Ramai yang merebut peluang untuk berpuasa minggu ni ..sehinggalah ke hari arafah sabtu nie..
Pejam celik ahad ni kita dah nak menyambut hari raya Aidil Adha..
kalau disebelah johor sambutan hari raya haji memang disambut sederhana sahaja..selain dari masing-masing menunaikan ibadah korban dan balas membalas juadah dipagi raya..macamtulah suasana biasa yang saya lalui berpuluh tahun dari kecik sampai dah jadi remaja tua..
Tapi bagi suami raya korban memang istimewa..disana disambut lebih meriah dari sambutan hari raya puasa..dipakistan masing masing berebut nak buat korban..tak kiralah orang tu kurang berharta..biasa diorang akan korban seekor kambing.kalau yang agak berharta sikit diorang akan korban lembu atau unta..time nilah binatang korban akan dihias cantik untuk meraih pembeli ..
Memang disana diaorang mengutamakan sangat ibadah korban .
Kita cerita pulak tentang kuih samosa..
samosa melayu bukan samosa pakistan ye..nanti saya akan kongsikan samosa pakistan yang amat berbeza denga samosa melayu ni..tapi hari ni saya share resepi inti samosa je..cara buat biasa korang dah arif kan..lagipun senang je guna kulit popia ..
Antara kuih yang paling saya suka..lagi-lagi time masih panas..kalau dah sejuk memang saya kurang minat nak makan..dengan inti yang penuh bila gigit terasa sangat nikmatnya..
Resepi inti kentang
Kentang dalam 4 biji sederhana besar
Rempah kari 1 paket bancuh dengan sedikit air
Rempah 4 sekawan
Daging kisar
Bahan kisar
2 batang lada merah besar
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 ulas
Ketumbar biji dalam 1 sudu besar
Jintan manis - 1 sudu besar
Jintan kasar - 1 sudu besar
Bilis kopek
Bahan lain
Daun sup
Caranya
1.Dadu kentang ..panaskan sedikit minyak dan masuk rempah sekawan..kemudian masukkan bahan kisar masak hingga wangi dan naik bau..
2.Masukkan rempah kari..kacau rata..dan masak lagi hingga pecah minyak.
3.Kemudian masukkan daging kisar ..masak hingga daging masak sempurna..masukkan kentang dadu..kacau rata..tambahkan air..yang ni agak-agak..jangan banyak sangat..tunggu hingga air kering dan kentang empuk ..
4.Dah empuk boleh tambahkan daun sup.kacau rata dan boleh angkat..bolehlah sudukan dalam kulit popia.