Saturday, 27 June 2026
Burger sandwic Tc Boy Tuna...
Tuesday, 18 July 2023
Acar Buah Lagend - Mak Saka
acar buah macamni biasanya akan ada di majlis perkahwinan..tapi kira nasib jugak kalau terjumpa.. ritu masa kami menghadiri majlis perkahwinan di Air Baloi Pontian ada diorang hidangkan acar buah..lahaii seronok rasa..lelagi bila dapat acar buah yang seketul..seketul..puasati rasa..
Ritu dapat paid review acar buah ni dari @maksaka_empire..
acar buah dia ni pun boleh tahan jugak rasa dia..sedap..sayang pulak rasa nak habiskan..ada lagi satu bekas dalam peti ais tu..makan sikit-sikit..lawankan dengan nasi berperisa memang sedap..
Tuesday, 4 July 2023
Bilis Gred A
Suka kalau dapat ikan bilis bersih..lepastu dah siap kopek pulak..memang senang kerja memasak..tinggal cekut je sikit bila nak buat perencah lauk..atau untuk digoreng macamtu dimakan bersama nasi panas dan nasi lemak..
Ikan bilis gred A ni dari @aquada malaysia..boleh ke facebook atau tiktok dia yer..semua addrs id dia sama ..instagram dia ritu kena hack..mungkin dah create baru sekarang..tapi biasanya dia letih aktif di fb.. kalau berminat nak order boleh cari dia atau agent dia ok....banyak stock bilis yang dia hantar kepada kami haritu untuk di shoot..alhamdulillah bos @aquada malaysia ni nama dia zira..memang tak lokek dan senang nak berkerjasa dengan dia...senang cerita tak cerewet ..
Bukan bilis jew yang dia ada ye..@aquada malaysia ni ada jual bermacam jenis product..tapi yang paling top product dia ni pekasam ..ada berjenis pekasam dia ada..yang hot biasanya pekasam telur sotong..
Mesti dengar je pekasam memasing rasa terliur kan..jadi bertambah nasi kalau ada pekasam depan mata kan..hihhi..ok nak order boleh ke facebook @aquada malaysia ok.
Monday, 13 February 2023
Kek Buah Kukus sedap
Kek buah kukus ni kalau buat terus makan macam kurang kick sikit...kalau simpan beberapa hari..pastu baru potong ..memang rasa dia lagi sedap..kek ni pun boleh tahan dua hingga enam bulan.
Emak saya antara penggemar kek buah kukus..tapi bila dia dah umut 70 lebih sekarang ni agak kurang dia nak makan kek buah,,faktor usia kan..tapi masih boleh makan sepotong dua untuk jamah jew lah.
Kek buah kukus ni hasil air tangan FIdzah Yusof,..memang sedap kek buah dia ni..moist dan kurang manis..buah pun elok jew tak tenggelam kebawah..kira kalau beli memang puashati.
Sebiji kek buah ni Fidzah hantar kat rumah saya untuk shoot gambar dan review di instagram..maka dapatlah merasa haritu kek buah sebelum raya.
Kek ni kalau nak pos pun boleh..
so sesiapa nak order kek buah ni boleh contact fidzah ya..no tel disticker bawah tu..
Wednesday, 20 July 2022
Anika Sambal Mr Melting

Boleh ke instagram @SambalMrmelting kalau nak order ya.
Tuesday, 5 July 2022
Roti Kukus Krim yang lembut..
Bila tengok roti krim macamni teringat pulak zaman kanak-kanak..masa tu bila dapat beli krim dalam dia terasa bahagia sangat..tapi ikutkan yang lagi sedap bila roti macamni letak ice cream potong ..tu lagi saya suka..kalau dulu memang menunggu abang ice krim lalu depan rumah..semata-mata nak makan ice krim roti..ha haa kenangan betul..
Wednesday, 29 June 2022
Roti kukus coklat dengan pelbagai topping
Roti bila dah dikukus memang sedap rasa dia..lembut..dan lebih meyelerakan..apalagi bila disapu coklat..dan ditaburi pula dengan anika topping yang menarik..lagi bertambah selera kita tengok..
Yang ni disapu coklat dan ditabur dengan badam slice..
Wednesday, 22 June 2022
Salad Sayur dan Healthy Sambal Kering
Sambal bilis kering ikan bilis ni tak perlu disimpan dalam peti ais selepas dibuka..boleh tahan pada suhu bilik selama tiga bulan.
boleh di makan dengan pelbagai hidangan..sedap dan kering..sesuai sangat dijadikan penambah rasa pinggan sihat korang..yang nak berdiet dan jaga makan memang mencari makanan sihat macamni..boleh ke Instagram @fitmealsbyfarra















































