Pages

Friday, 12 October 2012

kek pisang 40 hari



Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua...bertemu kembali hari jumaat penghulu segala hari..



disepanjang minggu ini zila layan menu-menu yang berasaskan pisang jew..he hheee uiitss bukannya apa...emak zila ada datang kat rumah nie bawa pisang..nama pisang tue pisang 40 hari..ada jugak orang panggil pisang lemak manis..

mengapa pisang ini dinamakan pisang 40 hariPendapat  menyatakan memang benar pisang ini akan masak40 hari selepas keluar jantung.Beliau sendiri telah menanam pisang tersebut .. banyak jugaklah quantiti pisang yang emak zila bawak ..so dengan seberapa segera memang nak kena habiskan jugak lah..sebab pisang memang tak boleh tahan lama.


menu pertama yang zila buat ialah kek pisang..rasanya last makan kek pisang tahun lepas..memang dah lama tak makan..emak pun suruh buat kek agaknya teringin dia nak makan..untuk tidak menghampakan emak dan sebagai anak yang solehah..he hhee..zila pun buatkan untuk emak..tak la special mana..tapi emak zila suka kek pisang yang biasa-biasa jew..tak nak letak coklat bagai ..




resepi asal zila ambil dari myr resepi sumbangan umi e ramai dah mencubanya rata-rata mengatakan sedap..dan emak zila pun cakap sedap..terima kasih kepada penyumbang resepi..dan zila panjang-panjangkan lagi resepinya disini.pada sesiapa yang nak mencuba silakan.


kek pisang 
resepi asal umi e
                
bahan-bahan
4 biji pisang sederhana besar
3 biji telur 
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan minyak
1sdt bikarbonat soda
secubit garam

cara-caranya
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
  4. Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
  5. Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak
  6. Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak.

pisang 40 hari ( gambar  dari google)

34 comments:

Unknown said...

salam zila
baru je komen blog izah mufin pisang,kat sini kek pisang pulak,aduh kat umah pun ada pisang jugak ni macam nak buat kedua2 nya hhaa hebat lah kek pisang ni ada kacang lagiiiiii bkenan sngt

Kakcik Seroja said...

Masa masih muda, buat masak lemak sedap juga tu. :)

yan's cottage said...

Suka kek pisang sedap.......

Azlita Aziz said...

Salam Zila,

waa.. nampak kek pisang akak terus terjah.. akak memang suka sangat kek pisang alahaii.. sedapnya kalau dapat makan dengan teh O panas..

gambar Zila makin hari makin cantik!
teruskan mengilap bakat yang ada.. ^_^

Amie said...

Cantiklah kek pisang tu Zila... kita kalau kek pisang memang itulah pilihan no 1!
Pisang ni memang cepat masak ye Zila, ingat lagi masa kecik2 dulu, kalau ada yang masak sebiji 2 atas pokok terus kita petik...

Unknown said...

Zila cyggg...
sedap sgt tgk kek pisangnya...:))
suka tgk kekacangnya...pic mmg mantop sgt skrg..:))

Anonymous said...

oh tina cuma kenal pisang emas je hehe

menarik jugakkan kek pisang, tapi sebab tina tak berapa gemar jadi mmg jarang buat & makan

nampak simple tapi cantik pulak ke pisang tu

ibh_sue said...

Asslmkum Kak.
Nakkkk...Tuko dgn apple cake sue ya..Gebus kek pisang tu..Geram tengok..

mama sara nur @ Cik Nor said...

baru smlm habis kek pisang akak he he akak panggil pisang nipisang burung, pisang ni byk kat umah di kg senang membiaknya sampai mak akak buang je buah pun selalu je terbuang
sedap baunya wangi, akak suka wat cekodok ataupun puding diraja.'baunya harumkan

Unknown said...

Assalamualaikum Zila :-)
Dah mcm org bersalin pulak ada tempoh 40 hari..rugilah Kak Lin tak dapar rasa kek pisang 40 hari...hehehe

Kakzakie Purvit said...

Zila pandai solek kek tu yg buat mata kakak tak berkelip walaupun kek pisang.

Pisang ni makan fresh pun kakak suka..

Cheq Sue said...

macam terbau-bau je wangi kek pisang ni... kita dah lama jugak xde stok pisang, kalau ada boleh buat kek jugak :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam zila..
wahh.. sedapnya kek pisang!
masa tempoh akak menyepikan diri hari tu ada juga akak buat kek pisang... pisang yg dibawa dari kampong juga.. tp malangnya tak sempat ambik gambar pun.. huhuu... nak kena cari pisang.. tak puas mkn kek pisang hari tu...

umi's cup cake said...

Salam zila,
umi dulu pun nenek umi kenalkan pisang ni pisang 40 hari atas sebab yang sama tapi tak dan jadi kek... selalunya burubg pun suka makan pisang ni kat pokok pisang

Shiela said...

Nok! Nok! Nok!.. Kita datang nak minum petang ni.. Best ni pekena ujan ujan ni yang.. :-)

Rohah said...

aduhai kakak, sebijik kek tu muncul...puas tu mengganyang sambil nonton tv..mood rajin dah kuar ye kak..

Wani SK said...

salam kak zila .. lama x singgah dapo sini.. maklumlah kebizian sikit ..sedapnya kek pisang .. wani pun dah lama x makan.. cantik la kek pisang ni :)

Melly Octaviana said...

Beruntung nya emak punya anak macam Zila, rasa nak makan kek pisang langsung di buatkan..hopefully anak anak melly di rumah besar nanti macam Zila juga..hehe
Baru tau kalo ada pisang 40 hari padahal sering makan pisang ini,tapi tak tau pula namanya,,hihihi
Banana cake oso fav cake di rumah loh.. nyam.. nyam

Qasey Honey said...

slm cygg kak Zila...oo ade yer rupanya nma pisang cmtu..yg QH tau semua pisang..paling kenal pisang mas la..hehe

nmpk sgt sedap tu kak kek pisangnya...

izahdaut said...

pisang ni memang sedappp..makan gitu jek sedap.. buat kek pun sedap.. aaa selera saya mcm mak zila jugak, kalau kek pisang atau muffin ekceli saya suke yang plain jek rasa pisang, tak suke ada coklat.. tapi kadang melayan selera budak2 taruk jugak coklat tu kan. hehe

cantik kek pisang zila :-)

ady said...

AS-SALAM ZILA
Amboi PISANG 40 HARIIII....1ST TIME DGR..TAPI BILA TGK GAMBAR PISANG TU MACAM PERNAH NPK AJE PISANG TU KAT PASAR....BTW:NPK SEDAP KEK PISANG TU..NPK MOIST...

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

i like all nuts on this cake, sound so tempting and yummy!

CQUEK said...

Simplicity is the best. Beautiful styling and great shots.

Nadz Nazharzan said...

Hihihii..tak tau lak nama lain pisang ni pisang 40 hari.. Tapi kalau pisang lemak manis tu Naz tau.. Rupanye sedikit cam pisang emas.. Makan cam tu jer pun sedap..

CT Delima said...

As'salam Zila,

kak ct pun memang suka kek atau kuih yang berasaskan pisang memang tak menolak kalau nak bagi hehehe

pisang 40 hari ni memang sedap tapi kecik2 aje kan.

Gee® said...

Alahai...terliornya nmpk kek pisang 40 hari... bak mai 2 keping...

kasihredha said...

salam
bestnya..
pisang 40?
akak tak pernah dengar before...mungkin ada nama lain kot.

Mamasya said...

Aslmkum Zila.
suka kek pisang...tambah buat minum ptg. baru kali ni tahu nama pisang 40 hari ni.
sedap nengok tat buah itu..

Kella said...

cantiknya kek pisang nih... terima kasih kongsi resepi...
tambah ilmu lagi.. ada pisang 40 hari ya... =)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

pandai akak buat kek pisang ni. terima kasih kongsi resepi ni akak.

Unknown said...

Sedapnyaaaaaa...
Malam ni che'Pah gigih skodeng blog cari resepi2 nak buat dgn pisang niha..

pisang byk tak termakan..kena kena cari alternatif yg kreatif bg budak2 dirumah ni makan..

Thanks puan, atas sharing resepi ni..Sedap and terliur tengokkan..yummehhh

Wajib try nih.

allbarefootrunninggenuine.com said...

I’ve been recently wondering about the exact same point myself lately. Glad to see a person on the same wavelength! Nice article. allbarefootrunninggenuine.com

expert-fiscal.com said...

I have observed in the world the present day, video games will be the latest popularity with children of all ages. Often times it may be extremely hard to drag young kids away from the games. If you want the very best of both worlds, there are numerous educational games for kids. Great post. expert-fiscal.com

thipi said...

view it i thought about this click reference visit this page get more try this website

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang