Pages

Wednesday 31 May 2017

iftar 1 - Pulao chicken


Salam ramadhan semua..
selesai dah 4 hari puasa hari ini masuk hari ke 5..pagi tadi tak bagun sahur.. terlewat sangat bangun sedar dah azan subuh..ermmm kesian pulak suami dan anak tak makan sahur..nampaknya esok harus kunci jam.
untuk tahun ini suami berpuasa bersama kami disini kebetulan ada projek baru di johor..alhamdulillah tak lah keseorangan nak berbuka dan bersahur..iqbal anak sulung pulak hari ahad ni dah start belajar diselangor..pertama kali berjauhan dengan ibu.

dari awal puasa sampai kehari ini batuk tak baik-baik..awal puasa tu demam teruk kami sekeluarga..tapi zila masih lagi boleh bertahan kalau setakat demam ni.. nak masak pun masih ok ..

so hari pertama menu berbuka kami ..pulao ayam nasi timbus-timbus kata anak kami ..ini kegemaran kami sekeluarga lebih-lebih lagi en suami memang bertambah kalau makan.oklah sampai sini dulu hari ini ..next nanti sambung lagi ..




Chicken Pulao
Bahan stok ayam
1 sudu kecil ketumbar biji
1 batang kulit kayu manis
½ sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam
3 biji buah pelage
1 biji bawang besar – dibelah 4
1 batang cili hijau
1 biji tomato – dibelah 4
2 ulas bawang putih – dibelah dua
½ ekor ayam
4 ½ cawan air

Bahan nasi
2 cawan beras basmati – direndam 20 minit
4 sudu besar minyak zaitun
11/2 sudu kecil jemuju
1 biji bawang besar – didadu
½ inci halia – didadu kecil
1 sudu besar yogurt
½ sudu kecil lada hitam
2 biji lada cili- hiris halus

Cara membuatnya
1.      Ambil bekas masukkan ayam yang telah dibersihkan,tambahkan air dan bahan stok ayam.masak selama setengah jam.
2.      Apabila ayam sudah masak angkat dan toskan airnya,asingkan ayam.
3.      Panaskan periuk dengan minyak zaitun,masukkan jemuju tunggu sehingga cumin meletop kecil dan keperangan.
4.      Masukkan bawang,halia dan hirisan cili hijau sehingga keperangan dan sedikit gelap,jangan sampai hangus.
5.      Kemudian masukkan ayam kacau rata,masukkan lada hitam dan yogurt kacau sehingga sebati.
6.      Tambahkan 41/2 cawan air stok ayam,tunggu sehingga air mendidih.setelah mendidih masukkan beras,masukkan sedikit garam,tutup periuk  dan masak sehingga nasi lembut.
7.      Sedia dihidang.

Chickpea salad
Bahan
1 biji tomato – di potong dadu
1 batang timun – dipotong dadu
1 biji bawang besar- dipotong dadu
6 biji buah zaitun hitam – dihiris nipis
2 pokok daun ketumbar –dihiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
½ sudu garam masala
1 tin kacang kuda – cuci dan toskan
½ biji lemon ambil airnya
Garam secukupnya

Cara membuatnya
1.     Satukan kesemua bahan yang telah didadu didalam satu bekas,gaul rata.
2.     Masukkan kacang kuda dan gaul sehingga sebati.
3.     Kemudian masukkan daun ketumbar,lada hitam,garam masala dan garam gaul rata sehingga semuanya sebati.
4.     Perahkan setengah biji lemon dan sebatikan rasa.
5.     Sedia dihidang.

sambal harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
daun ketumbar
cili padi dan sedikit garam
-kisar kesemua bahan tanpa air

Saturday 6 May 2017

Onde-onde pandan gula melaka cup cake


salam sabtu..
disebabkan lama sangat tak buat kek ..zila lepaskan keinginan buat kek pandan gula melaka.ditambah dengan kuih onde-onde sebagai hiasan melengkapkan lagi nama onde-onde cupcake ni.sebab ahli dalam rumah ini tak ramai so zila hanya buat sedikit je.yang paling suka tentang kek nie sebab bau wangi semerbak bila dibakar..tak sabar sangat nak makan bila masih panas-panas.resepi zila pernah kongsikan sebelum ini..boleh semak disini
zila copy lagi disini untuk memudahkan zila semak semula nanti.

Pandan Cup Cake
200 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder ~ double acting
125 gm unsalted butter ( butter tanpa garam ) ~ lembutkan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula halus atau gula caster ~ kurangkan 160 sahaja
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
75 gm santan KARA + 25 gm air
2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
sedikit pewarna hijau

Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
Sediakan muffin pan atau cup cake secukupnya
Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan

Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
Tuang dalam cawan kek 3/4 cawan penuh sahaja
Susun dalam loyang muffin dan bakar selama 25 minit
Setelah masak, sejukkan atas redai


Gula Melaka Italian Meringue Buttercream

50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air

Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan

80 ml air
150 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm butter tanpa garam ~ di potong dadu
1 sudu besar caramel gula Melaka ( adunan gula Melaka yang di masak tadi )

Satukan air dan gula dan masak hingga pekat dan suhunya mencapai 117C.
Jika tak ada jangka suhu anda boleh gunakan garfu. Celup garfu dalam larutan gula. Bila anda angkat garfu, larutan gula akan terbentuk macam kaki itik. Itu bermakna gula tu dah cukup pekat.
Kemudian tuangkan caramel gula Melaka tadi , gaul rata biarklan sekejap ia pekat.
Sementara anda lihat gula dah didih dan dah terbentuk kaki itik tadi, baru putar telur dan kuning telur dalam mesin pemutar hingga kembang, bila dah kembang terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi sambil terus putar hingga sebati
Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali ( ingat !! bukan mesin pemutar ya, hanya mangkuk dan alat pemutar sahaja )
Bila dah betul-  betul sejuk ( sejukkan 1 ~ 2 jam ) keluarkan
Putar semula dan masukkan esen vanilla, dan  butter satu persatu sambil putar hingga kembang dan halus.
Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan atas cup cake tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang