Pages

Friday, 12 October 2012

kek pisang 40 hari



Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua...bertemu kembali hari jumaat penghulu segala hari..



disepanjang minggu ini zila layan menu-menu yang berasaskan pisang jew..he hheee uiitss bukannya apa...emak zila ada datang kat rumah nie bawa pisang..nama pisang tue pisang 40 hari..ada jugak orang panggil pisang lemak manis..

mengapa pisang ini dinamakan pisang 40 hariPendapat  menyatakan memang benar pisang ini akan masak40 hari selepas keluar jantung.Beliau sendiri telah menanam pisang tersebut .. banyak jugaklah quantiti pisang yang emak zila bawak ..so dengan seberapa segera memang nak kena habiskan jugak lah..sebab pisang memang tak boleh tahan lama.


menu pertama yang zila buat ialah kek pisang..rasanya last makan kek pisang tahun lepas..memang dah lama tak makan..emak pun suruh buat kek agaknya teringin dia nak makan..untuk tidak menghampakan emak dan sebagai anak yang solehah..he hhee..zila pun buatkan untuk emak..tak la special mana..tapi emak zila suka kek pisang yang biasa-biasa jew..tak nak letak coklat bagai ..




resepi asal zila ambil dari myr resepi sumbangan umi e ramai dah mencubanya rata-rata mengatakan sedap..dan emak zila pun cakap sedap..terima kasih kepada penyumbang resepi..dan zila panjang-panjangkan lagi resepinya disini.pada sesiapa yang nak mencuba silakan.


kek pisang 
resepi asal umi e
                
bahan-bahan
4 biji pisang sederhana besar
3 biji telur 
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan minyak
1sdt bikarbonat soda
secubit garam

cara-caranya
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
  4. Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
  5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak
  6. Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak.

pisang 40 hari ( gambar  dari google)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang