Pages

Friday, 12 June 2026

BATAM - Pasir Pink


Pasir Pink..
Ini bukan pasir semulajadi seperti di Lombok,tapi hanya pasir buatan yang didatangkan dari China..Terletak di Bengkong Kota Batam dan berada di sebuah beach club popular bernama Blue Fire Beach Club.

Kalau tengok depan mata tak lah berapa pink sangat pasir tu,macam colour soft pink macamtulah,disebabkan tempat ni viral kita masuk jewlah tengok apa yang ada dalam dia.


Dibuka setiap hari ,hari khamis hingga ahad diorang bukak awal sikit ..dalam pukul 12 hingga 4 pagi.
Harga tiiket masuk dalam nie dikenakan RP50.000 seorang..lebih kurang duit Malaysia belas-belas ringgit sahaja,dan ticket  tu kita boleh redeem dengan makanan atau minuman didalam club.


Area pasir berwarna pink nie dilengkapi dengan deck chairs,meja payung dan bean bag berwarna senada,maka memang sesuai lah untuk pemburu foto..
Kalau time bergambar nak nampakkan pasir pink tu kita kena datang petang ,kalau dah malam tak nampak sangatlah pink pasir tu dia akan bertukar menjadi sedikit keunguan kerana bercampur dengan cahaya lampu pada waktu malam.



Selain kita dapat bersantai ditepi pasir pink,terdapat juga kolam renang yang luas dibahagian tengah,lengkap dengan bar didalam air untuk memesan minuman atau koktail.

Ramai yang datang waktu petang menikmati angin laut yang sejuk sambil meyaksikan pemandangan matahri terbenam yang sangat cantik.
Dah nama pun pantai kan,angin memang sentiasa kuat,,time kami nak bergambar tu agak sukar sikit nak dapat yg elok..tudung senget je .,baju pun bergelembung he hee..nasiblah tak terangkat.
Memandangkan Blue Fire Beach Club ni berkonsepkan kelab pantai dan lounge yang dibuka hingga pukul 4 pagi ,maka mereka sering mengadakan persembahan hiburan untuk para pengunjung.
diatas tu merupakan poster mingguan Artis,live band atau DJ yang bakal membuat perembahan di sini.



Tiket masuk tadi kita boleh redeem dengan makanan atau minuman disini,
tak tau nak pilih air apa ,last amik air Avocado ..terfikir sebab kat indonesia ni biasanya fames dengan buah alpukat,maka kita try lah satu ..Ahmad pulak dia redeem dengan air tembikai..sedap avocado dia pekat  ada campur coklat sikit dibahagian layer bawah.


Disini pun ada stall kek lapis,tapi harga dia agak mahal sikit  ..mungkin sebab dah duduk dalam club maka harga pun tinggi sikit.memang syurga kek lapis lah Batam ni..merata tempat semua ada jual.


Meyempat snap gambar di sekeliling area pasir pink..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang