Pages

Wednesday, 19 November 2014

sambal bawang


Assalammualaikum

Semalam pergi pasar tengok lada cili merah dan cili hijau segar-segar..beli banyak jugak sebab plan nak buat cili jeruk..tapi tengok stock sambal bawang dah habis terus buat sambal ini dulu..esok-esok kena pergi pasar lagi beli lada untuk jeruk pulak.


biasa tak makan sambal macamnie? setiap negeri ada sambal masing-masing kan..kalau bagi zila dah biasa sangat..sebab dari kecil membesar dengan sambal nie..biasanya emak buat untuk cicah dengan lempeng atau jemput-jemput..

untuk menggantikan sambal tumis,sebab nak buat sambal tumis tu makan masa yang agak lama..baru sedap..kalau sambal bawang macamnie memang cepat siap..kalau nak makan dengan nasi pun boleh jugak..

kebanggan orang kita kan sambal ..kalau makan tak ada rasa pedas sikit memang tak best..


Sambal Bawang
20 batang cili merah dan hijau 
8 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
1 sudu kecil pati ayam
2 atau 3 sudu besar ikan bilis kopek
sedikit gula 
sedikit garam
minyak untuk menumis

cara
Tumbuk kasar kesemua bahan kecuali gula garam dan pati ayam.
kalau nak sambal lebih halus boleh guna pengisar.tapi zila suka sambal kasar macamni..
tumis bahan yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak..tumis hingga sedikit kering.tambahkan sedikit air..campurkan garam ,gula dan perasa..siap..sedia dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...