Pages

Wednesday, 4 May 2016

Rainbow butter creamy cake


Moga hari ini membawa keceriaan untuk semua..mulakan seawal pagi kita dengan indah ..insyaallah memberi kesan sepanjang hari dengan keindahan..
bersua lagi..aishhh kek lagi nampaknya tuan tanah asik buat kek jew kan..alahai bukan kek yang susah dan rumit sangat pun..cuma kek butter yang mudah..rasanya masing-masing pun boleh buat pejam mata je kan..


Sejak dah berusia macamni minat pulak buat kek simple macamni..rasa nikmat sangat ..tapi sebenarnya zila rajin buat je makan memang kurang sangat..paling banyak pun sekeping..kadang-kadang rasa sikit je..
Bila orang share resepi macam-macam mulalah kita copy paste..timetulah nak mencuba..kan..tapi banyak yang copy dan simpan jew kekadang lupa dah ..macamtulah saya..banyak keep resepi yang dicubanya boleh kira dengan jari..

Semalam zila sempat mencuba resepi  rainbow butter creamy .hasil skodeng dari rakan fb azlina ina..tersangatlah kecur tengok kek nie..katanya menggunakan bahan sicreat serbuk kelapa..sebab ada kelainan dari segi resepi zila pun tak berlengah nak  mencuba..ditambah pulak colour kek ni yang sangat menarik lagilah laju jew nak buat..
Bila kek dah siap bakar dan sejuk zila potong-potong jadi kepingan..tengah berkira-kira nak kasi pada siapalah kek ni..tiba-tiba kakak pulak sampai..langkah kanan nampaknya rezeki diorang..
akak cakap kek ni sedap sangat..beberapa keping jugaklah dia makan.
so pada sesiapa yang minat boleh cuba jugak ye..resepi dibawah ..jumpa lagi next entry ye..

Rainbow butter creamy cake

Bahan
1/2 cawan butter
3/4 cawan gula kastor
sedikit essen vanilla
50 gram serbuk santan 
3 biji telur gred A
Pewarna - kegemaran
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Badam flakes - secukupnya

Cara membuatnya

  1. Satukan butter,gula dan essen vanilla,pukul sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur satu persatu,pukul sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan serbuk santan,kacau rata.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder,masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan.kacau rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian,letak pewarna kegemaran.
  6. Sapu loyang dengan sedikit butter.tuangkan adunan berselang seli dan taburkan badam keatasnya.boleh juga guna loyang paakai buang seperti saya tu lagi senang.
  7. Bakar pada suhu 170c selama 30 minit atau sehingga masak.Bergantung pada oven masing-masing ye.guna api atas bawah.

4 comments:

Amie said...

Nampak meriah kepingan rainbow butter creamy cake tu... tumpang semulut ye Zila cayaaangg... he he heeee.

cik ain | sweet thots said...

aihh ... sedapnya nampak kek butter zila ni .. nak kena masuk list la nmpk gayanya.

zila norazila said...

terima kasih kak amie..color2 tu yang buat meriahkan..he hee

zila norazila said...

cik ain
kek ni mmg sedap ain..mmg harus kena cuba tau..tq sudi singgah sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...