Laksa johor
kebangaan orang johor,walaupun zila anak jati johor tapi bab laksa johor dan makanan yang berasaskan mee memang kurang dapat sambutan dirumah.mungkin jiwa kami sedari kecil dididik dengan hidangan nasi.itulah sebabnya bab mee mee memang kami kurang sikit.
senonimnya laksa johor ini muncul semasa hari raya untuk meraikan tetamu menziarahi rumah kita,ataupun dalam acara marhaban time itulah kita akan terfikir nak buat sesuatu yang istimewa.
Bagi zila nak buat laksa johor memang tak susah.maksudnya penyediaanya mudah tapi renyah bab nak meyediakan bahan-bahannya,ialah memang agak banyak kerja sikitlah.nak blander isi ikan,isi ikan nak dikukus dulu kemudian asingkan isi dengan duri..ermmm kalau tak beria-ia sangat nak makan memang malas nak buat.
zila sempat search jugak resepi laksa johor yang belbagai tapi lebih kurang juga dari segi penggunaan bahan-bahan.ada yang pakai udang segar ada yang pakai ikan masin kurau.macam-macam style.insyaallah next time boleh cuba resepi yang letak ikan masin.untuk kali ini zila guna resepi kak jee fauziahsamad.com.kak jee berniaga laksa johor walaupun dia sebenarnya bukanlah orang johor.dengan keikhlasan kak jee berkongsi resepi zila pun nak juga mencuba resepinya.alhamdulillah walaupun tanpa udang hidup dan ikan masin rasanya tetap mabless.anak zila pun suka.kuahnya pekat.menepati citarasa.kuah memainkan peranan utama.kalau kuah sedap keseluruhan laksa kita akan menjadi sedap.
Laksa Johor
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa
Bahan kisar
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Ulam ulam
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin
Cara cara
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.
Spaghetti
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.
Ulam ulam
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh.
Sambal belacan
Cili kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.
Cara menghidang
Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.
5 comments:
Tak apa Zila.. kakak dah cadang nak buat juga ni sebab hujung minggu baru ni tercancel sebab ada hal. Tengok Zila punya hidangan kakak dah tak boleh tahan tau:)
Ya Allah sedap nyerrr...antara feveret nie!
looks yummy
sedapnyaaaa zila macam nak buat lagi lah laksa johor ni
gambar yg sangat membuka selera kaknoor lah
Fuhh mengancamnya gambar keep it up sifu hiii..seumur hidup x pernah buat laksa johor huuu,,,antara nak buat ke tak nak buat hij
Post a Comment