Selamat berpuasa semua readers muslim dan salam ramadhan.
Masih dipanjangkan usia alhamdulillah dapat menemui bulan Ramadhan tahun ini.dan alhamdulillah diberi kesihatan yang baik boleh menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.
First ramadhan tahun ini tak balik kampung pun seperti tahun-tahun sebelum ini.lagipun cuti hanya satu hari..selasa muhammad dah start exam pertengahan tahun.pikir-pikir lebih baik duduk rumah sendiri jewlah dari terburu-buru memandu balik nanti.
Menu 1 ramadhan yang ringkas.
Juadah pertama yang dicari semasa berbuka mestilah air kan..nampak air yang sedap-sedap memang membuka selera.
aritu pergi jusco..masih suka panggil jusco walaupun dah bertukar nama ke AEON..mungkin dah terbiasa panggil nak tukar macam tak best pulak,ada promoter tunjuk rose bandung keluaran dutch lady sebab muhammad memang minum susu segar so belilah dua kotak.masa dia bagi rasa muhammad cakap sedap.
tambahkan selasih dan ketulan ais..boleh tahan jugak sedap.
Rendang ayam..
senang kalau bulan puasa buat rendang sebab boleh makan ulang-ulang..maksudnya lauk merangkap sahur sekali.bila ada lebih boleh panaskan rendang tu..
Bahan
Ayam
4 biji bawang sederhana besar
4 ulas bawang putih
Sebesar 1 inci halia
Sebesar 1inci kunyit hidup
Sedikit lengkuas
3 batang serai
2 sudu besar ketumbar - sangai
1 sudu besar jintan manis -sangai
1 sudu besar jintan kasar -sangai
• Cili kering yang telah dikisar lebih kurang 1 senduk
• Santan kotak
• Kerisik
Caranya
1. Ketumbar,jintan manis,jintan halus,bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dikisar.
2. Kemudian, masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering yang juga telah dikisar terlebih dahulu.
3. Seterusnya, masukkan Ayam. Kacau supaya bahan yang telah dikisar telah rata bersama dengan ayam.
4. Masukkan santan dan teruskan untuk kacau..Apabila masak rendang, api hendaklah sederhana dan jangan kuat.
5. Apabila sudah hampir hendak kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris, bersama dengan daun limau purut dan asam keping.
6. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula mengikut citarasa.
Saya gandingkan rendang bersama roti canai whole meal.malas pulak berbuka nak makan nasi tunggu sahur baru makan nasi..eh bukan tak makan nasi masa berbuka tau..nasi tu wajip cuma kadang-kadang saja nak bertukar selera.
Sempat mencari kurma untuk berbuka ..
beli tak banyak tapi lain-lain jenis ..ada yang besar..yang besar ni 7 biji rm14.00 yang kecik tu kurma ajwa sekilo rm120 ..yang tangkai tu beli yang pack kotak ..sekotak biasa tu rm 14.00 ..baca belakang kotak katanya dari Tunisia ..kalau tak bulan ramadhan memang jarang ada kurma kat rumah ni.yang suka makan kurma en suami je..kalau saya memang kurang sikit.