Pages

Showing posts with label sayuran. Show all posts
Showing posts with label sayuran. Show all posts

Thursday, 15 June 2023

Masak Tauhu telur mix kacang pea dan cendawan


Masak sayur campak-campak..
Bila dah boring dan tak tau nak masak lauk apa..biasanya lauk gini akan tersenarai dalam menu ..ikutkan lauk tauhu telur atau tauhu jepun camni memang sesuai di buat ratah je..memang tak jadi lauk kalau masak..kan..

Nak buat sayur gini memang senang..orang kata campak-campak dah jadi..tapi kalau angin malas datang benda yang campak camni pun kadang saya malas jugak walaupun senang..hihii

Biasanya tauhu telur tu saya potong menjadi tiga bahagian,jangan bukak plastik tu dulu..nanti nak potong susah..potong je dengan plastik tu..lepastu bolehlah goreng sekejap..kacang peas tu celur dulu..
hiris bawang putih,halia dan lada merah besar/lada cili ketuk...
Tumis bawang putih dan halia sampai kekuningan...kemudian tambah sos tiram sikit..masukkan hirisan ayam,biar sekejap hingga ayam masak ..ayam dah masak tambah air sikit buat kuah..masuk lada merah/lada cili ketuk dan kiub pati ayam...biar hingga mendidih..
Masuk cendawan ..biarkan cendawan tu masak sempurna...perasakan garam..bancuh satu sudu besar tepung jagung dengan sedikit air ...tuang dalam kuah tadi ..kacau rata hingga kuah sedikit pekat..tuang kuah pada kacang peas dan tauhu telur tadi..siap hidang dengan taburan bawang goreng.


 

Wednesday, 15 July 2020

Kerabu Pucuk Meranti dan taugeh..buat ratah-ratah memang sedap

Rabu 15 haribulan Julai 2020
Budak sekolah rendah tahun lima dan enam dah mula sekolah,nasib Muhammad ada lagi berbaki beberapa hari lagi baru naik sekolah,untuk tahn satu,dua dan tiga akan menyusul 22 Julai nanti,masih ada masa pulun homework dari cikgu time PKPP ,PKP dan PKPB aritu.

Sambil mengadap laptop ni kepala mikir nak masak apa hari nie untuk diaorang.macam ketandusan idea pulak,nak kekedai macam malas pulak nak start kereta dan memandu..
Kerabu nie lauk aritu ,buat masa dikampung time PKP,duduk ramai dirumah tak cukup kalau buat kerabu camni,masing-masing suka.stock meranti memang senang nak dapat,sebab kami ada kedai runcit dikampung so ada jew orang kampung tolak sayur dan ikan dikedai.
Masing-masing dikerah jadi model makanan jugak..hihii

Kerabu Pucuk Meranti dengan Taugeh

Bahan
Udang kering
Cili padi
Bawang putih
Bawang besar
Sedikit belacan
(semua bahan diatas digoreng sekejap dengan sedikit minyak)
Kelapa parut putih
Daun dan biji cekur
Garam secukupnya
Serbuk perasa jika suka

Pucuk Meranti dicelur
Taugeh secukupnya

Caranya
Tumbuk bahan yang telah digoreng,kemudian masukkan cekur dan tumbuk sekali biji dan daunnya.
Panaskan kuali masukkan bahan yang telah ditumbuk dan kelapa parut gaul rata.tambahkan sedikit garam.
Masukkan pucuk meranti dan taugeh,gaul rata ,sebatikan rasa dan hidangkan.



Sunday, 19 June 2016

Menu berbuka 12 Ramadan


Dah bangun sahur ke..
zila dah siap dah makan sahur..dari pukul 12 lebih tadi dah terjaga nak lelap balik memang susahlah sikit pergi dapur godeh-godeh apa yang patut..tgok kuih raya siang tadi beli dua balang..jamahlah sikit..kot-kot esok siang dok teringat..he he heee

ok sambung balik menu ramadan 12 kami..zila sediakan ikan masak steam cara rebus..sebenarnya tak tau nak bagi nama apa..sebab ramuan macam ikan masak steam tapi caranya zila tak stemkan pun,zila rebus ikan siakap dengan air..anggaran banyak mana kuah yang dikehendaki ya..agak-agak ikan dah nak masak masukkan bahan-bahan lainnya..rasanya sama macam ikan masak steam.keadah ini rasanya lagi senang tak payah kluarkan pengukus bagai.

lauk sampigan zila masak terung berlada.dan tart portugese..huh siap buat tart bagai macam rajin betul kan..semuanya zila buat dalam kuantiti yang sedikit je..tart pun sama agak-agak lepas keinginan  jadilah..tart portugis zila ambil resepi dari blog bicara kak nor kak nor guna pastry puff ready made tu jadi kerja lebih mudah. ok stop disini dulu ..jumpa kagi esok ye.

Ikan steam cendawan ala rebus

1 ekor ikan siakap - dibersihkan 
1 labu bawang besar di hiris 8 memanjang
3 ulas bawang putih diketuk
4 biji lada cili hijau  - diketuk
1 cm halia  - dihiris 
2 batang serai diketuk
1 sudu besar perahan air lemon
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 pokok daun ketumbar - di potong 3 bahagian
4 helai daun limau purut - disiat sedikit
3 biji cendawan shitakee - di hiris nipis

caranya

  1. Masukkan ayam kedalam periuk dan isikan sedikit air..anggaran banyak mana kuah yang dikehendaki.
  2. Apabila ikan hampir separuh masak masukkan kesemua bahan diatas,tutup periuk dan masak lagi seketika.
  3. Tambahkan daun ketumbar dan daun limau purut.perasakan rasa masinnya,matikan api dan sedia dihidangkan.



Sambal Lado Minang
4 biji terung - Potong  terung dan goreng sehingga agak lembut- angkat ketepikan.

Bahan-bahan
14 batang cili merah hidup - kalau nak lebih tambah
4 biji bawang besar - dikisar
1 biji tomato segar - di dadu
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara
1. Lada di basuh potong kecil dan blender dengan bawang besar dan sedikit air dalam 3/4 cawan blender agak kasar.
2. Panaskan minyak dalam kuali masukkan lada,dikacau hingga agak mengaring ladanya dan naik minyak apinya biar kecil sahaja. ( pastikan lada dimasak sehingga garing)
3. Masukkan garam diikuti dengan buah tomato yang didadu. Balikkan sehingga sambal mesra dan sebati padamkan api boleh dihidang dengan cara hidang dalam mangkuk atau disiramkan atas ikan goreng, ayam goreng atau dengan terung yang digoreng atau dibakar terlebih dahulu pun sedap jugak.  Selamat mencuba.


Portugese Egg Tart
50g kuning telur (anggaran 3 biji)
25g gula castor kaknoor tambah 1 sudu lagi gula
60g full cream milk
100g dairy whipping cream
1/4 sdt vanilla essence
Puff pastry

Caranya
Satukan semua bahan-bahan dan tapis
Gulung puff pastry seperti menggulung swiss roll dan potong kepada beberapa bahagian.
Letakkan potongan puff pastry dan tekan perlahan dan kemas kedlm acuan muffin..
Tuang adunan telur hingga hampir penuh .
Bakar dlm oven 180C selama 30minit api atas bawah
Kemudian tukarkan kepada api atas dan bakar lagi sehingga kekuningan

Wednesday, 24 June 2015

sayur chap chai





Pelengkap pada setiap hidangan makanan adalah sayuran.terasa janggal jika kita tinggalkan sayuran dalam menu harian.untuk mereka yang tidak menggemari sayur memang sangat rugi.

Hari ini teragak pulak nak memasak sayur mixcolour..campur beranika jenis jenis sayuran dalam satu kuali ..enak dan lengap dengan protein..digabungkan dengan udang dan sotong.walaupun hanya dengan bawang putih dan bawang merah tapi yang membuatkan rasanya lazat dan wangi adalah kerana adanya 

Maggi® CukupRasa™ masakkan yang biasa-biasa boleh menjadi luarbiasa lazat.


Bila bercerita tentang Maggi® sebenarnya rakyat malaysia tak boleh dipisahkan dengan produk ini.pelengkap hidangan disetiap rumah.
Maggi® CukupRasa™memang memudahkan kami sebagai ibu yang sentiasa menginginkan sesuatu yang mudah dan lazat..apabila makanan lazat seisi keluarga menjadi bertambah sayang..dan si anak pula akan sentiasa merindui air tangan ibunya.







walaupun saya tidak mempunyai anak perempuan ..tapi anak lelaki saya memang gemar masuk kedapur membantu saya memasak.selalunya memang kami masak bersama..sambil mendengar cerita beliau disekolah disamping tu dapat juga dia belajar memasak...banyak menu-menu mudah yang saya ajarkan padanya..ialah... untuk peringkat awal orang yang baru nak mengenal dapur.. memang kena masak yang simple dulu kan..lebih-lebih lagi budak lelaki.jadi saya perkenalkan  Maggi® CukupRasa™ kepadanya  sebagai bahan tambahan dalam masakkan..sebab ianya amatlah mudah .peroses memasak juga tak mengambil masa yang lama.




Selain sayur chap chai hari ini kami berdua nak memasak ayam goreng...dah lama juga kami tak buat ayam goreng,kali ini kami memasukkan Maggi®CukupRasa™ ke dalam perapan ayam.
.waalaaa memang terangkat..lazat..sebenarnya selain di taburkan kedalam masakkan ketika proses memasak  Maggi® CukupRasa™ juga boleh digunakan sebagai bahan perapan untuk ayam goreng..tambahkan juga sedikit serbuk kunyit kemudian goreng,selain itu untuk lauk berkuah juga sesuai digunakan..seperti kari ayam..cuma taburkan sahaja..cukup membangkitkan selera.

Anak-anak saya memang gemar makan sayur..terrsenyum lebar bila sayur chap chai terhidang dimeja..masing masing makan dengan penuh selera..tak menolak bila dihulurkan nasi tambah..suami saya pula memang kurang makan nasi..walaupun kami berlainan bangsa tapi bila disajikan lauk macamni dia tak menolak langsung..ratah macamtu tu pun enak.
walaupun nampak mudah tapi rasa puas dapat menggembirakan keluarga..kini saya sentiasa memastikan memasukkan Maggi® CukupRasa™ kedalam senarai dapur kami..



sayur chap chai Maggi® CukupRasa™

Bahan
1/4 lada benggala merah - hiris memanjang
10 biji cendawan butang - belah dua
6 biji tomato ceri - belah dua
10 tangkai sweet pea
300 gram bunga kubis bunga - potong kecil
1/2 batang lobak merah - hiris ikut suka
1 batang leek - potong pendek 
4 batang putik jagung - hiris serong
7 ekor udang segar - bersihkan
2 ekor sotong - potong kecil
1 biji bawang besar 
2 biji bawang putih
1 ketul fish cake - potong kecil
1/2 camca besar Maggi® CukupRasa™
sedikit air
sedikit daun bawang

caranya
  • Sediakan semua bahan dan cuci bersih
  • Hiris bawang merah dan bawang putih
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan hirisan bawang putih dan merah..tumis sehingga sedikit kekuningan.
  • Kemudian masukkan cendawan butang,udang dan sotong,masak seketika tambah sedikit air.
  • Masukkan sayur-sayuran yang telah di bersihkan dan kacau rata..
  • kemudian masukkan Maggi® CukupRasa™ gaulakn rata dan tutup api.
  • Sedia dihidang.




Tuesday, 14 May 2013

selamat hari ibu


Duhai anak-anak,marilah kita sayangi ibu bapa kita,hormati dan sanjungi setiap masa,mendoakan keselamatan dan kesejahteraannya.Mudah-mudahan hidup kita beroleh ketenangan dan kebahagian,moga kita jua tidak seperti juraij,alqamah,tanggang dan lainnya yang mengecilkan hati ibunya,jadikanlah iktibar dan panduan kisah-kisah tersebut agar kita berwaspada setiap masa.

Ibu dan Ayah maafkan kami andainya kami ada salah dan silap terhadap mu…



Assalammualaikum..
bertemu kembali hari ini..rasanya masih belum terlewat nak ucapkan selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu..smoga semuanya menjadi ibu yang mithali..tak pernah kenal erti jemu mendidik dan membesarkan anak ..walaupun banyak rintagan yang dihadapi..


ini merupakan hidangan yang sempat zila buat pada hari ahad lepas..bersempena hari ibu yang jatuh pada hari minggu..masakan ringkas hasil dari anak bujang zila..hari itu beri sikit ruang pada dia nak tunjuk bakat memasak..puas dia search menu apa yang sesuai.dan zila pun cadangkan ikan pari bakar ala nyonya..dan sayur kacang goreng bersama udang..berserta air sirap selasih..terima kasih untuk anak ibu yang paling ibu sayang..


ikan pari bakar nie sebenarnya dah lama zila teringin nak makan..sebab tulah zila suruh anak masak..hubby pulak tak makan ikan pari..so dia makan roti arab dengan tuna jer la hari tu..

sebenarnya plan hari ibu tahun ini kami adik beradik nak berkumpul di kampung..satu family bawa satu hidangan ..tapi hari ahad tue hubby zila kena balik ke kuala lumpur pada pukul 3 setengah petang..jadi zila tak boleh ikut serta plan family..kecewa juga ..tapi tak apalah kan..



biasanya hari ibu mesti ada kek kan..tapi dengan keadaan zila sekarang nie memang malas nak buat kek..zila gantikan dengan apple pai dan tart telur..lebih mudah rasanya sebab tak payah fikir nak buat deco kek..
resepi tart telur zila ikut resepi biasa yang pernah zila buat..boleh semak di blog zila ..dan ikan bakar zila ambil resepi dari zaliedana,zila suka kedapur beliau banyak masakan yang menarik..dan orangnya sangatlah rajin tau..ikan nie sangat sedap tak rugi rasanya mencuba.terima kasih atas perkongsian resepi dan zila panjangkan lagi disini.


Apple pai

Bahan-bahan
250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 boleh kepal)

Cara-cara
Ayak tepung bersama gula aising.gaul  adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan
Cucuk dasar pastri dgn garfu..Bakar 15 minit.
Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai
Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit

Bahan-bahan inti

4 biji epal - dipotong dadu
100 gm gula perang 
1 s/k serbuk kayu manis 
2 s/b tepung gandum

Cara
Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
Sejukkan.




Ikan bakar ala nyonya
sumber diari zaliedana
sumber asal: CIK MATdan KAK UMI


Bahan
2 keping (500 gm) ikan pari (diperap garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan)
2 helai daun kunyit
2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
2 helai daun limau purut
1/2 cawan santan
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
2 keping alluminium foil
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Pes (ditumbuk lumat):
4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah) - akak guna lada merah
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 hirisan nipis halia
2 biji buah keras
2 batang serai - hiris halus
1/2 inci belacan yang dibakar
1/2 inci kunyit hidup

Cara-Cara
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat tadi hingga harum.
Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga jadi pes.
Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan.
Bentangkan alluminium foil dan letak daun kunyit di atasnya.
Bahagikan pes kepada 4 bahagian. Ratakan satu bahagian atas daun kunyit tadi, tabur hirusan kantan, letak ikan dan akhir sekali lumurkan satu bahagian lagi pes atas ikan dan tabur lagi bunga kantan. Ulangi proses yang sama untuk satu keping ikan lagi.
Bakar atas bara api dapur arang. Boleh juga gunakan oven...(akak gunakan oven je lerrr pada suhu 190C selama 30 - 40 minit. Pada 10 minit terakhir, akak buka pembalut foil dan bakar dengan menggunakan api atas sahaja untuk sedikit garing..jangan terhangus dah ya)





Thursday, 4 October 2012

ayam boxing goreng berempah~terung pipit goreng belacan


Assalammualikum..
tak jawap dosa :)..




salam sejahtera dan salam sayang semua..tq sebab sudi kemari..menjengah blog yang tak seberapa gahh nie..he hee
semua sihat??..alhamdulillah zila pun sama sihat sokmo..semakin bertambah muk-muk..nampaknya kita nie..



minggu ini zila melayan tekak sendiri..masak apa yang kita rasa nak makan..sebab en hubby tak balik jb minggu ini..so masak ikut kata hati..he hhe ..anak zila tak suka ayam boxing..boleh pulak dia cakap macamtue...penat-penat kita menakik kaki ayam tue hingga jadi camgitue kan..tak respct langsung..hikkk....



rupanya bukan dia tak suka..sebab ayam tue nampak kecik bila dah digoreng tue yang dia tak puas hati..uiittsss..tapi dia makan bertambah-tambah ....alhamdulillah ..besar sudah anak ibu..



jom cerita pasal entry hari ini,ayam boxing goreng berempah..dah banyak kali buat ayam boxing..tapi memang tak sempat nak amil pic..kadang-kadang saya kesuntukan masa..sebenarnya saya peminat setia ayam goreng rempah..tiap-tiap minggu mesti beli..suka makan serdak-serdak dia tue sedapp..



dan menu satu lagi tue terung pipit goreng belacan..uiiitss sedap..saya suka..memang dah bertahun-tahun tak makan terung pipit..round-round pasar malam nampak ada orang jual..terus capai..dah terperap seminggu kat esbok baru minggu nie sempat nak masak..

pada sesiapa yang nak mencuba silakan..zila olah sendiri resepi nie..rasanya macam kat kedai jugak..cuma serdak tue tak banyak..


Ayam boxing goreng berempah

  • ayam - beli yang peha
  • bawang besar - 2 biji
  • jintan manis
  • jintan putih
  • serai 
  • halia
  • kunyit hidup
  • garam halus
cara-caranya

  • semua bahan-bahan dikisar kecuali ayam.
  • lumurkan pada ayam dan perap satu jam
  • panaskan minyak dan goreng hingga garing
  • lebihan rempah  digoreng sekali..
  • lebihkan bahan rempah supaya terhasil serdak yang banyak..


Terung pipit goreng belacan
  • terung pipit - 1 cawan
  • lada merah 3 batang - dihiris
  • bawang besar - 1 biji
  • belacan - agak-agak
  • ikan bilis
  • kacang tanah 
caranya

  • panaskan minyak,goreng belacan hingga sedikit garing
  • masukkan hirisan bawang besar dan lada merah
  • tunggu sekejap,masukkan terung pipit
  • tumis hingga sedikit kering.
  • masukkan bilis goreng dan kacang tanah..
  • tutup  api.sedia dihidang.




bye semua



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang