Dari Puncak Beliung kami terus ke Pelabuhan Pengumpan Sekupang,dari pelabuhan ini kami akan menaiki bot laju atau bot pancung dalam 10 hingga 15 minit untuk menuju ke Pulau Belakang Padang atau lebih senonim dengan panggilan Pulau Penawar Rindu.
Dari jauh dah kelihatan Pulau Belakang padang,,dan kami sampai ke Pelabuhan Tanjung Sari,amat berbeza dengan kota Batam,disini terasa lebih tenang dan sesuai kalau kita nak hilangkan stress.Kehidupan masyarakatnya juga sederhana jauh dari hiruk pikuk kota Batam.
Banyak motor paking di pelabuhan Tanjung Sari,rupanya diorang disini banyak yang naik bot dan pergi bekerja di Batam..jaraknya hanya 15 minit menaiki bot..patutlah diorang pergi mencari rezeki disana.dekat dan peluang pekerjaan juga banyak di Batam.
Sampai disini jangan lepaskan peluang naik beca kita round keliling kampung,kalau tak nak naik beca, sewa motosikal juga disediakan,tapi kami decide nak naik beca,boleh tengok suasana kampung di pulau hujung padang ni dengan lebih dekat lagi.
Suasana kampung disini memang tenang,di kebanyakkan rumah banyak pokok pelam,kereta pun tak ada disini,kebanyakkan diorang memandu motosikal dan basikal.terdapat kampung suku laut,kita boleh melihat kehidupan masyarakat tempatan yang unik di tepi laut.
dalam pertengahan jalan beca ni akan turunkan kita,dan kita kena panjat bukit untuk melihat view dari pantai Pasir Panjang,dari sini kita dapat melihat bangunan pencakar langit di Singapore yang terletak tak jauh dari pulau ini.
Sampai dipuncak bukit terdapat sebuah sekolah SMP kalau dimalaysia sek menengah setaraf tingkatan 1 2 dan 3 dimana pelajarnya berumur 12 hingga 15 tahun.
Sekolah beroperasi pada pukul 7 pagi hingga 3 petang,waktu kami sampai tu sekolah tutup pada hari Ahad.
Bila tanya pemandu pelancung kami diorang cakap boleh je masuk kedalam kawasan sekolah,di pintu gerbang tu pun tak berkunci..gurd pun tak ada..sunyi dan kosong je sekolah ni..masuklah kami bergambar sebagai tanda kami dah sampai kesini.
Dah puas bergambar sambung lagi naik beca,tengok keindahan kampunng diorang...terpegun tengok ukiran masjid diaorang unik dan berseni sangat.Bangunan emigresen pun ada disini,kata pemandu beca ni ramai orang dari Batam datang kesini untuk urusan emigresen,katanya orang tak ramai dan cepat siap. .Kalau nak pusing keliling kampung menggunakan perkhidmatan beca caj yang dikenakan lebih kurang 50 ribu rupiah untuk satu beca berdua..dan 30 ribu rupiah jika kita sewa beca tu untuk seorang..tapi harga boleh lagi tawar menawar dengan pemandu beca disini..tapi masih murah bila di tukarkan ke Rm malaysia 50 ribu rupiah dalam 12 ringgit lebih je..
Dah sampai ke Pulau Hujung Padang destinasi yang wajib dikunjungi ialah disini Kopi Ameng,kedai kopi lagendaris yang menjadi pusat tumpuan warga tempatan dan pelancong untuk bersantai sambil merasai suasana kedai kopi tradisional yg sebenar.
Kopi disini terkenal dengan aromanya yang kuat dan rasa yang pekat.Proses pembuatannnya masih mengekalkan cara tradisional mengunakan penapis kain khas dan menghasilkan kopi susu dan kopi o yang sangat kaw.
Selain kopi susu atau kopi o kedai ini juga menyeediakan hidangan sarapan seperti Mee Lendir iaitu mee yag dihidangkan bersama kuah kacang pekat,roti pratha dan roti bakar.disebabkan kami plan nak makan makanan lain di batam maka kami cuma ambik secawan kopi jew..Ahmad pulak lebih suka milo .
Dah habis minum kopi Ameng terus kami berjalan ke pelabuhan untuk kembali semula ke Batam ..jom layan gambar yang tersnap pada hari itu,,

























.jpg)




























