Pages

Saturday 28 May 2016

Kuih cara berlauk


Bersua lagi..
salam sabtu..dari awal subuh tadi hujan turun..walaupun tak berapa lebat tapi sampai sekarang terasa sejuk lagi..lepas solat subuh tak ada apa nak buat sebab hari ini plan nak keluar bersarapan dan pergi kerumah kakak ambil emak dan hantar dia balik kekampung..dah seminggu emak duduk rumah akak..dah mulalah rasa rindu dengan rumahnya sendiri..lagipun esok ada jemputan kawin di kawasan kampung.


Ikutkan hari khamis petang haritu zila hantar dia balik kekampung,tapi ada kematian dilorong rumah zila jadi terpaksalah ditangguhkan..
dari aritu zila nak sangat makan kuih cara berlauk,kalau yang manis tu kurang suka pulak.dah beberapa kali jugak beli kuih ni..tapi tulah kalau beli seringgit dapat 3 ketul..nak makan pun tak puas rasanya..

semalam petang merajinkan diri  bancuh kuih ni,yang malasnya buat kuih cara ni kena berdiri depan api dan buat satu-satu..tu yang malas..sebab tu agak berat nak buat..
resepi asal zila ambil dari blog cikmat gebu dapur tanpa sempadan.alhamdulillah rasanya sedap lembut dan lemak sangat..kena dengan selera dan tekak zila.terima kasih cikmat.
zila share resepinya disini sebagai rujukan dimasa akan datang.


KUIH CARA BERLAUK
Bahan inti
2 keping daging buger
1 biji bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - didadu
1 camca besar penuh rempah kari daging
1 camca besar sos black paper 
1 camca teh cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
1 pokok daun sup, hiris halus
Garam dan gula - secukupnya
Sedikit air

Cara untuk inti




  • Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang putih. halia dan bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar, Kacau rata dan masak sekejap.
  • Tambah rempah karidan sos black paper. kacau dan tuang sedikit air .Masukkan daging cincang dan kacau rata. 
  • Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering. Tambah lada hitam dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacu rata, akhir sekali masukkan 1/2 bahagian cili merah dan 1/2 bahagian daun sup. Gaul rata dan matikan api.

Bahan kastard
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
170 ml santan(kalau guna santan kotak, guna 100 ml santan + 70 ml air)
2 camca besar mentega, dicairkan (boleh ganti dengan majerin)
Beberapa titik pewarna kuning makanan
Secubit garam

Caranya
Ayak tepung dalam satu bekas, masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Tambah garam, mentega cair dan pewarna kuning makanan, kacau hingga rata dan tapis. Ketepikan sebentar (boleh juga dikisar dalam blender).

UNTUK KUIH CARA BERLAUK 

  • Panaskan acuan kuih baulu bentuk cermai, guna api dapur paling kecil. Lenser setiap lubang acuan dengan sedikit minyak masak. 
  • Tuang adunan kuih cara 3/4 penuh. Buat hingga siap, kemudian sudukan 1/2 camca teh inti pada setiap kuih cara tadi. Tabur atasnya baki cili merah,bawang goreng dan daun sup. Tutup sekejap hingga kuih cara masak (kurang lebih 1-2 minit). Keluarkan dari acuan dan buat hingga siap.

Wednesday 18 May 2016

Roti lapis daging berkeju


Dah makan malam?.
biasanya orang kita time macamnilah baru sempat nak makan malam kan..zila hari ini makan lunch merangkap malam sekali..sebab ambik lunch pukul 3 lebih tadi..makan nasi mandi kambing..dah lama sebenarnya tak makan kambing..asik ayam je macam jemu pulak.so hari ini tukar selera..


Malam ini nak kongsi resepi roti lapis daging,menu asal zila ambil dari rakan blogger WanieDD.makanan macamni memang kena makan masa panas-panas..kalau dah sejuk rasanya kurang sedap..
Sesuai juga dijadikan menu pada bulan ramadan tak lama lagi.sedap sangat rasa lemak-lemak cheese tu terasa-rasa ditekak ni..
Pada sesiapa nak mencuba silakan ye..oklah sampai disini dulu untuk hari ini..mata dah mengantuk pulak..jumpa lagi next entry ok.




Roti Lapis Daging Berkeju

300gm daging cincang atau 4 keping dading burger (dihancurkan) kalau nak daging lebih boleh tambah lagi..
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 paket perencah daging black paper maggi
sedikit air
garam n gula
minyak

Bahan-bahan untuk lapisan
12 keping roti
3 biji telur
200ml susu fresh
8 keping slice cheese
cheddar/mozarella diparut
1 biji lada besar dihiris
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
* sayur2 ikut suka (saderi/cili benggala/ cendawan/ daun bawang daun sup

Cara untuk inti
Panaskan minyak
Tumis bawang putih masukkan bawang besar dan daging gorengg hingga daging empuk.
Masukkan perencah black paper dengan sedikit air.
Masak sehingga kering ketepikan dan biar sejuk.

Untuk Roti lapis

  • Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dengan butter atau mentega.
  • Bancuhkan telur dengan susu sehingga sebati, celup roti kedalam bancuhan susu tadi dan susun dalam bekas.  buat sehingga penuh bekas untuk tingkat yang pertama.
  • Tuangkan separuh dari inti tadi keatas roti n ratakan. kemudian susun slice cheese keatas daging.
  • tutup degan lapisan roti yg dicelup seperti langkah pertama tadi.
  • Ulang proses yang sama, tabur cheedar parut kat lapisan atas sekali..
  • Jika ada lebihan telur siram diatas roti supaya tak membazir.
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada sushu 180c lebih kurang 35-40 minit atau sehingga masak.kuarkan dari oven sedia untuk dihidang.

Sunday 15 May 2016

Lauki gosht dan capati


Selamat berhujung minggu ..
Hari ini cuti bagi negeri johor..cuti peristiwa sempena kemenangan pasukan bola sepak johor malam tadi..sebelum masuk tidur sempat anak sulung zila cakap esok ibu tak payah bagun awal sangat ..esok cuti..zila kalau bab bola sepak memang jarang nak amik pot..dulu-dulu rajin jugak tengok tapi sekarang memang dah amit berat sangat..



Hari jumaat lepas suami ambil cuti tahunan..saja katanya nak lebihkan masa dengan anak..jadinya beberapa hari ini zila tak masak sangat..dia take over bahagian dapur..beberapa hari ini menu pakistan jewlah memenuhi meja makan..ha ha haaa.
semalam suami buat aloo paratha makan dengan kuah yogurt..menu hari ini capati dan loki gosht..
loki kalau orang melayu panggil labu air..atau labu sayong yang dimasak bersama daging..kebiasaan masakkan diorang ni overcook..dimasak dalam jangka masa yang lama sampai lah kering..bahan utamanya daging,labu air..kalau nak masak loki gosht biasanya diorang gunakan presser cooker..lebih mudah dan cepat masak.

Bahan untuk masak loki gosht..
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 batang lada hijau besar atau lada cili..semua bahan diatas dihiris.
masukkan daging dalam presser cooker kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihirs tadi..masak sehingga daging empuk.

Apabila daging dah lembut.masukkan minyak sedikit..labu air yang telah dipotong,.kemudian masukkan
1 biji tomato didadu
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis 
1 sudu besar halia dan bawang putih (halia dan bawang putih ditumbuk jadikan paste)
Masak lagi sehingga air daging kering dan labu air lembut dan lembik..
tambahkan sedikit butter untuk rasa lemak-lemak sikit..masuk daun ketumbar.masak sekejap lagi dan tutup api.



Untuk capati..
biasanya capati makanan ruji bagi penduduk india utara..tepung yang digunakan untuk membuat capati ialah tepung Atta..iaitu tepung yang biasa digunakan untuk membuat pasta.capati ni kena makan panas-panas kalau dah sejuk dia akan keras dan liat..kalau nak buat capati yang lembut campurkan dengan tepung gandum..agak-agaklah jangan banyak sangat..uli macam biasa sampai menjadi doh yang lembut..kemudian tambahkan satu atau dua sudu besar majerin atau butter..rasanya akan lebih lembut insyaallah..
kalau nak guna tepung Atta sepenuhnya pun boleh..campurkan dengan dua sudu minyak masak..dan uli dengan air panas suam..
oklah sampai disini dulu untuk hari ini..jumpa lagi..bye..

Wednesday 11 May 2016

Passion fruit pudding



Bersua lagi..
selalu dengar orang cakap kalau musim panas macam ni makan pudding yang dapat menyejukkan tekak memang sedap kan..lagi-lagi sekarang ramai yang puasa sunat dan puasa ganti..mesti nak makan sesuatu yang sejuk  ..



Hari ini nak share puding markisa..
nak menghabiskan buah markisa yang zila bawa dari kampung tempohari..adalah dalam tiga biji lagi..nak makan macamtu jew dah puas..so buat jewlah puding.kalau kat kampung biasa zila panggil buah susu.dulu masa kecik mak ada tanam sebelah rumah..pokoknya menjalar..boleh jadi bumbung kalau membiak subur ..buahnya pun bayak..dulu tak sempat nak masak ranum dah kami petik..sedap..lagi muda lagi masam rasanya..

resepi puding ni zila guna resepi puding laici yang zila pernah buat dulu..cuma zila tukar laici dengan markisa je. puding ni senang sangat nak buat sebab cuma kukuskan jew ..sesiapa penggemar roti bolehlah cuba buat..guna buah apapun boleh asal suai selera masing-masing.


Passion fruit pudding

Bahan 

1 tin susu cair
4 keping roti putih 
4 biji telur
1 sudu makan gula pasir
sedikit essen vanilla - zila tambah

Untuk Jelly
1 packet jelly nona - plain -zila tambah perasa markisa 1 sudu besar
400 ml air


Caranya
  • Panaskan kukusan.
  • Rendam roti di dalam susu cair. Kisar hingga halus roti, susu cair,telur dan gula.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam loyang yg sesuai dan kukus lebih kurang 30 minit.
  • Angkat dan biarkan ia sejuk.
  • Sementara itu sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
  • masukkan isi buah markisa dan perisa markisa didalam adunan jelly,tuangkan jelly ke atas adunan. Sejukkan sebelum dihidang.

Wednesday 4 May 2016

Rainbow butter creamy cake


Moga hari ini membawa keceriaan untuk semua..mulakan seawal pagi kita dengan indah ..insyaallah memberi kesan sepanjang hari dengan keindahan..
bersua lagi..aishhh kek lagi nampaknya tuan tanah asik buat kek jew kan..alahai bukan kek yang susah dan rumit sangat pun..cuma kek butter yang mudah..rasanya masing-masing pun boleh buat pejam mata je kan..


Sejak dah berusia macamni minat pulak buat kek simple macamni..rasa nikmat sangat ..tapi sebenarnya zila rajin buat je makan memang kurang sangat..paling banyak pun sekeping..kadang-kadang rasa sikit je..
Bila orang share resepi macam-macam mulalah kita copy paste..timetulah nak mencuba..kan..tapi banyak yang copy dan simpan jew kekadang lupa dah ..macamtulah saya..banyak keep resepi yang dicubanya boleh kira dengan jari..

Semalam zila sempat mencuba resepi  rainbow butter creamy .hasil skodeng dari rakan fb azlina ina..tersangatlah kecur tengok kek nie..katanya menggunakan bahan sicreat serbuk kelapa..sebab ada kelainan dari segi resepi zila pun tak berlengah nak  mencuba..ditambah pulak colour kek ni yang sangat menarik lagilah laju jew nak buat..
Bila kek dah siap bakar dan sejuk zila potong-potong jadi kepingan..tengah berkira-kira nak kasi pada siapalah kek ni..tiba-tiba kakak pulak sampai..langkah kanan nampaknya rezeki diorang..
akak cakap kek ni sedap sangat..beberapa keping jugaklah dia makan.
so pada sesiapa yang minat boleh cuba jugak ye..resepi dibawah ..jumpa lagi next entry ye..

Rainbow butter creamy cake

Bahan
1/2 cawan butter
3/4 cawan gula kastor
sedikit essen vanilla
50 gram serbuk santan 
3 biji telur gred A
Pewarna - kegemaran
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Badam flakes - secukupnya

Cara membuatnya

  1. Satukan butter,gula dan essen vanilla,pukul sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur satu persatu,pukul sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan serbuk santan,kacau rata.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder,masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan.kacau rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian,letak pewarna kegemaran.
  6. Sapu loyang dengan sedikit butter.tuangkan adunan berselang seli dan taburkan badam keatasnya.boleh juga guna loyang paakai buang seperti saya tu lagi senang.
  7. Bakar pada suhu 170c selama 30 minit atau sehingga masak.Bergantung pada oven masing-masing ye.guna api atas bawah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang