Pages

Saturday, 7 November 2020

Cara membuat kuih Bingka Tumis/Bengkang/kuih bakar/Lemak sedap tak lekat di acuan.

 

Salam sabtu..
tak kemana kami hari ni,biasanya sabtu dan ahad atau kadangkala jumaat memang kami akan merayap..JJCM sejak suami di KL kena PKPB tak dapatlah dia balik ke JB setiap minggu,dan khabar hari ini PKPB berlanjutan hingga empat minggu lagi..dan mungkin berakhir hingga 6 Disember 2020.
Disebabkan banyak masa dirumah hari ini lepas maghrib godehlah blog ,menulis sesuatu disini boleh juga hilangkan penat selepas seharian main masak-masak ..

Ok hari ini nak share resepi kuih bingka,diorang panggil ni bingka tumis..resepi asal dari Kakak yang berniaga di melaka..sedap bingka versi nie,saya pernah jugak share resepi bingka pandan berempah dulu disini boleh semak balik jika nak tengok resepi.
Tapi kali ini yang membezakannya cara pembuatan dia,bila dah tumis sekejap bijan tu dalam acuan memang kuih kita jadi lebih senang nak dikeluarkan,rasa sedap lemak-lemak macamtulah..lelagi saya pakai santan perah dan guna pandan asli.lagi sedap kuih kita kalau guna yang asli .


ok yang nak mencuba silakan ye.saya ada share video Youtube sekali bagi senang sesiapa yang kurang faham.

Bingka Pandan Tumis
By @zila_norazila

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
3/4 cawan gula
3 biji telur
1 cawan air pandan (8/10 helai daun pandan)
2 atau 3 helai daun limau purut (dikisar bersama air pandan ya )
1/2 tsp serbuk kayu manis
Sedikit garam
Sedikit minyak -diletak pada acuan
Bijan hitam/putih -secukupnya

Caranya
1.Sediakan bekas..masukkan tepung gandum..gula..serbuk kayu manis dan garam..mix pakai whisk..rata.
2.Kemudian masukkan air pandan dan santan..kacau hingga sebati.masukkan telur..kacau lagi.
3.Tapis adunan..sediakan acuan..panaskan acuan atas dapur gas..letak sedikit minyak dan tabur bijan..biar srkejap.
4.Tuang adunan kedalam acuan..tunggu sekejap..tabur lagi bijan jika suka.
5.Masukkan kuih dalam oven yang telah dipanaskan dahulu.
suhu 180c bakar selama 50 minit.
6.Dah masak angkat kuih dan sejukkan baru potong ye





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang