Pages

Wednesday 4 July 2012

it's my birthday - vanilla sponge cake lapis laici


Assalammualaikum
salam sejahtera semua..semoga semuanya sentiasa happy disamping orang-orang yang disayangi...30 june lepas hari lahir zila..jatuh pada hari sabtu.. terima kasih pada rakan-rakan blog dan sahabat facebook yang mengucapkan selamat hari lahir pada zila..sangat terharu kerana sentiasa dikelilingi dengan insan-insan yang sangat istimewa..terima kasih atas doa-doa kalian semua ..i love u allz.



dalam meniti usia ini zila berdoa agar sentiasa dilimpahi rahmat dari ALLAH,
Semoga dikurniakan Iman yang sempurna,akhlak terpuji,pekerti  mulia,umur yang bermanafaat,rezeki yang halal,ilmu yang berguna,jodoh yang membahagiakan dan hidup yang dirahmati...aminn





2 hari lepas tak berkesempatan BW seperti biasa..start malam jumaat ada jemputan yassin di rumah jiran,sabtu pagi kena pergi ke sekolah anak menghadiri hari usahawan dan perjumpaan ibubapa..sebelah petang pulak ada lagi jemputan kenduri dan doa selamat dari rumah jiran..almaklumlah tak lama lagi nak menyambut bulan ramadan...





waktu malam jer sempat sambut birthday dengan ank dan hubby..tapi kami sekeluarga hanya makan pizza jew..zila pulak sangat-sangat malas nak memasak time tue..he hhehe 
birthday kalau tak ada kek memang tak sah kan..he hee hari ahad aritu baru sempat buat kek nie..kek yang sangat simple dan deco pun ala-ala jew..tak ada idea nak deco..so inilah hasilnya..first time deco pakai fondant..



zila buat 3 colour,saja-saja nak bagi meriah sikit..lagipun kalau plain jew rasa macam boring pulak nak tengok..he hehe..anak suka makan jem respberry..so dia suruh layerkan lebih-lebih jem tue..layankan jer lakan...asalkan diorang makan..zila tambahkan buah laici kat dalam tue..mula-mula nak letak strawberry tapi rasa malas nak ke pasaraya mencarinya..so pakai jewlah  apa yang ada kat rumah tue..jom semak resepi asas sponge cake yang sangat mudah nie..




vanilla sponge cake

*120gm gula halus
*120 gram tepung gandum
*1 st serbuk penaik
* 4 biji telur.
* 1 sudu besar paras rata ovellate
*20 grm air 
*1 sudu teh esen vanila.
20 gm minyak jagung 





cara-caranya
  1. Satukan bahan yang bertanda *
  2. Putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan kental..(warna berubah lebih cerah)
  3. Perlahan kan putaran kemudian masukkan minyak.
  4. Alas loyang dengan kertas minyak.
  5. bakar dengan suhu 170'C lebih kurang 40 minit..
  6. keluarkan segera kek dari loyang setelah kek dikeluarkan dari oven..kalau lambat nanti kek akan mengecut.selepas dibakar terbalikkan selama 5 minit.
  7. utk resipi chocolate sponge cake, tepung dkurangkan kpd 100gm dan 20gm lagi digantikan dgn serbuk koko.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang