Cerita 15 Jun 2020
Seperti biasa kerana sekolah-sekolah masih lagi ditutup dan sesi dalam keadaan di mana Malaysia sedang menghadapi wabak COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pemulihan (PKPP) penyampaian perkhidmatan imunisasi di sekolah tidak dapat dijalankan seperti biasa.
Sesi persekolahan masih lagi belum bermula tetapi pemberian imunisasi tetap terus dilaksanakan.
Pemberian imunisasi mencegah penyakit demam campak (Measles), Rubella, Difteria dan kancing gigi (Tetanus) untuk murid Tahun 1, imunisasi Human Papillomavirus (HPV) bagi murid perempuan Tingkatan 1 dan imunisasi ATT (dos tambahan vaksin Tetanus) bagi murid Tingkatan 3.
Untuk mengelakkan kesesakkan di klinik kesihatan yang berhampiran maka masa untuk setiap murid pun diberikan,cuma datang pada masa yang telah diberi.
Sebab dalam PKP ni klinik kesihatan pun lenggang sangat,susah nak merasa lenggang macamni,rasa lega pulak bila orang tak berapa ramai.semuanya berjalan dengan pantas.parking kereta pun senang sangat,tak payah pusing banyak kali..lalu jew depan KK ada pulak parking kosong berhampiran pintu utama,legaaa.tak payah menapak jauh.
Sampai di pintu pagar petugas mengarahkan kami ke bahagian luar Klinik Kesihatan,tak perlu masuk ke dalam..ok dah sampai tunggu sekejap sebab ada seorang murid lain di depan kami.termenung Muhammad ..risau pun ada dalam hati dia. tapi bila saya tanya awak ok tak..dia cakap saya ok ..saya tak takut pun..
Giliran kami pun sampai,penjaga kena isi borang dan anak terus dia ambil dan enjek,tak sempat nak tengok Muhammad kena cucuk sebab sibuk tulis borang..dah siap tulis Muhammad pun siap dah.
Lepas enjek,katanya tak sakit pun macam kena gigit semut.tapi suruh cepat balik ..penat katanya.Alhamdulillah dah selamat semuanya.
Dalam kereta suruh dia bukak Mask,pucat bibir dia macam tak ada darah,risau jugak sebab tadi ada parents cakap anak dia pengsan lepas kena injection,
terus belikan dia makanan,bagi dia happy sikit.terus balik rumah .nak merayap memang tak bolehlah kan sekarang ni,bila rata-rata tempat tidak allowed budak bawah 13masuk ke dalam kedai.