Pages

Tuesday, 26 July 2016

killer soft bread


Killer sofr bread lagi..kali ini versi macam bunga pun ada..macam siput pun ada..ermmm sebenarnya saja suka-suka mempelbagaikan bentuk roti ni.jemu asik susun atas loyang.kalau buat macamni laju anak-anak makan.lagi-lagi lepas keluar dari oven.

Hari itu bila zila post di instagram ada yang bertanya resepinya.sebenarnya zila pernah buat roti ini sebelum puasa dan dah pos disini.untuk memudahkan semua zila poskan lagi resepinya dibawah itu.kadang-kadang zila update di instagram dan tak update di fb dan blog.so bolehlah follow zila di instagram.

Bagi yang bertanya zila tabur apa atastu macam serat-serat jew kan..ha haa gambar dibawah tu zila dah sapu kuning telur dan tabur sedilit chicken floss.ada lebihan chicken floss haritu sayang pulak tak buat apa..tabur jerlah bagi lawa sikit..oklah sampai disini dulu..jumpa lagi nanti ye..bye



RESEPI: KILLER SOFT BREAD

260 gram gandum protein tinggi (tepung roti)
3 gram ragi instant
180 gram cecair ( 1 telur + susu cair )
30 gram gula pasir
30 gram butter
2 gram garam

Caranya

1. Bancuh telur bersama susu (bahan cecair).
2. Tambahkan kedalam bahan kering (tepung, gula pasir, ragi). Gaul bersama sehingga sebati memjadi adunan yang sedikit melekit.
3. Tambahkan garam dan butter sedikit demi sedikit, teruskan menguli sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
4. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Canai dan boleh ditambahkan inti mengikut selera 
5. Untuk dapatkan permukaan roti cantik berkilat boleh dioles dengan sapuan telur.
6. Biarkan doh mengembang sehingga dua kali ganda memenuhi loyang.
7. Bakar dalam oven pada suhu 175°C selama 10-15 minit, bergantung kepada oven anda masing-masing

Wednesday, 20 July 2016

Biskut semperit


Dah 15 syawal hari ini.dalam sedar tak sedar setengah bulan syawal kita tinggalkan.kalau duduk dikampung dah senyap orang pun dah tak datang beraya lagi.tapi jika duduk dibandar open house masih lagi berterusan sehingga hujung syawal nanti.
ditempat zila marhaban pun baru nak bermula pada 22 julai berterusan sehingga 30julai nanti.
Tahun ini sebenarnya zila kurang buat kuih raya.hanya 3 jenis biskut yang sempat dibuat itupun hanya 1adunan sahaja.anak-anak pulak makan tak nak berhenti..semua biskut raya dah habis dirumah.tinggal kuih semperit ni je itupun tak sampai setengah balang.


kalau kuih semperit sebenarnya zila lebih suka versi yang panjang-panjang.daripada yang bunga macamni.kalau yang panjang tu kalau lepas keluar dari oven terus makan alahai sedapnya..terasa kat tekak ni lah..he hee hee .sekarang ni resepi semperit bermacam-macam banyak dah di baik pulih ditambah susu pekat.tapi zila lebih suka semperit yang biasa..yang macam mak-mak kita dulu buat..tak nak yang cair dimulut..
Banyak sebenarnya resepi semperit yang zila dah cuba..sebenarnya kurang lebih sama jew.cuma kalau yang di tambah susu pekat ianya lebih melt dimulut.

ok untuk kali ini zila cuba resepi norien kitchen yang dikongsikan di fb.sekarang ramai yang berkongsi resepi di fb.antara rajin dan tak jewlah untuk kita mencuba kan.zila guna acuan tembaga pecah 14.sesiapa yang berkenan bolehlah  buat .kuih semperit ni sangat mudah nak buat..budak sekolah pun boleh buat..

Resepi Semperit 
Bahan-Bahan
300 gram mentega /butter
160 gram gula aising
2 biji kuning telur gred A
2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
250 graam tepung gandum
100 gram tepung jagung
150 gram tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
manik hiasan atau coklat cip

Caranya
Putar gula dan mentega.Kemudian campurkan telur dan esen vanilla.
Ayak ketiga-tiga tepung.Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.
Uli sampai sebati.
Tambah tepung jagung jika masih lembik.
Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.
Panaskan oven dengan suhu 150  darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.

Friday, 15 July 2016

Puteri ayu cheese & kelapa


Dah beberapa hari tak menjenguk kesini,macambiasalah kalau dah namanya raya di malaysia memang sambutannya agaklah lama dan panjang ,berbanding dengan negara kelahiran suami cuma tiga hari sahaja kemudian rutin berjalan seperti biasa..sambutan  pun ala kadar sangat.Bagi kita rumah terbuka disana sini..dimeriahkan lagi dengan marhaban.selama tujuh hari berturut-turut.mana lagi meraikan kawan-kawan dan saudara mara yang berkunjung dirumah pendek kata indahnya syawal kan.

Hari ini zila nak berkongsi puteri ayu pulak,dah lama mengidam nak makan puteri ayu versi yang ada cheese diatasnya.ermmm hari ini baru kesampaian.ikutkan mood malas dan lemau masih meyelubungi tapi mood nak makan tetap ada.


Oleh kerana agak rajin sedikit zila buat dua versi.yang guna kelapa dan satu lagi yang cheese.kalau ikutkan memang lebih suka yang kelapa sebab tekak orang tua ..ha haa.tapi yang cheese tak kurang hebatnya tetap sedap.lagi satu kalau yang versi cheese kerja lebih mudah tak payah nak tekan-tekan kelapa curah adunan cheese di acuan dan kukus sekejap.
makanlah time panas lepas keluar dari pengukus tu rasanya lebih sedap berbanding bila dah sejuk..tak berapa sedap kalau dah sejuk.tapi kalau nak makan kena kukus balik.

untuk resepi puteri ayu cheese..terima kasih pada penyumbang resepi asal hasnah zakaria.rujukan dari kak ita masam manis.dan resepi puteri ayu versi kelapa resepi kak yati dan rujukan dari izah muffin lover.terima kasih pada semua sahabat bloggerku..
Pada sesiapa yang nak mencuba silakan semak resepi.musim perayaan macamni tetamu suka datang mengejut bolehlah buat lebih dan difrozenkan.kemudian tinggal kukus sekejap je.ok sampai disini dulu insyaallah jumpa lagi .

Puteri ayu kelapa

Bahan - dapat 36 pcs

4 biji telor
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalette
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil b. powder
1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
perisa pandan, perisa jagung, perisa ros

2 cawan kelapa parut putih*
1 sudu besar tepung ubi*
1/2 sudu kecil garam*

Cara Cara
Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
Cara Memasak
Satukan bahan bertanda* (lapisan kelapa) dan gaul sebati.
Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.

Puteri ayu cheese

Bahan-bahan 
2  biji        telur
1  cawan   gula kastor
2  cawan   tepung gandum
1  cawan   santan atau susu cair
1  tsp.       ovalet
Pewarna pilihan
Perisa ikut citarasa (optional) ~ ita letak esen vanilla

Bahan Cream Cheese 
250  gm   cream cheese
80  gm   gula kastor
25  ml    air
20  gm   tepung gandum
1  biji   telur

Satukan kesemua bahan cream cheese dan pukul menggunakan mixer hingga sebati... siap, ketepikan sebentar.

Cara Menyediakan Puteri Ayu 

Pukul gula dan telur hingga kembang.  
Masukkan ovalet dan pukul lagi.
Letakkan esen vanilla
Masukkan tepung, santan atau susu cair, pukul lagi hingga sebati.  
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
Jika nak perasa yang berlainan boleh letakkan perasa untuk setiap bahagian.
Sedaiakan acuan puteri ayu secukupnya
Oleskan acuan dengan sedikit minyak jagung atau minyak makan
Isikan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api kukusan yang sederhana.
Setelah 2 minit,  letakkan adunan berwarna dan kukus lagi lebih kurang 7 - 10 minit dengan api sederhana.
Setelah masak keluarkan dari acuan.

* Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih

* Guna api yang sederhana untuk dapatkan kuh puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.

Monday, 4 July 2016

Biskut tembikai biji coklat



Jumpa lagi  
Dah banyak ke buat biskut?
ke dah start buat kek atau bahulu..insyaallah kalau zila rajin adalah dua tiga jenis kek atau bahulu dan ada satu lagi cookies yang nak zila buat walaupun esok mungkin last berpuasa time raya pun boleh jugak buat kuih kan.lagi fresh.

Hari ini nak share biskut tembikai yang baru siap tadi,rasa zila tak dapat nak bagitau lagi sebab belum rasa tunggu lepas buka nanti zila merasa.tapi muhammad dah hampir 20 keping dia makan.lapar atau sedap itu zila tak pasti pulak..budak kecik kalau kita tanya sedap ke tak main angguk jewlahkan..ha haaa 

untuk resepi ini zila copy dari utube.suka tengok diorang buat cookies lawa-lawa.tapi zila punya tu tak berapa kemas dan cantik sangat.rupa macam kurang.kalau sesiapa yang nak cuba buatlah kemas lagi.sekejap lagi zila nak keluar sambung shooping.baju anak yang sulung tak beli lagi.zila punya tudung pun belum dapat lagi.
sesiapa yang nak cuba semak resepi dibawah.


Bahan
100 gram tepung gandum
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar butter
1  1/2 sudu besar tepung jagung

Cara membuatnya

  1. Pukul gula halus,butter dan susu pekat hingga sebati.kemudian masukkan tepung jagung dan tepun gandum uli sehingga boleh dibentuk.
  2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian,letak pewarna merah dan hijau.
  3. Bahagian hijau di gelek leper dan sedikit nipis.Bahagian merah di bentukkan bulat memanjang seperti tabung.kemudian balutkan bahagian merah dengan bahagian hijau.bungkus hingga menutupi semua bahagian.
  4. Kemudian hiris nipis-nipis dan bentukkan diatas dulang pembakar.bakar sehingga masak dan hiaskan dengan coklat masakkan sebagai bijinya.




Sunday, 3 July 2016

Biskut kelapa badam


Biskut kelapa merupakan salah satu biskut kegemaran,sebenarnya lagi sedap kalau menggunakan kelapa parut yang disangai sendiri kemudian di blander.nampak urat-urat dan sedikit keperangan dalam serbuk kelapa itu..ermm memang menyelerakan.
Tapi sekarang dah ada serbuk kelapa segera.kerana tuntutan masa semuanya kena cepat jugaklah kan..tapi kalau masih ada yang suka guna cara lama memang rasanya lain.

resepi asal biskut kelapa ini zila ambil dari majalah rasa.suka beli majalah rasa banyak resepi yang hebat dikongsikan disitu.kebanyakkan yang zila cuba pun menjadi alhamdulillah.bezanya biskut kelapa kali ini ada campuran badam didalamnya.lagi rasa lemak-lemak manis.untuk menambahkan sedikit seri pada kuih zila letak pewarna merah jambu biar membangkitkan sedikit selera.

Resepi biskut kelap ini zila ada kongsikan juga di majalh saji keluar bulan jun 16.oklah sampai disini dulu hari ini.


Biskut kelapa badam

Bahan
225 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum - ayak
1/2 sudu kecil serbuk penaik - ayak
125 gram gula aising
75 gram kelapa kering - kisar halus
25 gram serbuk badam
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanilla
155 gram mentega

Bahan hiasan
Kelapa kering - letak sedikit pewarna kegemaran
1 biji kuning telur

Caranya
Gaul serbuk badamdan kelapa yang dikisar bersama tepung gandum,tepung jagung dan serbuk penaik.ketepikan.
Masukkan telur,gula aising dan esen vanilla dalam mixer diputar hingga berkrim.masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habisperingkat ini adunan menjadi seakan akan serbuk roti.
Perlahankan mixer dan masukkan mentega sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.
Terap doh ikut acuan kegemaran dan susun didulang pembakar.sapaukan kuning telur dan tabur sedikit kuning telur di permukaan dan bakar dangan suhu 150' seelama 10 hingga 12 minute
Angkat dan alihkan biskut keatas jaringan.dan simpan kedalam bekas kedap udara setelah sejuk.





Tart jagung


Assalammualaikum
jumpa lagi..maaf beberapa hari tak bersiaran dan update resepi disini.sebabnya beberapa hari ini zila sibuk sedikit meyiapkan beberapa tempahan biskut.alahai bukan banyak mana pun ambil oder cuma ambil oder dari kawan terdekat dan adik beradik.tahun ini memang malas nak buat biskut yang sebenarnya.memang saja nak freekan masa pada bulan ramadan ni untuk lebih menghayati bulan yang mulia ini.


Oleh kerana kelmarin zila menerima beberapa tempahan kuih tart so zila cuba jugak buat tart bentuk jagung.tart bentuk ini amat popular di negara seberang indonesia mereka panggil nastar jagung.dari segi rasa tak berbeza dari tart nenas kita yang biasa tu cuma dibentuk seperti jagung,memang nampak cantik sangat kecil dan comel .lepas dah bakar rasa sayang pulak nak makan.cara membuatnya agak cerewet sikitlah sebab nak kena lonjongkan supaya mirip macam jagung.garisan bahagian atas gunalah lidi untuk menekannya.zila punya tu pakai pisau tajam terover menekan tu yang sampai terbelah..ha haaa.kalau nak cuba gunalah lidi ok.tekan lembut-lembut sure lawa.
bahagian intinya zila letak inti nenas.kalau nak tukar inti apa-apa pun boleh.oklah siapa yang nak mencuba silakan ye.pada yang suka buat cookies lawa-lawa boleh try.


Tart Jagung

Bahan
250 gram butter - pilih butter yang berkualiti 
50 gram gula halus
1 biji kuning telur
50 gram tepung jagung
50 gram tepung susu
250 gram tepung gandum

Bahan inti
400 gram nenas parut
100 gram gula pasir - tambah jika suka manis
1/8 sudu teh garam
sedikit kayu manis/cengkih  - jika suka

cara membuat inti

  • masak nenas sehingga airnya kering
  • kemudian masukkan gula pasir,garam dan kayu manis masak sehingga airnya kering.masuk sedikit butter untuk mengilatkan inti.
  • sejukkan.


Cara membuat kulit tart

  • Pukul butter dan gula halus sampai kembang.kemudian masukkan kuning telur mix sebentar asal bersatu.
  • Kemudian masukkan semua campuran tepung dan tepung susu.ratakan dengan spatula sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Ambil sekepal adunan dan letakkan sedikit pewarna hijau.
  • Ambil sedikit doh,nipiskan dan isi inti nenas kedalamnya,bulatkan dengan tangan dan lonjongkan sedikit bahagian hujungnya.
  • bentukkan permukaan atasnya dengan lidi dan tambahkan bentuk daun dibahagian atasnya.sapukan kuning telur diatasnya.
  • Susun di dulang pembakar dan bakar sehingga masak lebih kurang 30 minit suhu 160'




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...