Pages

Showing posts with label Johor - Air hitam. Show all posts
Showing posts with label Johor - Air hitam. Show all posts

Friday, 11 October 2019

Pusing-pusing pekan Air Hitam




Tak silap awal bulan sembilan haritu kami kesini..
tak ada plan langsung pun nak pergi..pukul dua tu melepak tiga beranak dekat Aeon tebrau..tiba-tiba tengah makan cakap dengan Iqbal.. jom pergi Air Hitam..dia cakap..Ibu nie ada-ada jewlah ..kan jauh..lagipun dah nak petang..kita pun cakap..alaa ikut jewlah bukan awak drive pun ..ibu yang drive..duduk jewlah awak berdua diam-diam ..temankan ibu..ermmm dia pun diam jew ..ikut ibulah katanya..tapi jangan balik lambat sangat ..



Sampai dipekan Air Hitam..
Nak jugak kita tengok tempat baru ARENA WARNA ..keadaan sekeliling sunyi je..mana orang pergi ni..mungkin kami pergi hari biasa tak kena pada hari cuti atau hujung minggu maka tak bertembunglah dengan orang ramai.

Yang ternampak bila kami masuk nielah lukisan Mural.dekat dinding nak menuju ke dalam Arena Warna..tak banyak mural pun nampak ada dua jew..nampak memang tak meriahlah kawasan baru ni.
tak macam tempat lama..walaupun deretan kedai yang agak lama tapi ada nilai seni dan nostalgia disitu.
Tanya makcik yang berniaga disini..merungut diaorang cakap tak ada pelanggan ..sedih diorang cakap..


Kebahagian depan ..
masih sama hasil jualan yang ada disini..hasil tempatan kerepek dan buah-buahan..nenas ..cempedak ..keledek ..keladi dan macam-macamlah ada..sebab kami pergi awal bulan september bendera malaysia sempena hari kebangsaan masih belum dibukak lagi..cantik berderet dipasang.

Cempedak durian king ni bau dia jangan cakaplah..wangi betul..kalau dekat pasaraya Aeon pun banyak dijual..dalam dia memang elok ..

Deretan dodol yang masih mengekalkan bungkusan daun pinang..entah berapa sebiji..tak tanya pulak aritu..saya kurang minat sikit makan dodol..tapi dodol sekarang orng buat dah sedap..banyak mix perasa macam-macam ada yang letak durian tu memang sedaplah kan.

Inang-inang..rupanya ada dua jenis inang-inang ni..ada yang guna beras pulut..dan ada yang guna sagu biji..
ini kegemaran emak saya..kalau dia nampak mesti nak beli..dulu saya memang tak minat tapi bila mak goreng aritu dekat rumah sedap pulak rasa.
sempat jugak tanya pada makcik yang jual tu ..mana yang lebih sedap ..katanya yang guna pulut lagi dapat sambutan..so batalkan niat nak beli yang sagu..beli jewlah yang pulut nak bagi pada emak..


Masuk kedai sini pulak ..
banyak hasil kraftangan ..mencari barang yang memang membawa tujuan saya kesini..ermm tapi pusing sana sini tak jumpa pulak..nampaknya kena pusing keluar dari arena warna baru jumpa apa yang dicari.

 
Kegemaran suami.cantik pulak diaorang buat kuih rose ni..bulat jew.



'Dah dah lah ibu..penat dah pusing ..jomlah pergi makan'..nilah kerja budak berdua ni..asik lapar jewlah.carilah tempat makan,,masing-masing nak nasi..


Masukklah kesini..diorang pun macam baru nak start berniaga..iqbal cakap nak makan nasi putih dan lauk simple je..oklah suruh order mana yang diorang nak makan.
 Air laici ais..

Nasi putih..

 Sup Cendawan ala thai..

 Telur Dadar..

 Kailan goreng ikan masin..

 Sotong celup tepung..

Berserta sambal pencicah dia..sos chili thai
Dan orang yang lapar sangat nielah..ha haa..

Friday, 28 June 2019

Kilang Claytan dan Kari kambing 40 hari - Jom Ke Ayer Hitam Johor

Sesungguhnya lama benar dah tak jejak kaki kat Ayer hitam..
dulu masa muda belia rajin jugak kemari..pusing-pusing..alaa masatu bukan beli apa pun kadang-kadang suka tengok barang tembikar ..bunga plastik..sayur segar dari penjual cina yang menjaja sambil berjalan mencari pelangan..dan kerepek hasil dari penduduk sekitar batu pahat dan area situ.

Tapi kali ini korang yang dah lama tak datang ayer hitam jangan terperanjat..sebab deretan kedai lama yang sangat gah satu ketika dulu semuanya dah tak ada..yang ada simpan gambar kat area kedai tu memang jadi sejarahlah akan datang..
Diorang nie semua dah dipindahkan ditempat lain..tadi lalu dekat situ nampak lapang jew..alahai rindu sebenarnya  kedai lama2 tu..

Sebenarnya tak ada tujuan kukuh pun nak kesini..
bila iqbal dah balik semalam maka startlah projek jjcm kami..2 bulan start cuti sem..memasak dengan gigihlah lepas ni..sebab ada tukang makan..
sampai je pekan ayer hitam saya terus drive ke kambing 40 hari..masing-masing lapar..cari parking..dah semakin besar restoran kari kambing 40 hari ni..parking pun dah luas..toilet pun banyak..mudah semuanya..dulu masa kemari tempat ni kecik jew..
Bila masuk ke restoran ramai yang beratur nak order makanan..saya bergerak cari meja..dan duduk..iqbal pulak pergi beratur order..ikutlah dia nak makan apa..biasa kami share jew ..rasa sorang sikit..

Air yang di order ..
teh o ais limau iqbal punya ..sejuk tekak minum air batu..dan satu botol air mineral untuk saya.

Kuah pun disertakan ..
lupa pulak nak merasa kuah ni..entah sama ke tak dengan kuah kambing yang kami order.

Menu yang bertemakan makanan Arab..
yang nak makan didulang pun boleh..sebab kami bertiga dengan muhammad je so kami order yang guna pinggan jelah..
Iqbal order nasi kambing dan ayam..yang ayam tu ok sedap..yang kambing tu saya kurang minat..sebab masakkan dia manis sikit..
Bila singgah kemari orang memang tak pernah putus..sentiasa ada je..
suka tengok bila biz orang melayu kita ni maju..

Lepas makan kita ronda ke kilang Claytan pulak..
geng pinggan mangkuk mesti tau brand claytan nie kan..kalau pergi Aeon memang banyak pinggan claytan ni..corak cantik-cantik..

Kalau nak beli yang murah memang kena pergi ke kilang dia..
sebelah belakang kawasan kilang..yang depan dia punya kedai..kedai dia open untuk orang ramai yang nak beli..yang kedai ni pulak ada dua bahagian..
satu kedai yang jual reject sikit..dan satu lagi yang tak reject tapi harga masih murah jika nak dibandingkan dengan yang dah diletak di pasaran.

Yang reject tu bukannya sompek ke retak pun..kadang-kadang colour tu tak even ..macam print lari sikit colour ..dan kadang ada yang nampak dot sikit...tapi dari pemerhatian mata saya tak reject manalah..memang boleh sangat beli..


Kalau yang suka set macamni krim-krim boleh beli ni..cantik dan murah ..

Bunga ni pun saya berkenan..
bunga halus kecik-kecik ..kali ini saya sangat berhemah membeli..tak mengikut nafsu..hanya topup pinggan yang tak ada jew..dan tambah pinggan untuk amik gambar makanan ..
Yang ini tersambar jugaklah 2 pcs..ikutkan pinggan kat rumah punyalah banyak..tapi tulah jiwa mak-mak ..pantang nampak ..hahaa
Teko pun lawa-lawa..suka tengok
Yang nie kalau buat isi kuah laksa..atau soto pun cara jugakkan..tapi ada tulisan tu macam menganggu mata pulak..

 Yang ini kat rumah pun dah ada yang colour coklat..

Teko nie pun lawa..kat rumah tak ada..masih terpikir-pikir nak beli ke tak..bila pikir balik toko berderet tak pakai ..rasa insaf pulak..jus pegang dan letak balik..







Pemandangan dari luar kedai claytan.
korang kalau datang memang rambang mata..yang baru berumahtangga tu bolehlah topup pinggan magkuk kat sini..berbaloi..
Dah penat pusing tengok pinggan mangkuk kami pun gerak balik..lalu jalan parit botak yang tembus rengit tu..lama tak ikut jalan tu..suka tengok kampung disepanjang jalan nak menuju ke rengit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang