Pages

Thursday 26 December 2019

Singgah solat di Masjid Sultan Ibrahim Kuala Selangor

Lepas makan di itik salai Masthar kami nak ke Kuala Selangor pulak,dari kajang nak ke Kuala Selangor tu agak jauh jugaklah..tapi saya memang suka drive jauh-jauh,disamping tu emak nak amik barang yang dia order dengan kawan kakak ipar,so isi minyak kereta dulu pastu terus gerak ke Highway

First time masuk Kuala Selangor,kata orang kalau nak kesini kena stay dalam dua hari baru rasa seronok,banyak homestay di area sawah padi yang boleh diteroka di sini,tapi kami tak berhajat  nak stay kat homestay,hanya niat nak pusing-pusing jew..
Ok sampai di Kuala Selangor kami singgah ke masjid dia dulu,Masjid Sulatan Ibrahim nampak cantik dari sebelah luar dengan kubah emas.
 Ada ruang rehat di perkarangan masjid,bolehlah lepak sambil borak-borak.


 Ada parking khas untuk Imam dan Penceramah.
 Tandas berada disebelah luar


Masjid yang dibina pada tahun 1980 dan siap sepenuhnya pada tahun 1982,uitss lama dah rupanya masjid nie..kiranya saya baru nak tadika dah ada masjid ni.Mungkin banyak dah ditambahbaikkan mengikut peredaran masa.



 Kita masuk tempat wuduk wanita pulak.




 Telekung tersusun rapi.




 Ruang solat jemaah lelaki



 Pic dari sebelah sisi kiri
 Mimbar

Divider antara jemaah wanita dan lelaki,carpet merah menghiasi lantai masjid.tak banyak info yang ada tentang masjid sultan ibrahim kuala selangor ni,banyak jugak gambar yang sempat saya rakamkan disini,simpan disini sebagai kenangan sempena masuk ke Kuala Selangor.

Wednesday 25 December 2019

Kita try Itik Salai Masthar


Dah sampai area selangor ni rugi rasanya kalau kita tak memburu food yang best disekitar sini,awal pagi ajak kakak ipar join sekali pogram jjcm,paksa dia ambik leave haritu ha haa.
Keterujaan saya nak kemari bila tengok review food dari Mark Wiens makan disini.


Itik salai Masthar ni ada banyak branch dah,first saya drive masuk ke medan selera kampung Sungai Ramal Dalam Kajang,parking area depan medan selera tu macam pack pulak so saya terus je drive keluar dan pergi ke lagi satu kedai dia dia Food Valet tak jauh mana pun dari medan selera sg ramal tu cuma pusing sikit je dah jumpa signbord besar itik salai Masthar ni.

Bila kami sampai itik-itik tu ada yang baru nak disalai,yang daging dah banyak yang masak,kalau nak beli itik atau daging yang dah disalai boleh jugak,tak silap harga itik dalam 40rm untuk seekor bolehlah masak sendiri dekat umah nanti kan.ditepi bahagian salai ni banyak longgokkan tempurung kelapa,diorang ni salai guna tempurung sepenuhnya,aroma dia semerbak memang mengugat selera dan perut jadi lapar.

Ok kita tengok dulu area sekeliling food valet ni.banyak gerai makan yang ada disini,Mee bandung muor pun ada jugak,kawasan sekitar yang bersih lengkap dengan bilik air,bilik air pun bersih sangat.




Dan yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai semestinya gerai itik salai Masthar nilah nampak orang tak putus.

Kita tengok menu disini pulak,ada itik salai,daging salai,keli salai dan telur lemak cili api..pilihlah mana tekak nak merasa.cakap jew dengan pekerja tu nanti diorang akan cedokkan.




Ada ulam-ulaman,jantung pisang celur,telur masin dan tempe goreng jugak disini kiranya menu diorang ni simple je tapi mengugat selera.

Dan yang wajip ada mestilah sambal pencicah,ni kalau tak ada memang kurang kick,ada sambal asam dan sambal belacan.

Inilah yang kami order,kita rasa semua yang ada disini kecuali telur lemak cili api tu jew kami tak ambik.
Set nasi dan ikan keli ni emak punya,dia tak nak makan itik salai.


 Itik salai dan daging salai,untuk saya kakak ipar dan anak saudara.


Yang boleh kami simpulkan makanan disini memang sedap,lemak cili api dia tahap kepedasan yang sedang elok je,tapi kalau budak memang dia akan cakap pedaslah tapi bagi kami kira dah ngamlah pedas dia.




 Sambal air asam pun ok,seimbang rasa,yang sambal belacan tu kami tak try pulak.

Yang pastinya time buat entry ni hati masih teringat-ingat itik salai masthdar tu,kalau lah ada di area Jb ni kompom kami dah repeat banyak kali.

 Macambiasa Muhammad ni memang tak nak makanlah kalau lauk macamni.


Untuk menghiburkan hati dia saya order ABC Special untuk dia,yang dia suka semestinya ice cream yang ada dekat atas tu je,habis je ice cream dah tak nak dia minum ABC tu.
 Air untuk kami-kami 

 Anak arwah abang saya Aisyah ,yang ni bongsu next year dah tingkatan satu.agak susah sebenarnya kami nak jumpa sebab abang dah meninggal so jarang diorang ni balik ke rumah mak di johor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang