Pages

Sunday, 5 July 2026

Jemputan Kawin di - Difza Event Hall


Bila usia dah meningkat seorang demi seorang kekawan buat majlis kawin,tengah umur gini memang memasing rancak terima menantu..ritu kami pergi ke majlis Azie..sahabat kami semasa belajar dulu..

Difiza Event Hall ni terletak di Jalan Eco Perniagaan 3,Taman Kota Masai,Pasir Gudang,Johor.
Kalau masuk area eco perniagaan ni banyak event hall sana sini,kadang kalau tak tengok alamat betul mau tersalah masuk majlis orang lain..kebanyakkanya kedudukan hall diorang ni dekat antara satu sama lain..kena pulak baju tema diorang pun lebih kurang warna sama memang tersilap lah..tu kena tengok dulu mak pengantinnya,kalau dah pasti baru makan nasi minyak hihi..



Macambiasa Ahmad jewlah peneman setia mama dia,bila en suami tak dapat pergi ..nasib ada jugak dia kalau tak memang kena drive sesorang.

Sampai tempat parking terjumpa Liza,Mar pulak memang kami berjanji nak pergi saing tapi memasing drive kreta sendiri.


Tengah kami makan kekawan lain pun sampai,alhamdulillah rezeki dapat jumpa diorang ..biasanya kalau majlis di hall macamnie jarang kami nak berlama-lama,kena bagi laluan orang lain jugak nak duduk makan..bila memasing sampai serentak maka kami duduklah satu meja untuk kami borak-borak..almaklumlah memasing bukan duduk dekat,ada yang dari batu pahat,pontian tangkak,kluang..maka nak berjumpa tu memang jarang  kecuali ada majlis kawin atau reaunion jew.



Memasing memang kaki gambar maka banyaklah gambar yang diorang snap aritu,cuma gambar makanan jew yang zila tak sempat nak ambik..sebab bila dah berjumpa kekawan sibuk berborak tak kisah gambar makanan dah.

Time dah nak balik Ahmad nak merasa ice cream jugak..ramai pulak peminat ice cream time tu..terpaksa menunggu sekejap.


Bunga telur yang kami dapat haritu ..ada telur pindang jugak..beg goodies tak terambik gambar pulak aritu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang