Pages

Wednesday 23 October 2019

Melaka - Pusing -pusing area bangunan merah


Melaka..
Dulu-dulu masa rombongan sekolah mesti destinasi utama ke Melaka..macam dah tak ada tempat lain rasanya yang famous masatu..sampai bila dengar nak pergi melaka jew dah start  berimaginasi area mana cikgu sekolah akan bawak..kerana terkumpulnya banyak sejarah disitu maka Melaka sememangnya popular..itu memang tak dapat dinafikan.sehinggakan kenalan IG saya dari seberang pun suka kesini..

Deretan bangunan merah sana sini menambahkan lagi semangat kita nak berkunjung kemari..banyak tempat menarik yang kita boleh terokai disini hinggakan kalau datang tiap tahun pun memang tak pernah rasa jemu.


Deretan beca yang dihias cantik..memang memukau..sambil dihidangkan dengan lagu yang sedap untuk santapan halwa telinga..sambil tu boleh kita pusing area bangunan merah..tengok sekeliling apa yang menarik.
Dulu kalau kemari memang tak suka naik beca.lebih suka berjalan kaki pusing area bangunan merah ni..tapi lepas ada anak kecik memang tak boleh nak berjalan..memang kena naik beca baru mudah kerja..kalau tak memang harus mendukong sikecik tu.

Pelbagai koleksi kartun menghiasi beca-beca disini..pilih je nak naik minion ..hello kitty ..Doremon ke frozen..semua ada.sediakan je duit..sebab anak-anak memang teruja nak naik beca ni..



Kayuhan beca tu akan berhenti disini sebentaar..kita boleh turun dan meninjau jualan disini..bagi saya tak ada apa nak dibeli..yang paling saya suka hanya snap gambar sana sini..tanpa rasa jemu.




Tempat kiranya wajip singgah.
mesti nak jugak amik gambar..walaupun dah bertimbun gambar bersama Alfamosa ni..hihii.kali ini ambil dari sisi tepi..biasa mengadap depan jew..tukar posisilah.


 Kapal besar pun kalau korang yang tak pernah masuk pergilah tinjau apa yang ada dalam tu...

Kapal terbang ni pun ada..boleh duduk kejap bawah tu sambil berteduh..sebab panas lit-lit..jam 1 lebih tengahari..
Antara jualan yang ada di sekitar bangunan merah..fridge magnet memang banyak..design pun cantik.kalau yang suka buat koleksi harus beli design yang unik-unik sikit..

Kebaya Nyonya..saya antara pengemar baju kebaya..memang pantang nampak mesti nak jugak beli ..tak kesahlah murah ke mahal..lebih kurang lapan atau tujuh helai kebaya nyonya pelbagai warna dalam simpanan ..tu antara muat ke tidak jewlah..almaklumlah perubahn usia ..bentuk dan saiz badan pun seiring..


Muhammad kalau nampak toys macam ini memang pantang tak beli..ada jew yang dia nak..ok bersambung..

Camouflage chiffon cake

Kek chiffon
kek ringan dan tidak menggunakan butter ..dan tidak berat ..memang menjadi kegemaran saya.oleh itu banyak variasi kek chiffon yang telah saya cuba..kali ini versi yang coreng-coreng konon konon nak buat belang ala askar..hihii dah sudahnya jadilah macamni..

Untuk coklat saya guna paste coklat dan untuk hijau tu guna green tea powder..gabungan keduanya tu memang sedap..kalau sesiapa penggemar green tea memang suka kek macamni.



Kek ciffon
Bahan A
4 biji kuning telur gred A
45 gram minyak jagung
45 ml air
75 gram tepung naik sendiri

Bahan B
4 biji putih telut gred A
80 gram gula kastor - dibahagikan 2 bahagian
1/2 sudu kecil krim tartar
1 sudu kecil coklate paste
1 sudu kecil green tea paste

Caranya
1.Panaskan oven pada suhu 170c
2.Mix kuning telur,minyak dan air sehingga sebati.kemudian masukkan tepung gaul rata dan ketepikan.
3.Pukul putih telur,krim tartar dan sebahagian gula sehingga putih dan berbuih.
Kemudian masukkan sebahagian lagi gula pukul lagi sehingga kental
4.Campurkan adunan putih telur kedalam adunan A kaub balik sehingga rata.
5.Ambil sedikit adunan campurkan dengan paste coklat.ambil sedikit adunan lagi campurkan dengan paste green tea.sediakan loyang ciffon guna loyang ciffon 20' inci.
6.Ambil sedikit adunan dan tompokkan kedalam loyang ..buat sehingga habis .ketuk loyang sedikit jangan lorekkan dengin lidi ..kemudian bakar selama 45 minit api atas bawah.
7.Dah masak keluarkan kek dan terus telungkupkan loyang sampai kek  sejuk.
Terbalikkan dan hidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang