Pages

Wednesday, 19 June 2013

nasi ayam istimewa



Salam penuh keceriaan buat semua sahabat zila..
bertemu lagi hari ini..beberapa hari nie internet di office langsung tak beroperasi..nak update blog pun tersangkut-sangkut..hanya mampu buka blog melalui mobile jew..tak puas hati betul..


berbalik pada cerita hari ini..zila merupakan salah seorang penggemar nasi ayam..tapi agak cerewet juga kalau makan nasi ayam diluar..kadang-kadang tak kena dengan selera..
kalau di area kota tinggi nasi ayam baser memang cukup terkenal..rasanya memang sedap..pada sesiapa yang ke sana harus mencuba..

Banyak resepi nasi ayam dalam simpanan zila..kebanyakkanya lebih kurang sama..cuma dari segi olahan ayam sahaja berbeza..


kali ini zila cuba resepi dari Azie Kitchen.. bila kak azie kata nasi ayam ini istimewa dan sangat sedap tak sabar rasanya nak mencuba..memang sedap..kena dengan citarasa zila dan family..ayam tu pun sedap..bertambah-tambah kami makan..zila tambahkan lada hitam kasar pada ayam tue..bagi rasa pedas-pedas sikit..
kami sekeluarga memang peminat tegar lada hitam..sesiapa yang nak mencuba resepi seperti dibawah nie..



Nasi Ayam Istimewa

Bahan-bahan 
Untuk rebus
1 ekor ayam 
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar - zila tambah

Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam.
Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu.
Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.

Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut. 

Untuk nasi
5 cawan beras - zila guna basmathi
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 

Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)


Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang