Pages

Wednesday, 8 January 2020

RNR Dengkil - kita try Roti Junus


Sambungan dari cerita DISINI
Lepas penat merempuh jem masing-masing cakap nak makan,dan diarea highway ada tak ada memang kena berenti RNR untuk isi perut,sampai cari parking agak penuh jugak area parking di RNR Dengkil aritu.
Masing-masing turun dan yang pastinya mesti nak cari washroom dululah kan..melilau mata tengok sana sini mana gerai yang menjual makanan yang agak ngam sikit dengan tekak,disini ada jugak sate kajang..berjalan lagi dari satu gerai kesatu gerai..sambil memikir nak makan apa ..

Last duduk dululah sambil menunggu emak dan kakak ipar sampai dimeja..bila duduk terpandanglah Stall betul-betul berdekatan dengan table kami,tengok atas signbord tu Roti Junus rupanya..wah rezeki haritu dapat jugak merasa Roti Junus yang diwar-warkan sedap.
Bingkas bangun dari tempat duduk dan menuju di stall tu,lahai pekerja dia tak ada..mungkin pergi solat sekajap..

Datang semula ke stall ni dan wokers dia dah sampai..ada seorang customer dihadapan saya,nampaknya banyak jugak dia membeli roti kaya,ada empat jenis roti yang dijual.kita pilihlah mana yang teragak nak makan.

Roti Junus ni kurang lebih history dia macam roti yang pames di JB tu salahuddin bakery jugaklah.
Syarikat Roti Kaya Junus ditubuhkan pada tahun 1970 di jalan maharajalela Teluk Intan Perak.kiranya saya belum lahir lagi dah wujud roti nie.
Perniagaan ini pada awalnya dijalankan secara perseorangan oleh TUAN HAJI JUNUS sendiri dengan menggunakan BASIKAL/MOTORSIKAL beliau sebagai TEMA dan TRANSPORT PERNIAGAAN serta ROTI KAYA DAN ROTI BANGGALI SEBAGAI MENU HIDANGAN UTAMA. Tak lama selepas itu perniagaan beliau semakin popular dan menjadi ikutan kepada penjaja roti diluar sana kerana konsepnya yang mudah dan ringkas, selain dari kos perniagaan yang rendah.


Senarai roti yang dijual..
harga dia memang berbeza dari roti yang biasa terdapat di kedai runcit dan pasaraya lah kan..sebab ianya dibakar menggunakan dapur arang/kayu..itu yang menjadikannya lain dari roti biasa..tapi bagi yang menggemari roti jenis macamni harga biasanya diorang tak ambil kira sangat asal memenuhi kepuasan.

Keesokkannya sempat suruh Muhammad jadi model roti nie sekejap,sebab nak show dalam dia bagi nampak lagi jelas,ok nilah roti inti kelapa yang saya beli.Beli tiga ketul jew sebab masing-masing tak nak makan roti.hanya saya jewlah penggemar roti inti kelapa macamni.



Selain tu beli jugak Roti Benggali,sampai kerumah akak ipar cicah dengan air teh/milo panas..sedap pulak..kalau nak roti benggali disapu kaya pun ada jugak dijual.

Jika korang penggemar roti jenis macamni boleh lah cari Roti Junus,google jew banyak stall diorang ada merata kl dan selangor.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang