Pages

Tuesday, 28 May 2013

lasagna


Salam sayang semua..
masing-masing mesti dalam mood bercuti kan..

terima kasih kepada semua sahabat-sahabat zila di alam maya yang mengucapkan takziah semalam.
bercerita mengenai kematian yang tidak pasti kita sendiri bila,apa punca dan sebab dan bagaimana kita akan mati nanti.namun sesungguhnya "Mati itu Pasti" dimana kita akan kembali kepada pemilik kita yang hakiki Allah s.w.t

sama-samalah kita panjatkan doa buat insan-insan yang kita sayangi yang telah pergi dulu mendahului kita.terima dengan rela dan redha ketentuan tuhan.sayangi dan hargailah insan yang masih ada disekeliling kita sementara kita masih ada waktu lagi..



Pasti ramai dah pernah mencuba buat lasagna sendiri dirumah..bagi zila buat sendiri lagilah berbaloi..dapat makan berulang-ulang kali..dan boleh letak cheese sebanyak mana yang kita suka..

bagi pengemar cheese memang berkeping-keping boleh dihabiskan..tapi bagi zila sepotong dah kenyang sampai ke petang..zila letak sos putih tue banyak sebab en suami suka makan cheese lebih..zila tambahkan quantiti serbuk lada hitam tu jugak biar rasa sedikit pedas..



sesuai dimakan ketika masih panas.. kalau dah sejuk macam muak sikit rasanya.kalau nak dapatkan potongan yang cantik kena tunggu betul-betul sejuk baru potong..tapi zila tak tunggu pun..sebab masing-masing dah tak sabar nak makan..

terutama suami yang memang penggemar tegar cheese dan makanan macamne..berulang alik dia kedapur jengah oven..asik tanya jew dah masak ke belum..he heee ..

terima kasih buat sahabat zila mia..yang menghidangkan lasagna aritu apabila kami berkunjung kerumahnya..time tue hubby zila nak tambah rasa macam segan..he hhee sampai rumah dipaksanya kita buat pulak..

resepi hasil menguggle..banyak resepi yang ada kebanyakan lebih kurang sama..zila sharekan disini juga sebagai rujukan diri.




LASAGNA

Bahan
Kepingan lasagna - celur sekejap letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat

Bahan inti daging
Sos prego 14oz - 1 botol prego tradisional
Cendawan butang ~ di buang airnya dan di potong dadu
Daging cincang 400 gram
Serbuk black pepper dan serbuk oregano
1 biji Bawang besar holland , bawang putih 5 ulas di potong dadu 
Sos cili 1 sudu besar 
Garam secukup rasa




Cara membuat inti daging
Masukkan 4 sudu besar minyak zaitun/masak
Tumis bawang yang di cincang sehingga naik bau
Masukkan daging cincang..
Gaulkan hingga daging berubah jadi coklat
Kemudian tuang sos prego dan gaul sebati
Masukkan garam secukup rasa
Masukkan serbuk oregano
Masukkan cendawan butang..
Masukkan sesudu besar sos cili..
Tabur serbuk black pepper
siap dan sejukkan.




Bahan sos putih
 2 sudu besar butter
 Keju cheddar 3 sudu besar / 2 keping cheesedale
 250 ml susu full krim/fresh milk
 2 sudu besar tepung gandum
garam secukup rasa

Cara membuat sos putih
Cairkan butter
Gunakan api kecil - Masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan gaul sebati
Masukkan susu full krim
Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sehingga sebati..
Masukkan garam secukup rasa.. kacau sehingga sedikit likat.
matikan api.

Cara melapis lasagna
Panaskan oven 180c
Guna loyang yang sesuai
Susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang
Taburkan dengan inti daging
Tuangkan sos putih sehingga menutupi inti daging
Taburkan cheese parmesan dan mozarella
Ulangi cara yang sama sehingga habis,akhir sekali mesti sos putih dan cheese yang di tabur.
Masukkan kedalam oven,bakar 30-40 minit hingga kekuningan guna api atas bawah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...