Pages

Wednesday, 26 February 2020

Jom buat 'Sup Mamak'

Bersua lagi..
tuan rumah kebelakangan ini memang agak sibuk,sejak Muhammad masuk darjah 1 memang agak susah sikit nak selit time nak menulis disini.
hari ini bangun awal sikit,dari malam tadi plan nak menulis disini,masuk bilik kejap temankan Muhammad tido ..dah sudahnya dengan emak dia tido awal sekali.Pukul 3 lebih dah tersedar,mata terkebil-kebil tak boleh tido balik lepas solat.

Nak cerita sup mamak yang entah berapa lama buat,nasib gambar masih ada tersimpan rapi..memang menu kegemaran saya yang berasaskan sup macamni.tapi cuma saya dan Iqbal je yang suka makan sup,Muhammad dan suami memang kurang minat,bukan tak makan langsung..makan tetap makan cuma diaorang macam kurang minat sangat.
Sup mamak ni saya gengkan dengan roti perancis..roti ni bukan yang jenis keras..tapi yang jenis lembut..saya kurang gemar makan roti yang agak keras..memang suka cari yang lembut macamni baru kena dengan selera.
Bila suruh suami pergi beli roti memang 2 tiga bungkus dia bawak balik..ermmm sudahnya tak terabis..terpaksalah mencari idea nak perabih roti perancis tu.


SUP MAMAK

Bahan
1 ekor ayam/daging
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
Kiub pati ayam secukupnya
Garam secukup rasa
Cili padi – diketuk
2 sudu makan ( atau lebih) tepung gandum – bancuh dengan sedikit air yang ni akak skip
1 batang lobak merah- potong
3 biji ubi kentang – potong
2 liter air

Bahan kisar
Sepeket kecil rempah sup( 25gm)
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 buku bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 Akar ketumbar ( satu sepanjang 3 inci) – jangan ambil yang halus-halus.

Bahan pelengkap
Daun ketumbar/daun sup/ daun bawangBawang goreng

Cara Memasak
1.Kisar semua bahan kisar hingga halus. Kemudian panaskan minyak dan tumis bersama buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau.
2.Masukkan daging diikuti ubi kentang, lobak merah, cili padi, air dan perasakan dengan garam serta kiub pati ayam.
3.Setelah empuk, masukkan bancuhan tepung gandum mengikut kepekatan yang dihendaki.
4.Angkat dan tabur bahan pelengkap sebelum dinikmati
.

2 comments:

Farah Deeb said...

Sedap kan sup mamak ni lebih-lebih lagi kalau bubuh banyak daun ketumbar tu hehe. Terbalik lak kita ye, en somi kita suka ngat segala tok nenek sup tapi kiteorang anak beranak kalau ada makan, takde tak mintak! Haha... Jemput singgah: Tempat menarik di Sarawak!

Nas Nuri Construction (Dawaibesi.com) said...

Assalamualaikum Sis Zila, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200



Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100



Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50



Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang