Pages

Monday, 24 November 2014

sago longan coconut milk


Assalammualaikum.

Selamat bercuti buat adik-adik..dan selamat bercuti juga buat ibubapa yang menggambil dan menghantar anak kesekolah..rehat sebulan lebih kan..

beberapa hari lepas kami sekeluarga pergi makan-makan diluar..disamping oder makanan berat zila pun cuba oder sago macamni.tapi sangat mengecewakan setiap hidangan mengambil masa yang lama baru sampai..

last-last terlupa pulak sago longan ini tak sampai ke meja kami..zila pun dah tak ingat..bila balik rumah semak bil tengok dah termasuk dalam senarai pembayaran..suami tak tengok rupanya..main bayar jew..



ermmm tak apalah kata orang dah tak rezeki kita kan nak buat macamana..sebab dah teringin nak makan maka zila buatlah sendiri..tak susah mana pun sebenarnya.sesuai sangat buat bubur macamni..cepat habis sebab cuti sekolah..asik lapar jew budak kat rumah ni.

Sago longan coconut milk
Bahan
250 gram sagu 
500 ml air
150 gram gula pasir/gula melaka
daun pandan
buah longan secukupnya


Sos santan:
250 ml santan
½ sdt garam

Cara 
cuci sagu sebentar dan tapis.
Masak 500 ml air, daun pandan dan gula pasir hingga mendidih, tuang sagu masak terus sambil dikacau hingga pekat dan mendidih. Angkat.
Masak semua bahan sos sambil dikacau agar santan tidak pecah, mendidih. Angkat.
Sajikan bubur dengan Sos santan dan buah longan .
tambah gula melaka jika suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...