Pages

Wednesday 24 October 2012

nasi mandhi / ayam bakar mandhi dan sambal buah bidara


Nasi Mandhi

Sumber:Blog Resepiraidah
           Dapur mamasya

Bahan
4 cawan beras basmathi - rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - hiris halus batang mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis - 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning - guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.


cara-caranya
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air biar mendidih.

2. Bila mendidih padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.

*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.

4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.

5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Nota 
* skip langkah 3 - 
bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yang lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap. 



Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber asal :Blog Resepiraidah
                  : Dapur mamasya

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam  cuci bersih - potong 4
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar - letak 1 sk
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji lemon - dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.


Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

nota 
* bakar suhu 250'c selama 50 min,buka alumium foil.. balikkan ayam bakar menu grill selama 15-20 minit..balikkan lagi ayam masak api grill 15-20 min.


Sos/Sambal pencicah - buah bidara
by : zila4ever.blogspot.com
1 biji tomato - hiris dadu
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) - hiris-guna cili merah+cili padi
1 tangkai batang ketumbar - dihiris halus
Garam, Gula
Perahan limau kasturi
buah bidara dihiris nipis
sedikit cencaluk
Ulam:
Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam-ulam kampung.


Assalammualaikum,
salam sayang dan salam sejahtera semua..

Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

selamat menyambut aidiladha buat muslimin dan muslimat semua..sempena nak menyambut hari raya haji nie zila sharekan nasi mandhi dan set-setnya..zila ambil resepi sepenuhnya dari dapur mamasya yang jauh diperantauan tapi tetap hebat memasak.. dan sekarang nie mamasya sedang mengerjakan haji..semoga dipermudahkan segala urusanya disana ..aminnn


kak madihaa juga dah buat ..tergoda  bila mamasya dan kak madihaa show aritu..kecurr..he hhee ..sambal pencicah tue zila gantikan dengan sambal buah bidara..saja-saja jew sebab buah bidara ada beberapa biji kat rumah aritu..nak dimakan macamtu jew dah boring..ok lah pada sesiapa yang nak mencuba silakan..zila panjangkan lagi resepinya disini juga..

pada yang sudi follow zila tqvm ..zila dah follow balik semuanya..dan pada yang sudi berkunjung kemari jugak tqvm..dan tq juga tas komen-komen yang indah dari semua pengunjung..zila akan membuat kunjugan balas ..antara lambat dan cepat ok..ummahhh i lap u ...bye semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang