Pages

Wednesday 26 March 2014

butter cheesecake


Assalammualaikum
salam sayang buat semua sahabat zila ..alhamdulillah dapat jumpa lagi hari ini..setelah beberapa minggu menyepi..he he heee alahaii macam bz sangatkan tuan umah nie..

kalau dah lama tak menulis sesuatu disini mulalah..terasa kekok..berblog nie kadang-kadang berhantu jugak..bila lama ditinggalkan memang malas gilerr nak memulakan semula..orang gila pun tak semalas nie..



sana sini bercerita mengenai MH370..sampai ada yang berselisih faham gara-gara kapal terbang nie..
penantian seluruh dunia berakhir juga semalam .. MH370 berlabuh dilautan hindi..jika pesawat boeing 777-200ER itu berada dilautan hindi maka untuk menemuai bangkai pesawat itu jika ianya terhempas memanglah amat mencabar sekali.

purata kedalaman lautan Hindi kira-kira 3.6km dan jika diibaratkan dengan ketinggian menara berkembar petronas -KLCC kedalamannya merangkumi sepuluh kali menara KLCC.bangunan tertinggi didunia Burj Al Khalifa didubai juga hanya berketinggian 829.8 meter.kedalaman purata kautan hindi juga tidak dapat menyayingi gunung tertinggi di benua Australia iaitu gunung Kosciuszko di taman negara Kosciuszko di New South Wales Australia.
satu persolan sudah terjawab..seribu persoalan pula timbul..kemana sebenarnya haluan MH370 hendak pergi? mengapa ianya tersasar begitu jauh?adakah cockpit terbakar menyebabkan terputusnya alat hubungan?adakah sabotaj?adakah perbuatan anak kapal?benarkah pesawat berpatah balik?

Alfatihah dan takziah untuk semua keluarga mangsa..yang hidup pastinya akan pergi jua.. masa yang menentukan,cuma.. cara, keadaan, dimana dan bila kita tidak ketahui..


ok lah resepi kali ini pulak..butter cheesecake..kek sempoi tapi sedap..bagi penggemar cheese harus cuba juga resepi ini ..rasa lemak dan lembut..terasa dibuai mimpi nak menghabiskan setiap hirisan..sedappp

sebab dah lama tak buat kek untuk family ..so dapat buat kek simple macamne pun dah memadai sangat.sekejapan jer dah habis..sejak usia dah berumur macamnie minat pulak makan kek panas-panas..lepas keluar oven tak sabar nak potong dan nak merasa..
gelojoh la tu kan.

 

resepi asal dari chef Norzailina..zila kidnap dari dapur kak yatie...tq kak yati memanjangakan lagi resepinya.pada sesiapa yang nak cuba zila sertakan resepinya disini..boleh buat sendiri bila rajin..kalau malas memang tak dapat nak tolong..he hhee
ok insyaallah bersua lagi di next entry..bye semua.



Butter Cheesecake

170 gm mentega 
125 gm krim keju 
250 gm gula kastor 
5 biji kuning telur 
210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
1½ camca teh serbuk penaik } diayak 
2 camca teh vanila 
5 biji putih telur 
1/8 camca teh garam 


Cara  
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 
  3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
  5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 
  6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. 
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
  8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.
  9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. 
  10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.



Wednesday 5 March 2014

kuih loyang


Kuih loyang atau juga dikenali sebagai kuih ros, kuih bunga durian kuih cap dan kuih goyang merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari tepung beras yang digoreng dalam minyak masak.

Kuih ini berasal daripada kuih tradisional yang berasal dari India, khususnya selatan India (Tamil Nadu dan Kerala) di mana kuih ini dikenali sebagai 'Achu Murukku' atau 'Achappam', rasanya juga manis.

Di Malaysia, kuih ini dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, kuih ini dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tanggal. Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai bunga. Nama loyang pula mungkin kerana acuannya diperbuat daripada logam loyang.
Warna asal kuih ini adalah keemasan, tetapi kini terdapat kuih goyang pelbagai warna.
Kuih ini biasanya dibuat semasa musim perayaan.


Assalammualikum
salam sayang buat semua sahabat zila..haii bersua lagi..urmmm rindunya nak kesini..sekarang nie nak berblog macam slow sikit..angin malas pun ada jugak..he heee tapi jangan risau zila tetap akan berkongsi resepi disini walaupun kadang-kadang agak lambat..

first nak ucap terima kasih buat sahabat-sahabat zila yang sudi mengoder congo bar dari zila.alhamdulillah oder tak putus-putus sejak diperkenalkn hingga ke hari ini..minta maaf jika ada kekurangan..terlebih dan terkurang minta halal dunia akhirat ye *__*



ok hari ini nak cerita kuih loyang/goyang/rose..
huhhh banyaknya nama kuih ini kan..bahan-bahan yang digunakan memang nampak mudah,tapikan kalau nak buat menjadi cantik sempurna dan tak berkedut memang lah rumit bagi zila,kalau orang lain tak tau lah kan..
respect betul dengan orang dulu-dulu,pandai betul mencetak kuih ini hingga jadi cantik..kalau tak raya jarang orang buat kuih rose nie,teringat zaman kecik-kecik suka betul makan kuih nie,suka makan patah-patahkan pastu makan satu-satu ikut lubang lubang kecik tu..
bila pergi beraya rumah jiran kuih rose wajib ada..tapi zila suka makan kuih yang emak tak pernah buat,senang cerita kuih-kuih moden..h ehe hee..tapi orang dulu-dulu kalau kuih sedap-sedap diorang tak hidangpun,tunggu pergi beraya dengan emak barulah dapat rasa..
adoiii kenangan betul kan..


mesti ada yang tanya kenapa tak raya pun zila tiba-tiba rajin buat kuih rose..h ehheee sebenarnya kan dan berbalang kami beli kuih rose,husband zila minat betul dengan kuih nie..sekejapan jew dia makan..tengok-tengok kat balang dah habis dah..ermmm so zila merajinkan diri buat kuih rose nie..bila buat sendirikan dapat banyak ..tapi part berdiri depan api lama-lama tu yang paling malas sekali..

banyak resepi kuih rose sebenarnya,tapi kali ini zila tertarik nak cuba resepi dari my kitchen snippets..rasa tertarik nak cuba sebab menggunakan telur yang banyak,berbeza dari resepi biasa yang hanya menggunakan sebiji telur..

dan bila dah cuba inilah hasilnya seperti dalam gambar,agak sedikit tebal tapi memang rangup,jatuh cinta pulak dengan resepi nie..rasa lemak dan manisnya pun sedang elok..
so bagi sesiapa nak tau hasilnya kena cuba jugak..zila sharekan resepi disini sebagai rujukan.oklah bersua lagi nanti..salam sayang semua..


Adapted from
My Kitchen Snippets 

250g rice flour
4 tbsps all-purpose flour
3 eggs 
200g granulated sugar 
400ml thick coconut milk
1/4 tsp salt
enough cooking oil for deep frying

  1. Break the eggs into a mixing bowl. Add in sugar followed by the coconut milk and whisk until the sugar gets dissolved.

2. Sift together the rice flour, the all-purpose flour and the salt. Add this flour mixture to the mixing bowl in (1). Whisk until they combine really well.

3. Heat up enough cooking oil in a wok on high heat. Make sure that the oil is well heated before you begin. I have it tested with a wooden chopstick. A stream of tiny bubbles seen as the end of the chopstick is dipped into the oil indicates that the oil is ready. Turn the heat down to medium. Place the brass mould into wok and let sit and preheat for about a minute.

4. Transfer the mould into the batter and dip just deep enough to cover the sides neatly, leaving the top surface batter-free. Keep still for about 5 seconds.

5. Transfer the mould into the hot oil, keeping it immersed for about 15 seconds. Lightly shake to free the cookie and leave the mould in the hot oil.

6. Let the first cookie fry while you bring in the second cookie repeating steps (4) - (5) - 
7. When the first cookie has turned golden brown, remove the cookie and drain on a sieve. 

8. Repeat steps (4) - (7) until all the batter has been used up.

9. Let cool completely and store in air-tight containers.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang