masing-masing sampai separuh jew..tapi saya dan suami round sampai habis..kata orang alang-alang dah sampai..panas-panas pun redah jew lah...

En suami dan adik lelaki saya..tengah belek-belek sunglases..

setiap hari sabtu dan ahad jew ada pasar serikin nie..hari-hari biasa tak ada tau..so pada sesiapa yang singgah ke kuching harus kemari tau..


dalam perjalanan nak menuju ke bandar kucing nampak gua nie..dalam nie ada kuil tempat sembahyang..so kami singgah sekejap ambil gambar..




menyambung perjalanan kami kesini pulak..gua angin..tapi kami tak masuk pun..cuma round-round sekitarnya sahaja..ada sungai yang cantik..beberapa orang asing mandi disitu..kami sampai pun dah lewat petang..



pasar satok..atau lebih dikenali dengan pasar minggu..pasar satok yang lama telah berpindah kesini di medan niaga satok pada 1 january 2013..jadi saya tak dapat merasai kehebatan pasar satok yang lama....tempat yang lebih teratur..dan bersih..tapi biasalah tempat baru auranya tak akan sama dengan tempat lama kan..

masa kami sampai masih tak ramai peniaga ..orang pun masih tak ramai..mak   beli kain pua..murah juga disini..tapi yang orignal harganya boleh tahan la jugak..
saya cuma round-round tengok apa yang berkenan dihati..nampak jambu batu yang isinya merah..terus beli..terkenang pulak zaman kecik-kecik..suka makan jambu merah..he hhee




kata orang kalau ke tempat orang harus kita merasai makanan diorang kan..begitu juga kami tak akan melepaskan peluang mencuba beberapa makanan yang popular disini..
adik van tue bawa kami kesini 'my village barok' menu macam-macam ada..tapi saya lebih excited nak cuba mee kolok dan makanan sarawak lain..


pemandangan dari atas restoran..


baju merah tue driver kami..masing-masing tengah berbincang nak makan apa..memandangkan tukang buat mee kolok keluar sekejap cari barang..so kami tukar pada menu lain..



inilah ayam penyet yang kami oder..kalu kat jb lain sikit sambalnya..disini sambal tue rasa masam-masam manis..kira ok jugak lah..ayam pun besar..sepinggan RM9.00..siap ada ulam lagi..



yang ini ayam pansuh..dimasak didalam buluh..berserta pucuk ubi..rasanya memang sedap..harus dicuba..nak kata macam sup pun ada jugak..tapi memang best..


sayur midin goreng belacan..memang sangat-sangat sedap..rasa macam pucuk paku jugak tapi lain sikit bentuknya..bergulung bahagian pucuknya..alahai teringat-ingat sampai sekarang kesedapanya..



yang ini umai ikan..pun sedap..rasa macam kerabu sotong camtulah..ada rasa masam-masam sikit..umai udang pun ada..tapi kami cuba yang ikan nie...
siap makan semua ..kami sekeluarga pulang ke rumah penginapan..10.00 sampai rumah..

oklah sampai disini dulu untuk part yang kedua bersambung lagi nanti di part3..bye semua ^__^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang