Pages

Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Friday, 8 October 2021

Recipe Bihun Soto tumis darat..traditional malaysia food

 





Bismillahhirahmannirrahim
jumpa lagi kita harini dengan menu orang johor..
Berpuluh tahun dari kecik sampai ke remaja tua membesar dengan hidangan soto..ha haa ..😁tak kisahlah dihidang dengan ketupat..atau mee..


Berminat dengan bahan kisar tu boleh terus ke instagram @dapo runcheat ye.






Resepi cara akak dibawah ye..

Bihun Soto
@zila_norazila

Bihun secukupnya - dicelur
Ayam - seekor/setengah ekor
Penumis /4 sekawan
1 ketul sup bunjut
Serai - diketuk
Rempah soto
/kalau suka boleh guna rempah sup dengan rempah kurma 
Sedikit santan - jika suka
Garam -secukupnya
1 ketul kiub pati ayam

Bahan Kisar
5 biji buah keras
1 inci Halia
1 inci Kunyit
2 batang serai
5 biji bawang sederhana besar
3 ulas bawang putih

Caranya
1.Rebus ayam bersama sup punjut dan sedikit halia.
2.Panaskan minyak,masuk 4 sekawan dan serai yg dititik..biar sekejap..masuk bahan kisar..tumis hingga wangi..
3.Masukkan rempah soto dan tambah sedikit air..biar hingga pecah minyak..
4.Campurkan bahan tumisan kedalam rebusan ayam tadi..masukkan garam dan kiub pati ayam..masak hingga kuah sempurna..
5.Tambah sedikit santan jika suka.

English
Bihun Soto tumis darat
@zila_norazila

Vermicelli - boiled
Chicken - one/half pcs
1 piece of  soup pouch
Lemongrass - knocked
Soto spices - 1packet
/if you like, you can use soup spices with kurma spices
A little coconut milk - if you like
Salt to taste
1 cube of chicken

Grinding Ingredients
5 hard fruit seeds
1 inch Ginger
1 inch Turmeric
2 pcs lemongrass
5 medium large onions
3 cloves of garlic

Method
1. Boil the chicken with pouch soup and a little ginger.
2.Heat the oil, add 4 cloves and lemongrass dripped..let it sit for a moment..add the ground ingredients..fry until fragrant ..
3.Add soto spices and add a little water..cooking a few minute.
4.Mix the stir -fried ingredients into the chicken stew..add salt and cubes of chicken stock..cook until the gravy is perfect ..
5. Add a little coconut milk if you like

Side dish 
Bean sprout
Soup and onion leaf
chilli souces -sambal kicap
Chicken breast boiled
Peanut 
Fry slice onion

Tuesday, 22 June 2021

Laksa Joho

 




Pagi semua,
menyambil Pdpr Muhammad,bolehlah menulis disini.Hari ini macam belum keluar lagi mood nak memasak..dah keluarkan ikan siakap seekor yang beli semalam,kepala duk pikir nak masak apa ikan tu.asam pedas pun sedap jugakkan.
Tapi nak mengisar lada tu macam malas pulak rasanya..cili kisar dash habis stock pulak..emm nanti tengoklah jadi apa ikan tu.

Aritu time raya walupun tak ada pun orang dastang tp tetap gigih buat laksa joho,bisanya kalau open house jumpalah laksa ni,tp open house manalah ada kan sekarang ni..masak sendirilah kalau teringin.
Nak buat laksa Johor ni bukannya susah sangat tapi renyah banyak barang nak kena buat..tu yang jadi macam leceh sikit...tapi kalau makan memang laju..lagi kalau ada sambal belacan tu.menjadi-jadi tambah..hihii




kalau berminat nak order bahan kisar yang memudahkan kerja memasak..senang..tanpa bahan perasa..pengawet dan pewarna..nk masak cedok..cedok jew ..
Boleh terus ke ig
@kitchensaverhq untuk order dan pertanyaan
‐-----------------------------------------------------------------------------
Laksa Johor
@zila_norazila

Bahan bahan
Spaghetti - celur,dah lembut angkat ..toskan dan letak sedikit minyak,gaul supaya tak lekat.
1kg ikan kembung/tenggiri
¾ cawan rempah kari ikan 
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih kisar)
2 cawan santan pekat
Air secukupnya
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula/gula merah - untuk ganti serbuk perasa.
Serbuk perasa jika suka.

Bahan kisar
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Ulam ulam
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Limau kasturi
Lobak asin

#Cara membuatnya
1.Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
2.Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan tumis lagi hingga rempah masak sempurna.
3.Masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
4.Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai

English #recipe
Laksa Johor
@zila_norazila

Ingredients
#Spaghetti - boil until it's soft, lift it,put a little oil, mix so it doesn't stick.
1kg fish
¾ cup of fish curry spice
½ a cup of ground dried chillies
¾ cup of dried shrimp (clean grind)
2 cups thick coconut milk
Water
1 tablespoon fried coconut paste (kerisik)
Salt
Sugar/brown palm sugar 
Seasoning powder if you like

Grind ingredients
5 lemongrass stalks
2 inches of ginger
2 inches of galangal
5 large onions
3 cloves of garlic

Side dish
Cucumbers
Sprouts
Kesum leaves/basil leaves
Lime
Salted radish

Instruction
1. The fish is cleaned and steamed. keeo steamed water. Grind the fish that has been removed from the bones with the steamed water of the fish. Set it aside.
2. Heat a saucepan, add 1/2 cup of oil and add the grind ingredients. Saute until fragrant. Add the fish curry spices and fry quickly for one minute. Add 1/2 cup of water and sauté again until the spices are cooked through.
3. Add the ground chilli and fry again until the oil rises. When the oil rises, add the fish that has been ground. Stir well. Add 3 cups of water and 2 cups of coconut milk. When it boils, add the dried shrimp and dried coconut paste.
4. Johor laksa gravy is quite thick. So you have to have quite a bit of water with the desired concentration




Friday, 11 June 2021

Laksa Sarawak la pulak.



Sejak penghuni rumah ni lengkap semua ada semangat sikit nak masak macam-macam.sebab ada yang tukang kasi habis tu yang suka...tapi penat jangan cakaplah asik kedapur je kita.kadang dah petang baru sempat nak relax sikit.
Ahad ni dah nak start sesi Pdpr untuk Muhammad .Jadinya banyak kerja jugaklah menanti nanti.

 

Meh la cerita Laksa Sarawak,pic ni dah lama ..tapi semalam ada buat laksa sarawak jugak nak kasi perabih satu paket lagi pes laksa hj manan tu.takut simpan lama tak elok pulak kan.
Senan jew nak buat laksa Sarawak ni berbanding Laksa Johor..tak renyah sangat..simple tapi rasa dia sedap.
Masa pergi ke Sarawak dulu pernahlah jugak merasa Laksa ni disana..Kena makan dengan sambal jugak baru rasa kick sikit ..
Ok Pes tu boleh beli di shoppe atau boleh juga ke instagram atau Shopee @kedai ummi ..semua barangan dari sarawak dia ada jual..kek lapis ..kuih cincin ..kain batik sarawak ..kraftangan..senang cerita semua produk dri sarawak ada kat kedai dia..


Laksa Sarawak
1/2 peket bihun dicelur
Isi ayam - direbus/digoreng carikkan isinya.
6/lebih  ekor udang dicelur sekejap

Caranya
Sediakan periuk.
Masukkan 1 liter air rebusan udang dan ayam serta 1 batang serai.
Kemudian masukkan 1 paket 200 gram pes laksa sarawak  kacau rata.
Tambahkan 250 ml santan pekat /santan kotak
Biar kuah agak pekat 
Perasakan dengan sedikit garam.tutup api.

Hidangkan bersama
Daun ketumbar
Taugeh
Telur yang didadar nipis dan dipotong bulat
Udang
Isi ayam
Limau kasturi/nipis
Sambal udang kering

Resepi sambal udang kering
Segengam udang kering
Sedikit belacan
1 senduk cili kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Kisar semua bahan dan tumis hingga sambal masak sempurna.tambah sedikit gula dan garam..serta air asam.siap.

Wednesday, 20 November 2019

Laksa Johor - menu yang sentiasa digemari


Laksa Johor
Salah satu masakkan tradisi orang johor..masakkan warisan zaman berzaman..bagi saya nak buat laksa johor bukanlah susah..cuma agak renyah dari segi penyediaan barang je..tapi bila dah siap rasanya amat berbaloi..setimpal dengan penat lelah menyediakannya.
sebelum ini saya ada buat entry laksa johor jugak DISINI saya masih kekal menggunakan resepi lama tu jugak sebab saya rasa resepi ni keeper.

Kuah yang memekat ..rasa nikmat bila ceduk kuah lebih..laksa johor nie yang penting kuah dia..kalau sedap makan keseluruhan laksa nie mejadi sedap..sebab acc tambahan tu tak mempengaruhi rasa.

Penyediaan nak buat laksa.
mesti kena ada spaghetti lah kan,banyak jenama spaghetti di pasaran kita pilih mana yang sesuai dengan kita.

 Dah stanby dengan barang penyeri laksa johor kita.

 Kalau sebelah johor biasanya kami akan potong macamtu.lebih menarik.
dah siap penyeri laksa kita..saya nie kalau makan laksa johor memang tak suka sangat spaghetti.bisanya saya hanya makan kuah macamtu jew ..mix dengan sayur..


Laksa Johor

Bahan bahan
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang /kembung/parang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Ulam ulam
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

Cara cara
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan  kepekatan yang disukai
.

Wednesday, 12 June 2019

Bihun Soto - menu popular masa open house raya

Saya orang johor..
family..mak dan ayah semua orang johor..cuma bertemu jodoh je bukan dengan orang johor..
Dari kecik lagi soto macamni memang dah jadi menu hidangan kami di rumah,..kami 7 beradik kalau mak buat soto memang kena banyak..sebab family kami diketika itu jiran cakap family beso ..beso..kami adik beradik memang badan sedang elok membesar bagai johan masatu..
lagipun dikawasan felda family kami je yang ada anak ramai ..masatu..bukan masani...masani ramai orang dah caras family kami..ada yang ada ank 8 ..lebih satu dari mak..

Ikutkan family kami bukan orang yang suka makan mee..kami lebih kenyang bila dihidangkan nasi..kalau buat soto mesti nak soto nasi..baru perut kenyang dan tak berbunyi sampai petang..kalau makan bihun mesti nak cari nasi jugak ending dia..
Kali ini saya sedikan bihun soto..
ada lebihan bihun sayang pulak dibiarkan macamtu je..sejak iqbal dah pergi u banyak barang makanan yang terbengkalai tak habis..biasanya memang dia yang suka makan macam-macam..

Untuk resepi kali ini saya guna rempah soto dari MakSiti..biasanya memang saya buat rempah sendiri..tapi barang review rempah maksiti masih pending so buatlah soto guna rempah maksiti ni.

Rasa pun sedap ..rempah soto maksiti ni memang famous ..masa saya kecik pun memang mak guna jugak rempah ni..kalau buat soto memang menjadi sangat ..dan merupakan menu lajen bila ada bacaan yassin dirumah masatu..
dan kini menu popular time raya..pergilah open house memang kebanyakkan diorang akan hidangkan soto sebagai hidangan sampigan atau hidangan utama.


Bihun soto versi rempah maksiti
1 Paket rempah soto mak siti
Ayam - dipotong empat

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai - dititik

Bahan lain
1/2 cawan santan pekat
Rempah 4 sekawan

Caranya
Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan serai dan rempah 4 sekawan biar sekejap sampai sedikit garing..kemudian masukkan bahan kisar kacau rata dan masak hingga naik bau, masuk rempah soto maksiti yang dah dibancuh dengan sedikit air.
Tumis rempah sampai wangi ..kemudian masukkan ayam..gaul rata biar sekejap baru tambah air..ikutlah air nak banyak mana.
Biar hingga ayam empuk dan masak sempurna..dah empuk bolehlah angkat..ok ayam ni kalau nak di goreng sekejap pun boleh..kalau nak jaga kesihatan tak payah goreng ..dah sejuk boleh carik halus.

Untuk kuah tadi tambahkan air jika kurang..kalau nak buat versi pekat sikit air tak payah banyak sangat.kemudian masukkan santan pekat ..kacau ..perasakan dengan garam dan sedikit bahan perasa..bila semua dah ok tutup api..dah boleh hidang .

Geng bihun soto ..
kalau tak ada ni macam tak lengkap soto korang nanti..taugeh tu nak celur dulu pun boleh ..kalau nak makan masih rasa kruk..kruk tak payah celur..kacang tanah jangan lupa..

Sambal kicap wajip ada ..jangan skip nanti tak nikmat nak makan soto..

Resepi sambal kicap
Lada cili padi hijau secukupnya dalam segengam
bawang putih dalam 2 ulas
gula secukupnya
limau sambal.
kicap jalen yang lemak manis..

kisar semua dan perahkan sedikit limau.

Yang ini tak selalu saya buat ..kalau angin rajin datang adalah bergedil..kalau malas memang makan soto gitu jewlah ..

Bergedil kentang
Kentang - potong wadges dan goreng
Bawang goreng
Daun sup
Garam
Lada sulah
Telur - untuk salut bergedil masa nak goreng

Caranya
Goreng kentang hingga lembut..kemudian tumbuk..saya guna lesung batu je..senang kerja.
kemudian tambahkan bawang goreng dan daun sup.gaul rata..letak garam dan lada sedikit lada sulah.
Bulatkan kecil..saya guna scop ice-cream ..kalau nak lagi cantik guna tangan.
celupkan dalam telur dan goreng hingga masak kekuningan.
Siap..

Monday, 15 August 2016

Laksa Johor


Laksa johor
kebangaan orang johor,walaupun zila anak jati johor tapi bab laksa johor dan makanan yang berasaskan mee memang kurang dapat sambutan dirumah.mungkin jiwa kami sedari kecil dididik dengan hidangan nasi.itulah sebabnya bab mee mee memang kami kurang sikit.

senonimnya laksa johor ini muncul semasa hari raya untuk meraikan tetamu menziarahi rumah kita,ataupun dalam acara marhaban time itulah kita  akan terfikir nak buat sesuatu yang istimewa.

Bagi zila nak buat laksa johor memang tak susah.maksudnya penyediaanya mudah tapi renyah bab nak meyediakan bahan-bahannya,ialah memang agak banyak kerja sikitlah.nak blander isi ikan,isi ikan nak dikukus dulu kemudian asingkan isi dengan duri..ermmm kalau tak beria-ia sangat nak makan memang malas nak buat.


zila sempat search jugak resepi laksa johor yang belbagai tapi lebih kurang juga dari segi penggunaan bahan-bahan.ada yang pakai udang segar ada yang pakai ikan masin kurau.macam-macam style.insyaallah next time boleh cuba resepi yang letak ikan masin.untuk kali ini zila guna resepi kak jee fauziahsamad.com.kak jee berniaga laksa johor walaupun dia sebenarnya bukanlah orang johor.dengan keikhlasan kak jee berkongsi resepi zila pun nak juga mencuba resepinya.alhamdulillah walaupun tanpa udang hidup dan ikan masin rasanya tetap mabless.anak zila pun suka.kuahnya pekat.menepati citarasa.kuah memainkan peranan utama.kalau kuah sedap keseluruhan laksa kita akan menjadi sedap.


Laksa Johor

Bahan bahan
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang 
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam ulam
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

Cara cara
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan  kepekatan yang disukai.


Spaghetti
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga  hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.

Ulam ulam
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh. 

Sambal belacan
Cili kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang
Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.



Thursday, 25 June 2015

laksa perlis ikan sekoq


Assalammualaikum
bila mood rajin nak berblog macamnilah..
bila bulan puasa macamni tengok apa pun sedap..tgok apa pun rasa macam teringin sangat nak makan..hari minggu lepas mengemas majalah lama..nampak pulak resepi laksa nie..kalau hari biasa laksa memang malas sangat nak buat..sebab masing-masing nak makan nasi jew.

laksa memang terkenal di bahagian utara..tak sah rasanya kalau x menikmati semangkuk laksa bila dah sampai ke utara..tapi tak semua laksa yang dijual tu sedap..kena tengok gerainya jugak..cuti hari raya cina yang lepas zila sempat ke kuala perlis..jalan-jalan..cuba jugak makan laksa disana..

kalau zila suka makan laksa yang pekat kuahnya..tak minat sangat yang cair.tak payah makan mee pun tak apa asal dapat makan kuah dengan bahan sampingan pun dah ok sedapnya..kali ini zila buat kurang pedas sikit..memandangkan suami tak boleh makan pedas..jadi bila time nak makan memang kena tabur dengan hirisan cili padi lagi..bagi terangkat sikit..


Laksa perlis ikan sekoq
Bahan
1 kilo laksa beras
1 kilo ikan kembung
15 tangkai cili kering - gunting dan rendam air panas
10 biji bawang merah
2 biji bawang putih
5 tangkai cili merah
1 batang serai - diketuk
1 kuntum bunga kantan - dipotong 4
Asam keping secukupnya
Daun kesum secukupnya
100 gram belacan
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Bahan sampingan
7 ekor ikan kembung -direbus dan dijadikan ikan tambahan dalam laksa
1 biji timun - hiris
Bawang besar - hiris
cili padi - dihiris nipis
telur - belah dua
Limau nipis
nenas - jika suka

Caranya

  • Rebus ikan kembung bersama asam keping dan sedikit garam.
  • kluarkan ikan dan sejukkan,kemudian asingkan isi ikan dan tulangnya.
  • kisarkan isi ikan dengan air rebusan ikan..letak dalam periuk.
  • kemudian kisar tulang ikan dan tapis.masuk dalam periuk yang sama.
  • kisarkan bahan-bahan perencah.masukkan dalam periuk bersama isi ikan.tambahkan air.
  • masukkan asam keping kedalam kuah ikan.
  • masukkan daun kesum,serai,bunga kantan garam dan gula secukup rasa didihkan.
  • sediakan mangkuk dan masukkan laksa beras dan tabur bahan sampingan.
  • tuang kuah kedalam mangkuk dan letakkan seekor ikan kembung rebus.
  • sedia dihidang.


Monday, 10 December 2012

pad thai


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..isnin 10 dec..semoga semuanya hari ini diberi kesihatan yang baik..dan dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa.


dah sarapan belum?..zila hari ini tak makan apa-apa lagi..masih tercari-cari makanan apa yang best untuk dibeli nanti..macam nak makan nasi kerabu la pulak..he hehee..



menu alam maya hari ini..pad thai..pernah makan tak?..yang tak pernah memang kena cuba.. baru tau kesedapannya ...mat salleh pun suka makan mee nie tau..kat office zila nie ada orang thai..so dia cakaplah pad thai merupakan salah satu hidangan popular kat sana..zila pun mintak la resepi..dan cuba buat sendiri..


memang betul sedap ..bagi zila kesedapan tu terletak pada sos pad thai tu sendiri..sebab gabungan masin,manis dan masam..dan mee kering  tue jugak sedap..kalau nak pakai mee teow basuh macam dah lari tajuk pulak kan..
mee tue cari di giant atau jusco..memang ada..zila sertakan gambar diatas .



masa nak makan kena tabur dengan kacang tumbuk dan cilli flaks tue ..kalau tak bubuh memang tak sedap..zila goreng lada kering dan tumbuk ..tapi terover goreng sampai hitam la pulak..he hhee kira halal jew la kan..
oklah sampai disini dulu..jumpa lagi dan selamat mencuba..bye semua



PAD THAI 
Bahan bahan

kway teow kering - celur dengan air panas
bawang putih - dicincang
tahu - potong dadu dan digoreng
udang segar - dikupas kulitnya
daun kucai - dipotong 1 inci panjang
taugeh - ikut suka
2 biji telur - dipukul sedikit
lobak masin - hiris kecil-kecil
sos pad thai - air asam jawa,gula melaka sos ikan thai campurkan kesemuanya,agak-agak masin,masam dan manisnya seimbang
kacang tanah -ditumbuk kasar 
red chilli pepper flakes - saya goreng cili kering dan tumbuk




cara-caranya

  • tumiskan bawang putih hingga harum,masukkan udang segar dan masak seketika.
  • masuk kway teow letak sedikit air,campurkan taugeh,tahu dadu,daun kucai,lobak masin dan siramkan sos pad thai gaul rata.
  • ketepikan mee disebelah kuali,goreng telur yang sudah dikocok diruang kosong hingga setengah masak..agak kering telur tu gaulkan dengan mee.
  • pad thai seharusnya basah sedikit,tambahkan air sedikit jika mee kering.
  • hidangkan mee bersama red chilli flakes dan kacang tanah tumbuk.mesti letak kalau tak ada memang tak sedap.
  • boleh makan bersama ulam-ulam dan limau nipis.


Monday, 10 September 2012

mee sarang


Assalammualaikum,
salam sejahtera dan salam sayang semua-semua.:)




sekejapnya dah hari isnin kan..pantas betul masa berlalu..terasa-rasa baru jer bercuti hari sabtu dan ahad..tupp tupp dah kerja balik hari isnin..he hhee hee..apa khabar semua??..open house masih lagi berjalan seperti biasa kan..masih meriah suasana kunjung mengunjung kat johor nie..sampai sesak-sesak jalan..ramai betul orang buat open house kan..




tapi tak apalah kan..bukannya selalu kita dapat bertandang kerumah kawan atau sedara mara kita..waktu-waktu beginah masa yang sesuai dapat berbual ..dan mengeratkan tali persaudaraan..kalau hari-hari biasa masing-masing dah sibuk dengan urusan tersendiri..





dalam kesibukan kita beraya kerumah sahabat dan saudara mara..jangan sesekali kita lupakan jiran tetangga yang berhampiran dengan kita..jiran setaman..ataupun selorong kawasan kita..kadang-kadang yang jauh-jauh sempat kita pergi..tapi yang depan dan sebelah rumah langsung tak dijenguk..seelok-eloknya biarlah yang muda menziarahi orang yang lebih tua dari kita kan..




pernah tak makan mee sarang?..mesti ada yang kata dahhh..dan ada jugak yang tak pernah makankan...sapa yang tak pernah makan kenalah buat sendiri he hee..ataupun cari la kat kedai dan restoran yang ada menjual mee sarang nie..hari tue nampak SARI show kat blog dia mee sarang nie..alahaiii terus kecurr tak terkata..lepas tu IKA  pun ada buat jugak..aaiiisshhh pandai betul diorang tu menggoda ..show makanan yang sedap-sedap lagi..terima kasih buat sari dan ika ..i love u tau..:0



kiranya dah beberapa kali jugak zila buat mee sarang nie,tapi time tuu amatlah malas nak snap segala bagai..bila dah siap masak rasa macam nak cepat-cepat jew makan..he hhee ..tak sabar la tu kan..;)..
oklah jom sama-sama semak resepi..sesiapa yang nak buat jugak silakanlah mencuba memang amat mudah dan berbaloi kesedapannya..hidangan ini memang sesuai untuk buat hidangan open house..ringkas dan cepat siap..ok lah salam sayang semua bye..



MEE SARANG LADNA
Resepi asal - Alam Sari dan 
Ika Arah
dicuba oleh - zila4ever.blogspot.com

Masak bahan kuah dahulu :
  • 2 sb minyak masak
  • 4 - 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
  • 9 - 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
  • 1 - 2 ekor sotong dibersihkan dan dihiris sederhana nipis
  • 2 keping fish cake dihiris sederhana nipis
  • 1/2 sb serbuk pati ayam/ ikan bilis
  • 5 sb kicap cair
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 1 ikat sayur sawi (bersihkan dan siang, asingkan batang dan daun)
  • 4 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan air masak + 2 sb tepung jagung, dikacau rata
  • 2 biji putih telur

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam/ ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayur yang lain jika ada. Biar 3 -4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
6. Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.

Sementara tungguh kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.

Bahan Sarang :

Sebungkus Bihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, mahal sikit tak apa sebab kita nak goreng terus ia dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
2 cawan minyak masak

Caranya :

Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. Sederhanakan api dan masukkan segumpal bihun (leraikan segumpal- segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat-cepat sehingga kembang keseluruhan bihun. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Teruskan menggoreng gumpalan bihun yang lain. Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.



kuah ladna - ika arah
  • 1 sb Bawang putih yg dcincang
  • 1/2 sk Halia yg di cincang
  • 1 sb Tauchu tak nak letak pun ok jugak
  • 3 cwn Stok ayam-kita guna 1 kiub ayam knorr campur dgn air panas
  • 1 sb Sos ikan /nampla
  • 3 sb Sos Tiram
  • 1 sb kicap cair - brand thai yg biasa digunakan utk buat ladna
  • 1 sb gula atau lebih ikut selera
  • 1/2 sk lada putih
  • 1 ekor Sotong sederhana besar dpotong ikut suka
  • 5 Ekor Udang dbuang kulit
  • 1 pokok Kailan atau sawi dpotong
  • Lobak merah potong nipis
  • Baby Corn optional
  • 1 biji telur dkocok sedikit
  • Terpulang nak letak sayur apa pun
  • Minyak utk menumis
  • Bancuhan tepung jagung atau ubi secukupnya utk memekatkan kuah








Wednesday, 5 September 2012

laksa kari


Assalammualikum
salam sejahtera dan salam sayang semua,jutaan terima kasih untuk semua atas ucapan tahniah buat zila ...terima kasih jugak atas komen-komen yang indah..zila akan jadikan ianya sebagai penyuntik semangat untuk terus aktif berblog.sokongan anda amat-amat zila hargai..i love u all..



Apa khabar semua??..sihat tak?..mesti masih ada lagi undangan open house yang menanti kan..sebulan beraya..samalah kita..apa-apapun kesihatan nak jugak kena jaga..makan ikut kemampuan..ditakuti akan mengundang penyakit pulak nanti..he hehe nie kiranya nasihat untuk diri sendiri jugaklah..almaklumlah semua makanan yang dihidangkan amat-amat membuka selera.






Rasa dah lama tak mengupdate blog..biasalahkan kalau dah mula bercuti..nak memulakanya balik memang la malas..idea pun macam dah kurang ..he hhe..dari hari kehari bertangguh..bukannya tak memasak..kadangkala nak snap gambar rasa macam malas jew..





oklah..jom cerita bab masak-masak pulak,hari ini nak share satu lagi resepi..
laksa kari..atau kari laksa..sebenarnya beberapa hari nie tekak teringin benar nak makan mee kari..kalau beli kat kedai biasanya memang tidak menepati citarasa.lagipun zila memang kurang minat dengan mee kuning..bukanlah tak makan terus..tapi jika ada alternatif lain memang zila tak masak mee kuning..so untuk resepi ini zila gantikan dengan mee laksa..zila gunakan laksa basah dan beli mee laksa yang pendek-pendek..biar mudah dimakan.






Biasanya kalau resepi masakan zila pakai agak-agak jew.apa yang kurang dan apa yang nak kita lebihkan pandai-pandailah kita rasa.senang cerita ikut selera dan tekak kita...tapi tak sama kalau kita buat kek atau kuih ..semuanya mesti disukat dengan tepat..jom sama-sama semak resepi...dan pada sesiapa yang sudi nak mencuba silakan yer..



Laksa kari : zila4ever.blogspot.com

Bahan - bahan
1 paket laksa basah
1 paket tahu sponge
1 keping  fish cake - lebihkan jika suka
Ayam - setengah ekor dicincang kecil
2 batang serai - dititik
penumis 4 sekawan
1/2 peket serbuk kari - saya guna babas
1 kotak santan
2 sudu kerisik
daun kari.

bahan kisar
4 biji bawang merah kecil
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu cili kisar - boleh dikurangkan
segenggam udang kering

Bahan iringan

timun - disagat
mangga muda - disagat
taugeh 
limau kasturi
telur rebus 
bawang besar hiris

cara-caranya
  1. celur laksa basah seketika dan ketepikan..
  2. panaskan sedikit minyak,masukkan serai yang telah dititik dan penumis 4 sekawan serta daun kari.
  3. masukkan bahan kisar,masak sehingga wangi dan harum.
  4. masukkan serbuk kari dan tumis hingga sedikit garing.kemudian masukkan ayam gaul rata..masak sehingga ayam sedikit kering .
  5. kemudian masukkan santan,suaikan air mengikut kepekatan yang anda mahukan..jangan letak terlalu banyak air.
  6. masukkan tahu sponge,fish cake dan kerisik..perasakan garam,saya tak letak asam keping sebab saya akan perahkan limau kasturi semasa menghidang..
  7. selepas masak bolehlah dihidang bersama bahan -bahan iringan.
  8. selamat mencuba.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang