Pages

Showing posts with label laukpauk. Show all posts
Showing posts with label laukpauk. Show all posts

Thursday, 9 July 2026

Tenggiri dan Ketam masak lemak daun selasih

 


Bila mood rajin datang ..susun makanan pastu amik gambar..bila mood malas..ceduk terus lauk kat pinggan campur dengan nasi ..tak payah asing hidang..terus makan..hihii senang kerja.


Ritu ada kawan bagi daun selasih banyak sangat..dah beberapa hari terperuk dalam esbok..penat mikir nak buat apa jelah daun selasih yang selambak tu..last teringat pulak lama tak buat masak lemak cili padi buh daun selasih bebanyak..maka terlaksanalah menu tu..sebab ada yang tak makan ketam..maka zila buat dua jenis..satu ikan tenggiri..dan satu lagi ketam..dah tak payah gaduh ..hihii
Resepinya sama je macam masak cili padi biasa tu,cuma tambahkan daun selasih je..yang ni zila buat yang versi pedas sikit..so baru ngam makan ..



Thursday, 15 June 2023

Masak Tauhu telur mix kacang pea dan cendawan


Masak sayur campak-campak..
Bila dah boring dan tak tau nak masak lauk apa..biasanya lauk gini akan tersenarai dalam menu ..ikutkan lauk tauhu telur atau tauhu jepun camni memang sesuai di buat ratah je..memang tak jadi lauk kalau masak..kan..

Nak buat sayur gini memang senang..orang kata campak-campak dah jadi..tapi kalau angin malas datang benda yang campak camni pun kadang saya malas jugak walaupun senang..hihii

Biasanya tauhu telur tu saya potong menjadi tiga bahagian,jangan bukak plastik tu dulu..nanti nak potong susah..potong je dengan plastik tu..lepastu bolehlah goreng sekejap..kacang peas tu celur dulu..
hiris bawang putih,halia dan lada merah besar/lada cili ketuk...
Tumis bawang putih dan halia sampai kekuningan...kemudian tambah sos tiram sikit..masukkan hirisan ayam,biar sekejap hingga ayam masak ..ayam dah masak tambah air sikit buat kuah..masuk lada merah/lada cili ketuk dan kiub pati ayam...biar hingga mendidih..
Masuk cendawan ..biarkan cendawan tu masak sempurna...perasakan garam..bancuh satu sudu besar tepung jagung dengan sedikit air ...tuang dalam kuah tadi ..kacau rata hingga kuah sedikit pekat..tuang kuah pada kacang peas dan tauhu telur tadi..siap hidang dengan taburan bawang goreng.


 

Friday, 2 June 2023

Ikan tongkol gulai "stail kelantan" dan pisang tanduk rebus


Makanan kelantan yang satu ni memang menjadi kesukaan ramai..
bila ke kedai atau gerai masakkan kelantan atau terengganu tak sah kalau tak ambik diorang punya ikan tongkol..memang sedap pada tekak kami..walaupun saya bukan penggemar ikan tongkol tapi bila jumpa gulai kelantan terbeli jugak ikan tonkol ni sekelar..

Untuk membuat gulai yang sedap kita kenalah rujuk pada orang yang pakar dalam masakkan kelantan ni,saya rujuk cara memasak gulai kelantan ni di blog azie kitchen..ikut cara dia memasak gulai stail diorangni..sebab dah ada timun dan lada maka saya tambahkan timun dalam tu..senang dah tak payah sibuk nak buat sayur bagai..

Dapat lauk macamni lepastu makan dengan nasi panas,memang jadi bertambah nasi di pinggan..

Gulai ikan tongkol ni saya gengkan bersama pisang tanduk rebus..pisang tanduk masak ni pemberian dari adik lelaki saya ..hasil dari kebun dia..bila dah masak dan direbus macamni rasa dia memang sedap..manis jew..


Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan

Bahan 
Ikan (direbus dg garam dan asam keping)
7 - 8 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula
Santan secukupnya
Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan (jika suka)

Caranya
  • Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam. Kesemua bahan di atas di kisar. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu. 
  • Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.  


Friday, 18 December 2020

Resepi Sambal terung pipit

 





Assalammualaikum
lama tak jengah blog,rindu sebenarnya nak menulis disini,disebabkan kekangan masa nak masuk sini rasa bercinta pulak..kerja sekolah online pun banyak sekarang..sek agama pun ada kerja sek online ..kena mengajar Muhammad buat homework..dah penat memasak ..urus kerja rumah  begitu gini dah petang..
Ok aritu balik kampung tengok terung pipit rumah emak banyak berbuah..kalau dikampung ni tak ada yang makan terung pipit.emak pun tak berapa gemar nak makan.petik sikit bawak balik rumah..dalam kepala terbayang sambal..lahai sedapnya kalau dapat cicah dengan ubi kan..dah sampai rumah terus masak sambal terung pipit..nikmat rasa.

Sambal Terung Pipit Lajennn
By @zila norazila

Bahannya
Terung pipit - secukupnya
Lada merah besar 2 batang
Lada hijau besar 2 batang
Cili padi hijau - dalam 20 biji (ikut lavel kepedasan masing-masing ye)
Cili padi Thai merah - Dalam 6 biji
Bawang besar - 2 biji
Bawang Putih - 5 ulas
Sedikit belacan - jika suka (saya tak letak)
Air asam jawa - jika suka (saya tak letak)
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Ikan bilis - secukupnya

Caranya
Tumbuk bawang besar,bawang putih ,kesemua lada..ikutlah nak bland kasar atau tumbuk pun boleh.
Panaskan sedikit minyak,goreng ikan bilis hingga garing,angkat dan ketepikan.
Tumis bahan kisar hingga kekuningan dan kering ..tambahkan sedikit air bila dah kering,masuk terung pipit ..garam ..gula jika suka bahan perasa boleh letak juga.
dah sebati semua agak dah masak boleh angkat dan hidang..taburkan bilis goreng.

Friday, 24 July 2020

Sedapnya Daging salai black pepper..

Nak cerita daging salai..
Daging salai memang kegemaran saya dan iqbal,kami sanggup memandu jauh demi mencari daging salai masak cili padi yang sedap.merata jugaklah kami dah rasa daging salai.memang semuanya bagi saya sedap.
Bila aritu dapat paid review dari Smokasalai memang tertunggu- tunggu sangat bila daging nak sampai..ni merupakan kali ke dua smokasalai buat review dengan saya.kali pertama tu terpaksa dia pos dua kali sebab time Pkp dan kebetulan dah nak raya pos laju simpan daging ni seminggu lebih tak dihantarnya..so bila sampai daging ketangan dah rosak.Smokasalai replace lagi yang baru..kali ni cepat guna courier lain pulak.laju sangat harini hantar esoknya dah dapat.

 Ini dia bungkusan Daging salai dari smokasali,yang berminat nak mencari daging salai boleh ke instagram dia @smokasalai.

Kali ini saya try masak daging salai black pepper pulak..ini merupakan menu paling digemari oleh anak-anak.kalau masak daging biasa selalu memang buat macamni.bila kita guna daging salai rasa dia lagi sedaplah kan,bau asap salai dia tu menaikkan aroma.

Diratah macamtu jew pun sedap tak jadi lauk..sekali adap 200 gram tu habis saya dan iqbal kerjakan..Muhammad pun suka ratah je.


Video cara saya memasak daging salai ni saya ada sharekan di YouTube channel saya zila norazila 
bantu saya untuk Subscribe ..Like dan tekan butang loceng untuk lebih semangat upload video baru.

Daging salai black pepper
By zila norazila

Bahan 
Daging salai
5 ulas bawang putih
Halia
Lada hitam - secukupnya
1 batang serai -diketuk
(Semua bahan diatas dikisar)
Sos tiram
Kicap lemak manis
Sedikit garam
Lada benggala 1 biji -dipotong kiub
1/2 biji bawang holland dihiris

Caranya
1.Panaskan minyak,tumiskan bahan tumbuk dan serai.biar sehingga wangi.
2.Masukkan daging salai gaul rata.tambah sedikit air..biar sekejap.
3.Tambahkan kicap lemak manis dan sos tiram.kacau rata.
4.Masuk bawang holland hiris dan lada benggala.
5.Gaul sekejap.tutup api.siap dihidang.

Wednesday, 15 July 2020

Kerabu Pucuk Meranti dan taugeh..buat ratah-ratah memang sedap

Rabu 15 haribulan Julai 2020
Budak sekolah rendah tahun lima dan enam dah mula sekolah,nasib Muhammad ada lagi berbaki beberapa hari lagi baru naik sekolah,untuk tahn satu,dua dan tiga akan menyusul 22 Julai nanti,masih ada masa pulun homework dari cikgu time PKPP ,PKP dan PKPB aritu.

Sambil mengadap laptop ni kepala mikir nak masak apa hari nie untuk diaorang.macam ketandusan idea pulak,nak kekedai macam malas pulak nak start kereta dan memandu..
Kerabu nie lauk aritu ,buat masa dikampung time PKP,duduk ramai dirumah tak cukup kalau buat kerabu camni,masing-masing suka.stock meranti memang senang nak dapat,sebab kami ada kedai runcit dikampung so ada jew orang kampung tolak sayur dan ikan dikedai.
Masing-masing dikerah jadi model makanan jugak..hihii

Kerabu Pucuk Meranti dengan Taugeh

Bahan
Udang kering
Cili padi
Bawang putih
Bawang besar
Sedikit belacan
(semua bahan diatas digoreng sekejap dengan sedikit minyak)
Kelapa parut putih
Daun dan biji cekur
Garam secukupnya
Serbuk perasa jika suka

Pucuk Meranti dicelur
Taugeh secukupnya

Caranya
Tumbuk bahan yang telah digoreng,kemudian masukkan cekur dan tumbuk sekali biji dan daunnya.
Panaskan kuali masukkan bahan yang telah ditumbuk dan kelapa parut gaul rata.tambahkan sedikit garam.
Masukkan pucuk meranti dan taugeh,gaul rata ,sebatikan rasa dan hidangkan.



Wednesday, 26 February 2020

Jom buat 'Sup Mamak'

Bersua lagi..
tuan rumah kebelakangan ini memang agak sibuk,sejak Muhammad masuk darjah 1 memang agak susah sikit nak selit time nak menulis disini.
hari ini bangun awal sikit,dari malam tadi plan nak menulis disini,masuk bilik kejap temankan Muhammad tido ..dah sudahnya dengan emak dia tido awal sekali.Pukul 3 lebih dah tersedar,mata terkebil-kebil tak boleh tido balik lepas solat.

Nak cerita sup mamak yang entah berapa lama buat,nasib gambar masih ada tersimpan rapi..memang menu kegemaran saya yang berasaskan sup macamni.tapi cuma saya dan Iqbal je yang suka makan sup,Muhammad dan suami memang kurang minat,bukan tak makan langsung..makan tetap makan cuma diaorang macam kurang minat sangat.
Sup mamak ni saya gengkan dengan roti perancis..roti ni bukan yang jenis keras..tapi yang jenis lembut..saya kurang gemar makan roti yang agak keras..memang suka cari yang lembut macamni baru kena dengan selera.
Bila suruh suami pergi beli roti memang 2 tiga bungkus dia bawak balik..ermmm sudahnya tak terabis..terpaksalah mencari idea nak perabih roti perancis tu.


SUP MAMAK

Bahan
1 ekor ayam/daging
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
Kiub pati ayam secukupnya
Garam secukup rasa
Cili padi – diketuk
2 sudu makan ( atau lebih) tepung gandum – bancuh dengan sedikit air yang ni akak skip
1 batang lobak merah- potong
3 biji ubi kentang – potong
2 liter air

Bahan kisar
Sepeket kecil rempah sup( 25gm)
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 buku bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 Akar ketumbar ( satu sepanjang 3 inci) – jangan ambil yang halus-halus.

Bahan pelengkap
Daun ketumbar/daun sup/ daun bawangBawang goreng

Cara Memasak
1.Kisar semua bahan kisar hingga halus. Kemudian panaskan minyak dan tumis bersama buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau.
2.Masukkan daging diikuti ubi kentang, lobak merah, cili padi, air dan perasakan dengan garam serta kiub pati ayam.
3.Setelah empuk, masukkan bancuhan tepung gandum mengikut kepekatan yang dihendaki.
4.Angkat dan tabur bahan pelengkap sebelum dinikmati
.

Thursday, 30 January 2020

Ikan Bakar tersedap....ايكن بكر ترسداڤ


Dah malam..
esok cuti..bagi orang Joho memang cuti lah kan setiap jumaat..bagi kl esok ganti federal day yang jatuh padi hari sabtu.esok bolehlah keluar sekejap beli barangan dapur,tapi taklah nak berlama sangat pergi ke Mall.almaklumlah waktu sekarang ni memang orang tengak rancak bercerita tentang koronavirus dan influenza A.
Memandangkan Johor Bahru ni memang pintu laluan darat warganegara china dari Singapore masuk kesini..so memang tak boleh nak pergi ke tempat orang yang ramai,terutamanya Mall.

Jom malam ni kita layan ikan bakar,ikan bakar salah satu lauk kegemaran kami,tapi tang sambal tu biasa kami agak cerewet sikitlah.Bukannya apa biasa sangat terkena sambal yang tak berapa sedap,maksudnya sambal tu masih mentah..adoii memang mengecewakan sangat..biasa sambal ikan bakar ni memang kami simpan buat stock..bila rasa teragak nak makan tinggal panaskan jew dan curah atas ikan bakar.


Resepi sambal
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
3 batang serai
bilis atau udang kering segengam
5 tangkai lada kering
15 tangkai cili padi hijau
2 batang lada merah
(kisar semua bahan diatas)
serbuk kari 1 sudu kecil
5 helai daun limau purut

Panaskan minyak ..tumiskan kesemua bahan hingga garing ..masukkan daun limau purut .siap

Thursday, 23 January 2020

Ikan Goreng Halia - lauk famous bila ketandusan idea nak masak apa


Sibuk sangat rasanya minggu ni,dari sehari ke sehari nak menulis disini macam asik tertangguh jew,minggu ni tak berapa sihat sebenarnya..sok sekk hidung kena selsema..almaklumlahkan sekarang panas hujan tak menentu.tu badan rasa tak berapa nak sihat.

Meh la kita update pic makanan pulak,lauk  kiranya kerap terhidang didapur ..hihii lauk orang malas katanya..tapi bila dah makan memang menambah nasi.

Kita kalau dah hari-hari masak memang akan ketandusan idea nak masak apa untuk esoknya..next esok..dan esoknya lagi..dalam minggu ni memang kerap makan nasi bungkus jew ..sebab mood nak kedapur memang lemau sikit.

Ikan siakap goreng halia memang mudah je nak buat,pejam..pejam mata dah jadi hihii..kalau ada yang tak makan ikan siakap korang boleh ganti dengan ikan lain,ikut sukalah kan ..kita yang nak makan..kenalah pilih apa yang kita suka...ye dak..

Bahan dia
Ikan siakap dilumur garam kunyit dan sedikit tepung jagung,goreng sampai garing.
Bawang putih dihiris,halia muda dihiris dn lada cili padi hijau dan mix sikit cili padi merah.ok yang ni semua gorenglah asing asing.

Bila ikan dah siap goreng letak atas pinggan dan taburkanlah bawang putih,halia dan cili padi yang telah digoreng tadi.lepastu pancitkan kicap sedikit dan sedikit minyak bijan.ok dah siap makanlah dengan nasi panas dan ulam..uhh memang terangkat.


Tuesday, 12 November 2019

Rendang daging sedap.. gengkan bersama Lemang..

Rendang daging
menu senonim dengan hari raya..kenduri dan majlis besar di Malaysia..kini kalau nak jumpa rendang tak payah nak tunggu raya..di restoran..kedai makan..malah gerai-gerai pun ada menyediakan rendang daging hari-hari.

Setiap pagi sabtu saya akan berada dipasar Larkin johor bahru..kadang rajin jugak singgah di kawasan pasar basah..dan kadang hanya pusing area kuih muih dan area orang jual lemang.kiranya agak kerap jugaklah saya beli lemang di pasar larkin nie.sebatang Rm 8.00 tak berapa besar mana..cukuplah untuk kami suami isteri.
Lemang dia nie lembut..memang sedap bagi kami..disitu jugak ada jual rendang daging sekali..tapi saya lebih suka buat rendang daging sendiri.

Kalau cerita bab rendang nie memang banyak versi..yang versi kali ini saya tak letak ketumbar jintan bagai.saya cuba resepi dari perkongsian di FB.dan serai tu ada yang saya ketuk dan ada yang saya kisar bersama.
Dan kalau nak tumis dulu bahan kisar tu pun boleh..saya lebih suka tumis dulu bahan kisar dan baru masukkan daging..tapi kalau nak lebur semua tu dan masak dengan api perlahan pun boleh..ikutlah kita punya citarasa.


Resepi ini telah dikongsikan oleh Norsiah Zakaria dan telah mendapat perkongsian ramai di facebook.

Rendang Daging
Bahan
2 kg daging
6 biji bawang sederhana besar
8 ulas bawang putih
Sebesar 2 jari halia
Sebesar 2 jari kunyit hidup
Sedikit lengkuas
6 batang serai
Cili kering yang telah dikisar lebih kurang 2 senduk
Santan kotak 500ml
Kerisik

Cara memaasak
Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dikisar.
Kemudian masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering yang juga telah dikisar terlebih dahulu.
Seterusnya, masukkan daging. Kacau supaya bahan yang telah dikisar telah rata bersama dengan daging.
Masukkan santan dan teruskan untuk kacau. (Nota: Apabila masak rendang, api hendaklah sederhana dan jangan kuat.)
Apabila sudah hampir hendak kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris, bersama dengan daun limau purut dan asam keping.
Akhir sekali, jangan lupa masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula mengikut citarasa anda. Kalau guna resepi Opah, Opah gunakan gula melaka dan sedikit gula pasir.
Siap.

Friday, 25 October 2019

Home made Cili Jeruk

Morning.
Bangkit awal lagi hari nie..biasalah pukul 3 lebih atau 4 lebih mesti dah terjaga..lepastu mulalah terkebil - kebil tak boleh nak tido lagi..nak kata dah tidur siang hari memang tak lah..saya memang jenis tak boleh tidur siang..dalam setahun boleh dikira dengan jari beberapa hari jew tidur siang..itupun mungkin badan kurang sihat.

Hari ini budak sekolah dah start cuti bagi yang cuti jatuh hari Jumaat..balik sekolah tadika siang tadi Muhammad cakap 'mama cuti five tau..tau tak ..Lima..tapi Ahmad rasa cuti sevenlah boleh ke mama.."..kih kihhh..Muhammad nie kalau dilayan memang panjang akal dia..dia jew panggil saya mama..kadang panggil mommy..abang dia panggil Ibu..suka betul tukar-tukar..tapi ikutkan saya lebih gemar anak-anak panggil Ibu..rasa kemelayuan lebih jelas.

Cili Jeruk..
Kalau rajin merayap ke pasar basah memang banyak orang jual cili jeruk yang dalam plastik paket besar tu kan.bagi orang yang niaga kedai makan memang elok beli yang pack besar macamtu..tapi bagi kita yang family kecil dekat rumah elok jewlah buat sendiri..budak sekolah rendah pun boleh buat..senang je kan.

Ikutkan saya kurang makan cili jeruk ni..tapi kalau makan mee goreng memang mencari jugak cili jeruk..kata orang buat penambah rasa..
Saya sertakan sekali video cara buat cili jeruk tu disini..salah satu video ni hasil collaboration dengan Tiktok Malaysia..video sepanjang 15 saat sahaja.so memang kena cepat dan lengkap video tu ..kalau tak kena reject dengan tiktok company..tapi  oklah lama-lama dah faham konsep ..dan dah boleh ikut rentak tiktok video style tu..dan 10 video collaboration pun siap dah..tu lah mahalnya harga pengalaman.sejujurnya saya kalau buat video memang kurang arif..setakat video dobo-dobo memang pandailah tapi yang power memang kelautlah..

Wednesday, 9 October 2019

Sticky Caramel Chicken Wings - dah buat mesti nak repeat lagi..

Sticky caramel chicken wing.
dulu pernah buat jugak DISINI dan banyak gambar stickey caramel yang lama tu orang rembat..ternampak jugak kat blog orang pic ayam sticky caramel kita..boleh pulak gitueeww kan..

Kiranya masakkan macamni memang sukar nak dijadikan lauk..
senang cerita kalau nak buat mesti kena lebihkan..sebab ayam ni sesuai untuk buat ratah-ratah ..terutamanya buat mereka yang diet nasi..tapi masih suka meratah lauk..

Kali ini saya gantikan madu tu pada zero sugar syrup..Treasure lite..collaborasi saya bersama mereka.
Treasure lite sugar syrup ni berkalori rendah..tak ada kandungan gula..diperbuat daripada gandum dan ekstrak tebu..rasa dia seperti madu asli..dan memang sesuai untuk seisi keluarga.
bukan letak pada masakkan je..pada minuman dan kuih muih pun sesuai sangat.

Agak kalau ada yang berminat nak order
boleh ke instagram @treasuresugarliving atau whatsapp 012-6187729




Sticky Caramel Chicken Wings
Bahan-bahan
12 keping kepak ayam - belah dua
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk/tumbuk
1 sudu besar halia dicincang/tumbuk
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan madu atau 30ml sugar zero syrup

Caranya
1.Panaskan minyak dalam kuali.
2.Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
3.Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned - bersalut dengan sos
4.Sedia dihidang.

Thursday, 29 August 2019

Peria Goreng pulak..

Dah malam..
dari pagi berangan nak menulis kat blog..sudahnya sampai ke malam..ni lepas tidokan muhammad bagun balik mengadap komputer ..semak balik gambar lama mana yang belum dikeluarkan dekat blog..ternampak gambar peria..esok nak pergi cari perialah nak goreng...sementara iqbal masih bercuti nie adalah geng makan dekat umah..kalau tak memang bosan makan sesorang..


Biasanya bila goreng peria ramai yang suka potong bulat nipis kan..saya suka racik halus nipis macamni..last saya makan peria yang racik halus macamni dekat cameron highland..rangup dan nipis sangat peria dia..macam kerepek ..masih teringat ingat kesedapan peria goreng tu sampai sekarang..

Resepi yang saya guna kali ni main agak-agak je..
malas pulak nak menyukat bagai..saya guna tepung beras ..campur tepung gandum sikit..serbuk kari..garam..sikit tepung bestari..garam jika perlu..pastu bancuh dengan air sejuk dari peti ais..macamtulah.. ..ikut style orang dulu ..campak ..campak ha haa..

Sunday, 28 July 2019

Telur separuh masak 7 minit

Pagi ahad..
sekejap lagi plan nak pergi belanja barang dapur..tunggu muhammad balik sekolah baru boleh gerak..baru je ni siap masak..harini buat lauk kari ayam je..
semalam dah keluarkan ayam tu..plan nak masak kari ...pastu tak jadi pulak balik dari jemputan kawin rasa macam malas pulak nak memasak..suruh iqbal pergi beli apa yang dia nak makan untuk dinner..muhammad pulak dah tak nak makan mungkin kenyang makan nasi kenduri.

Sambil menunggu muhammad balik ..tulis lah entry baru disini..banyak sebenarnya koleksi gambar masakkan yang tak sempat dikongsikan disini..sayang sebenarnya dibiarkan dalam folder macamtu je..
semak2 folder nampak gambar telur separuh masak..bolehlah buat entry pagi ni..
susah ke nak buat telur separuh masak?
dulu masa memula saya tak reti buat jugak..memang asyik tak lulus jelah..kadang tercair sangat..kadang tu terkeras pulak.dan kadang jadi..
tapi bila dah ikut setting time yang betul baru berjaya ..walaupun sekadar telur separuh masak jangan dipandang ringan ..tak semua orang boleh buat dengan betul..kann..

Ok memula kena masak air sampai mendidih ganas..maksudnye mengelegak camtu..
Pastikan kuantiti air mencukupi sampai dapat menutupi keseluluruhan telur yg kita akn bubuh kjp lg.
.
.
Lepastu tutup api ..alihkan periuk yang berisi air tu..masukkan telur dalam air panas ..set lah time enpon tu 7 minit..yang suka 8 minit pun boleh ..
lepas 7 minit terus angkat ..dan lalukan kat air paip sekejap..ok dah siap boleh pecahkn telo kat pingan dan sambl mkn bole veragan mcm kat kopitiam..hihii

Thursday, 4 July 2019

Lauk biasherr kat rumah..



Menu yang kerap dimasak..
sebabnya fav muhammad..dan buat versi yang tak pedas.susah sebenarnya nak tackle selera budak yang sedang nak membesar..banyak makanan yang dia tak suka..senang cerita agak cerewet sebenarnya muhammad ni kalau bab makan.
Beza sangat dengan Iqbal dari kecik sampai sekarang apa-apa makanan on jew..pantang menolak..tapi mesti nak nasi,dalam sehari kalau tak ada nasi mau merajuk dia.

Ada balance tapai pulut bungkus daun getah kat peti ais..keluarkan dan jadilah pencuci mulut untuk hidangan makan tengahari.
sedap..manis ..



Cara kami sediakan daging masak black pepper yang mudah ..macambiasa bawang putih - lebihkan sedikit ..halia dan bawang besar tumbuk pakai lesung..baru best..jangan pakai blander nanti halus sangat.bawang holland hiris dan lada benggala kalau nak masukkan tunggu last.baru masukkan.


Yang ni wajip adalah kan,dah nama daging black pepper kan.
kalau nak sedikit pedas boleh letak banyak sikit..kalau versi buat untuk orang tua biasanya saya tambahkan lada cili dalam 3 biji dan ditumbuk sekali.
lada hitam ni bangus untuk kempeskan perut.


Dan tumbuklah bagi lumat sedikit..semua bahan tadi.

Panaskan sedikit minyak..dan panas masukkan bahan rempah tadi tumis hingga wangi..yang ni saya guna pressr cooker ..biar daging cepat lembut.

Kemudian masukkan daging..biar sekejap dan kacau sebati..tutup dan masak hingga lebih kurang 15 minit.


Bukak penutup dan chek daging kita tu lembut tak..kalau dah lembut boleh masukkan kicap.dan sedikit garam..
ok dah siap matikan api dan boleh hidang..

Makan dengan nasi panas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang