Nasi Mandhi
Sumber:Blog Resepiraidah
Dapur mamasya
Bahan
4 cawan beras basmathi - rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - hiris halus batang mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis - 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning - guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.
cara-caranya
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air biar mendidih.
2. Bila mendidih padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Nota
* skip langkah 3 -
bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yang lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.
Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber asal :Blog Resepiraidah
: Dapur mamasya
Sumber asal :Blog Resepiraidah
: Dapur mamasya
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam cuci bersih - potong 4
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar - letak 1 sk
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji lemon - dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
nota
* bakar suhu 250'c selama 50 min,buka alumium foil.. balikkan ayam bakar menu grill selama 15-20 minit..balikkan lagi ayam masak api grill 15-20 min.
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
nota
* bakar suhu 250'c selama 50 min,buka alumium foil.. balikkan ayam bakar menu grill selama 15-20 minit..balikkan lagi ayam masak api grill 15-20 min.
Sos/Sambal pencicah - buah bidara
by : zila4ever.blogspot.com
1 biji tomato - hiris dadu
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) - hiris-guna cili merah+cili padi
1 tangkai batang ketumbar - dihiris halus
Garam, Gula
Perahan limau kasturi
1 biji tomato - hiris dadu
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) - hiris-guna cili merah+cili padi
1 tangkai batang ketumbar - dihiris halus
Garam, Gula
Perahan limau kasturi
buah bidara dihiris nipis
sedikit cencaluk
Ulam:
Ulam:
Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam-ulam kampung.
Assalammualaikum,
salam sayang dan salam sejahtera semua..
Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".
selamat menyambut aidiladha buat muslimin dan muslimat semua..sempena nak menyambut hari raya haji nie zila sharekan nasi mandhi dan set-setnya..zila ambil resepi sepenuhnya dari dapur mamasya yang jauh diperantauan tapi tetap hebat memasak.. dan sekarang nie mamasya sedang mengerjakan haji..semoga dipermudahkan segala urusanya disana ..aminnn
pada yang sudi follow zila tqvm ..zila dah follow balik semuanya..dan pada yang sudi berkunjung kemari jugak tqvm..dan tq juga tas komen-komen yang indah dari semua pengunjung..zila akan membuat kunjugan balas ..antara lambat dan cepat ok..ummahhh i lap u ...bye semua.
28 comments:
Selamat Hari Raya Aidil Adha...raya mana dik? Woo, sedap & menyelerakan nasi ni...boleh cuba nanti...
slamat hari raya juga kak mar:)) raya kt jb jew kak:))
x puas hati.....sy dtng sini plak kak....hehehe....
1st time sy tgk buah bidara kak....x penah jumpa dan lagi la x penah mkn.....msam ke rasanya? Sbb akak buat sambal cicah tu?
Mmg nmpk best lah nasi tu.....tergoda! Tp nak buatnya.....mmg tdk la....lain la klau ngidam beria sngt....mmg konpem la kene buat......:-)
he heee syifa buah bidara tu rasa dia kosong jew x manis x masam..mcm mkn apple cam tu la..klu btl2 rajin jew baru buat syifa..akk pun dh lama duk teringin nie:)
perghhh.. meruntum jiwa yangg.. :b
Selamat Hari Raya Haji yer Zila..
Kalau zila nak tahu kakak tak pernah lagi jumpa buah bidara ni. Tak tahu guna pun bila baca N3 zila ni baru kakak tahu. Ingat dlm pantun aje hihi...
Selamat AidilAdha Zila sygggg... oh! hidangan kali ini sungguh menggoda selera! Kita belum lagi buat ayam mandhi.... akan buat juga!
Gud morning kak zila, pagi2 sudah kasi lapar org ya, sengaja ke??hehe...
as-salam Zila
sungguh menggoda Nasi Mandhi ni..npk pun sedap...btw 1st time dgr buah bidara..macam buah apple pun ada..
ya ampun kak..! sedap nya... memang betul2 menggugat iman posa saya nih! aiii.. rasa macam nak kena bertukang gak kat dapur nih!! terima kasih kak share resepi! =)
Asslmkum kak Zila
Tak baik tau..guda nasi sedap mcm tu..Huhuhuu..
kak!..Selamat hari raya :D
Wahhh..best..best.. Nak satu set zila.. Suka nasi madhi..
Salam aidiladha ye Zila..
aduh dugaan dugaan bw tengahari
laparnya tgk nasi mandhi tu, tina dah lama tgk resepi ni tapi tah kurun bila nak buatnya tak tau lah haha
selalu makan kat kedai je, sedap tapi biasalah agak costly lah kan dari kita masak sendiri
aduh....sedapnya...boleh buat untuk jamuan malam nie.....
Selamat raya haji.
Rempah mandi tu nak cari Kat mana zila..
Zila...sedapnyer zila..ni kan sempena raya haji boleh buat nasi mandhi daging..suami mieza cukup suka..sedappppp! Cantik sekali rupa paras ayam panggang tu...daku tergodaaaaaaaaaaaa
wow kak, berlari2 saya kejar yg had dlm talam tu...seronoknya dapat makan satu dulang..teringat nmasa kat rumah nenek kita time kecik2 dulu...makan ngan sepupu sepapat keliling dulang...banyak tu kak nasi mandhinya, mmg mcm style arab betul ni..habis tak tu?hehhe....
Salam, kak Zila. memg fav kita nasi mandhi ni tapi tak pnah cuba buat sendiri, takut tak jadi, kita lak yg kena mandi.. hehehe
wow sedapnya tgk....first time here..
happy to follow u...
glad if u do the same..
http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/
Subhanallah.... menjejes-jejes air liur k.gee dibuatnya.... nyam nyam nyam....!!!
selamat hari raya aidiladha Zila
mengancam betul tgk nasi dan ayam zila ni la, lapo dibuatnya tau he he
This looks decadent and delicious! Yummy.
sedapnya kak tgk nasi mandy tu..puashati kan kalau buat sdri..puas mknnya...
pestime tgk buah bidara..mkn pon xpenah..nk cri kt mne yea buah tu??
slmt aidiladha buat akak sekeluarga...
tgk nasi dlm talam tu dh mcm nasi ambeng lah plak hehehe... sedapnya kak... jeles sungguh kita tgk kulit aym tu berkilat sungguh! body dia sungguh mengancam mata kita sampai ke tekak rasanya! Nasi tu pulak saje je buat perut kita lapar n sambalnya tu... kita x pernah mkn buah tu, mcm mana rasanya?
Apa2 pun SELAMAT HARI RAYA HAJI buat akk zila sygggggg :)
salam adildiladha zila...
dah buat pun dia ye... mujur akak dah buat ritu.. kalau idak mesti dok terliur juga.. hehe.. buah bidara akak tak pernah rasa... cemanalah rasa dia ye...
terima kasih atas komenn2 yg indah semua..buah bidara tu zila beli di pasar malam..rasanya macam buah epal hijau tapi x masam..dan x manis pun..rangup sgt..sedap kalau makan mcmtu jew..tp zila saja letak dalam sambal tue:))
Salam kak zila... sedapnyerr!!!!!!!!!!!! tun dh lama teringin nk makan nasi mandhi nih, tp x buat2 jugak..
pastu kan, jakun nengok buah bidara tu. hihi.. xpenah jumpa selama nih.
yumyum..dh lama teringin nih...hee..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda...
Post a Comment