Pages

Friday 26 November 2021

Puding Roti Berkuah..

 


Salam jumaat,
kejap jew dah jumaat..minggu ni relax sikit,sebab minggu ni Ahmad pdpr dirumah seminggu ..Ahad ni baru group B sek pulak seminggu.
Menyambil mengajar Ahmad buat kerja ekolah..godehlah  laptop ni,handhone masuk wad..sebab skrin rosak..rasa patah kaki pulak bila handphone takde..oklah harini nak share video puding roti berkuah yang buat aritu..gambar puding roti ni kat dalam handphone..maka share dululah video ni ye..
ok insyaallah jumpppa lagi nanti..

Puding Roti Berkuah

8 keping roti (guna apa² jenis roti pun boleh)
2 table spoon mentega
2 cawan susu segar
4 table spoon gula kastor
2 biji telur
1 tea spoon serbuk cinnamon
sedikit esen vanilla

Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tu buat sukat)
2 table spoon tepung kastard
3 table spoon gula kastor

Bahan lain
Almond slice
kismis/cranberries kering
(bahan ni nak ni campur sekali dalam roti atau nak tabur je pun boleh ikut suka kita ya)

#Rujuk video untuk cara membuatnya
#asmr #pudding #dessert #pudingrotiberkuah #pudingroti

English
Bread Pudding

8 slices of bread (use any type of bread)
2 tablespoons butter
2 cups fresh milk
4 tablespoons caster sugar
2 eggs
1 tea spoon cinnamon powder
a little vanilla essence

Custard Sauce
1 can of  milk
1/4 can of water (use the can of  milk to measure)
2 tablespoons custard flour
3 tablespoons caster sugar

Topping
Almond slice and dry cranberries or dry rasins.

#Refer to the video for to make it

Monday 22 November 2021

Masjid seribu selawat /masjid terapung Pulau Pangkor


Sampai di Pulau Pangkor kami sewa van colour pink ni,bukan kita yang drive sendiri macam di langkawi tu ya.tapi van ni berserta dengan driver dia.kalau nak sewa kereta dan motoikal pun ada..tapi kami datang ramai maka naik van lagi mudah..sewa van ni RM100 ..sampai jadual feri last 5.45 baru kami dihantar balik ke area jeti .



Tempat pertama yang driver van ni bawa kami,
Masjid seribu selawat,ataupun masjid terapung yang diilhamkan oleh bekas menteri besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Bin Abdul Kadir yang merupakan anak jati Pulau Pangkor.


Masjid yang terletak di Kampung Teluk Gadong Pulau Pangkor.salah satu masjid menarik yang menjadikan tarikan pelancong untuk ke Pulau Pangkor..menelan kos pembinaan sebanyak 11.7 juta tak heranlahlah jika masjid ini berdiri megah dan cantik di Pulau Pangkor kan.






Bila melangkah masuk kedalam masjid ini mata mesti terpukau dengan hiasan dindingnya  dipenuhi dengan ukiran 1000 selawat.ukiran bunga pada setiap dinding dan pintu masuk ni diilhamkan dari bunga tekad ataupun bunga perak yang merupakan bunga simbol bagi negeri Perak.



Pemandangan dari luar masjid..
mengadap laut ada tempat duduk ..boleh berangan sambil bergambar dan cuci mata dengan pemandangan yang indah.


Didalam masjid ada juga menjual air minuman dan fridge magnet macamni,pilih mana yang suka..dan simpan buat kenangan sebagai tanda kita dah pernah sampai ke masjid yang cukup indah ni.




Diluar masjid ni ada kedai cenderamata  yang menjual minyak urut..dan ada hiasan dari ikan buntal..boleh bergambar bersama ikan buntal Pulau Pangkor ni. 



 

Thursday 18 November 2021

Resepi Brownies kedut - bubuh kacang banyak baru puasati.

 


Sementara menunggu edit gambar yang pergi Lumut aritu siap saya share dululahya pic masakkan ritu..Brownies ni kegemaran anak yang sulung tu,,Muhammad pun suka jugak tapi tak sefav Iqbal..kalau buat seloyang panjang macamtu memang cepat habis..baru keluar oven setengah dah hilang..

Maka banyak kalilah buat brownies ni kat umah...sementara Iqbal ada kt umah buatkan jewlah..nanti bila dah masuk balik blajar dah tak dapat selalu makan,,



Brownies 
150 gram dark coklat
50 gram mentega
50 gram minyak

Bahan ayak
100 gram tepung gandum
25 gram serbuk koko

150 gram gula perang/gula kastor
2 biji telur
1/2 sdt esen vanilla

Hiasan (ikut selara ya)
Kacang gajus
Coklat chip
Almond slice

(cara membuatnya boleh semak video diatas)

Tuesday 16 November 2021

Ke Pulau Pangkor - part 1



Cerita perjalanan ke Pulau Pangkor.

aritu pergi ke Pangkor ni tanpa dirancang,tiba-tiba je masing-masing cakap jomlah singgah ke Pangkor alang-alang dah dekat..dah kami berada di Kuala Selangor maka ikut jewlah jalan dalam..boleh tengok suasana kampung di sepanjang jalan pada waktu pagi.


Jalan banyak yang baru nak diperbaiki..terasa lama pulak ikut jalan biasa macamni..tapi kami banyak kali berenti,.singgah mengisi minyak dan mencari sarapan pagi.

Kami tinggalkan negeri selangor yang luas..dan kaya dengan tumbuhan mennghijau di kiri kanan jalan..memasuki negeri Perak..masih awal pagi lagi dalam pukul 8 lebih macmtulah kami dah sampai ke Perak.



Snap gambar kiri kanan sepanjang perjalanan di negeri perak,cantik dengan rumah lama yang masih cantik..dan banyak pokok kelapa..

Sampai ke Daerah Manjung,pekan kecil tapi menarik jugak ..kami teruskan perjalanan ke pekan Lumat..bertahun rasanya tak jejak kaki ke Lumut,last tak silap pergi Lumut ni masa Iqbal berumur 2 tahun lebih..kini dia dah 21 tahun hihii perghh lama betul.





Ambik gambar untuk kenangan sebelum berjalan menuju ke jeti..

Suruh diaorang yang muda ni beratur beli tiket,harga tiket dari Jeti Lumut  untuk dewasa RM 14.00,kali ini kami pilih untuk naik dari jeti Lumut,malas pulak nak ke Marina,walaupun masa berada didalam feri nanti agak sedikit lama tapi tak apalah ,,dah berzaman rasanya tak naik feri..hihii







Sampai dah kami ke Pulau Pangkor..dalam setengah jam macamtulah untuk ambik masa dalam feri..banyak dah berubah Pangkor ni..dah ada bangunan bebas cukai jugak..
ok nanti  saya sambung cerita jalan2 di Pulau Pangkor ni pulak..





 

Tuesday 9 November 2021

Makan di "Nasi Kandar Hijrah"

Cerita makan nasi kandar.
ikutkan saya bukan penggemar nasi kandar,tapi kadang bila dah tak ada idea nak makan apa..nasi kandar pun saya layankan jugak.
Ni dia orang yang beriya sangat nak makan nasi kandar,rindu dengan nasi kandar penang..almaklumlah dah lama tak balik utara..masih belajar online lagi dirumah..dia rindu makan nasi  kandar kuah campoq.kuah banjir katanya..








Masih sama SOP wajip bila nak dine in.masuk cari meja mana yang sesuai,tak berapa panjang sangat beratur..suruh iqbal je yang beratur kitaorang cari meja dan order air,menyambil amik gambar sana sinun..agak bosan menunggu giliran iqbal sampai maka banyaklah gambar tersnap aritu.

Agak tertarik dengan kerusi kayu dikedai ni..cantik nampak klasik.




Ambik meja no 5,ada 4 kerusi untuk empat orang,tapi kami datang aritu bertiga..suami dah balik KL tak lengkap geng makan aritu..
Hah jangan lupa post story dulu sebelum makan..

Berderet lauk nasi kandar yang disediakan..
ada udang, ikan goreng sayur campur..beberapa jenis kuah,papadom, sambal..lada hijau dan lain-lain lagi..meriah..nasi putih atau nasi kuning ..pilih mana suka.

Beberapa jenis ikan goreng

Beberapa jenis kuah dan udang 





Air yang kami order,freh orange untuk Iqbal ,milo ais untuk Ahmad dan teh o panas nipis kurang manis..tak ada pulak tersnap dalam gambar.
Ini pulak antara menu yang kami ambil,bila dah nampak lauk banyak jadi rambang mata,tak tau nak pilih yang mana,nampak semua sedap jew..
Yang ni Muhammad punya,lauk ikan goreng dan kuah kari jew..dia ni makan memilih susah sikit.

Kami ambik juga kambing seketul ni,isi dia banyak sangat..fav iqbal ni..

Yang ni saya punya,nasi kuning,ada telur sotong,dan kuah campur..ni iqbal punya suggest ..kuah campur bu baru sedap katanya..ikutkan saya kurang suka buh kuah banyak macamtu.

Iqbal ambil sotong goreng,sayur kacang dan peria goreng garing..kuah campur jugak..katanya kalau kuah banjir lagi sedap.dan kami tambah papadom satu bungkus..cukuplah untuk kami makan bertiga.




Dah siap makan,ambiklah pic disekiling kedai ni..sementara menunggu iqbal settlekan bil..jumlah keselurahan yang kami makan tu RM65.00..kira oklah kan dengan nilai duit sekarang ni..



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang