Pages

Tuesday 31 December 2013

khao mok gai


Assalammualaikum...


Bersua kembali ..apa khabar sahabat zila disana..moga semuanya sihat..zila baru baik dari selsema dan batuk..musim selsema sekarang nie orang kata..dalam keadaan tak berapa sihat memasak tu tetap wajib..biasalah dah emak-emak kan  ....^___^


nasi komok..khao mok gai..nasi minyak thai..dah kerap terhidang dirumah..cuma tak berkesempatan nak snap picture..kadang-kadang perut dah lapar..lepas masak terus jew makan..menu nie dah menjadi menu wajib kat rumah zila..komen anak dan suami..masing-masing kata sedap..mak pulak kurang suka..dia lebih minat nasi tomato..setiap orang lain citarasanya kan..bagi penggemar nasi berperisa harus cuba resepi ini juga..memang tak mengecewakan..


resepi asal dari kak azian..tapi zila ambil resepi dari dapur kak ayu sgpore..suka ke dapur beliau ..masakan mantap-mantap..dah penuh buku masakan zila salin resepi dari beliau..banyak lagi yang tak sempat zila cuba.. 

nasi komok nie kering sikit..bagi yang tak suka makan nasi kering-kering bolehlah buat sup ..dan rojak timun sebagai lauk tambahan..orang kita suka makan yang ada kuah-kuah kan...

Nasi Komok - Khao Mok Gai - Nasi Minyak Thai
Resepi asal:Kak Azian
Sumber :Kak Ayu

Rempah Komok
2 sk serbuk kari ayam/daging
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk kayu manis
1 sk garam
1sk gula

Bahan Nasi

 5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air - air secukupnya
garam secukup rasa
Rempah penumis.- 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
2 bay leaf- optional
bawang goreng
(*Hiris benda bertanda*)

Cara
1. Cuci ayam - seeloknya di potong 4 saja
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air,bay leaf dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar,
 zila tambah dengan lumur  lebihan rempah komok. Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap .
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.

Bahan Sos Cili
1 Cawan air kuah nasi komok*
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*
4 ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar
gula, garam ,cuka - secukup rasa
1 biji tomato-zila tambah*
Cara
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

Sambal/Sos resepi -2
6 biji Cili merah *
10 biji CILI PADI * (kalau suka sambal hijau boleh guna cili hijau)
Daun Ketumbar *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci Halia *optional
Cuka
Garam
Gula *lebihkan
Akar ketumbar *ketuk2 masuk  masak kuah.
Cara
Blender bahan bertanda (*).
Goreng gula buat macam gula hangus karamel..
Bila gula dah cair masukkan sedikit air dan kemudian bahan2 yang dikisar
masukkan garam dan cuka..biar mendidih & masak sempurna.
Kalau tercair, boleh bancuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
Rasa sambal..biar ada rasa masam manis dan pedas sikit.
**Sos/sambal ini juga sesuai untuk pencicah keropok/kuih..

Thursday 26 December 2013

kek pisang coklat pulut hitam


Assalammualaikum
apa khabar semua..hari ini saya kurang sihat sikit...semalam kena selsema..tak lah teruk mana..alhamdulillah 
badan pun tak ada rasa nak demam..cuma kurang selesa dengan keadaan hidung yang tersumbat..aisshhh sokk sekkk sokk sekk jew la hari ini nampaknya..


bila emak dah selsema apa lagi pakej lengkap baby muhammad pun terjebak sama..alahai kesian betul tengok budak kecik bila selsema..meleleh jew..semalam pagi bawa keklinik..doctor kasi ubat titis untuk hidung jew..hari ini nampaknya dah macam kering sikit..badan pun ada demam sikit..merengek jew..so hari ini nampaknya tak masuk dapur..baring jew la..


aritu ada beli pisang raja.berbaki dalam 3 biji.nak buat kek pisang biasa tu rasa macam dah jemu pulak..kebetulan tepung pulut hitam dah lama terperap tak terusik ..nak buat kuih koci rasa malas..akhirnya buat kek pisang pulut hitam..
resepi asal dari sajian sedap..resepi dari indonesia..diorang panggil ketan hitam..rasanya macam kek coklat pun ada..tak terasa pun pulut hitam tapi terasa pisang tue..time bakar wangi jew..


kek zila nie nampak hitam sebab zila guna serbuk coklat hitam..kalau nak guna serbuk coklat yang biasa pun ok..zila nak habiskan stock coklat hitam dirumah nie..rasanya sama  cuma coklat tu warna hitam jew..
oklah pada sesiapa nak cuba bolehlah cuba ..sesuai buat minum petang..time cuti sekolah nie buat apa jew semuanya habis..

pic dari google

sumber sajian sedap
CAKE PISANG COKELAT KETAN HITAM

200 gram majerin 
125 gram gula pasir halus 
150 gram pisang dihaluskan
4 butir telur 
75 gram tepung gandum 
100 gram tepung pulut hitam 
25 gram coklat powder 
1 sudu teh baking powder 

Cara 
Pukul majerin dan gula pasir halus sampai lembut.
Tambahkan telur satu per satu.
Masukkan pisang kacau rata.
masukkan tepung gandum, tepung pulut hitam, coklat powder dan baking powder
Tuang di loyang
bakar 40 minit dengan suhu 180 darjah Celsius.

Thursday 19 December 2013

aktiviti hujung minggu - belajar dari yang pakar





Assalammualaikum
salam ceria ..bersua kembali hari ini..errmmm penatnya minggu nie..macam terkejar-kejar semuanya..entah apa yang disibukkan pun tak tau lah..he he hee
minggu nie emak datang rumah..so banyak aktiviti harus dikurangkan..nak borak-borak dengan emak...tu la sebabnya nak bukak fb pun tak sempat..dan dah beberapa hari tak ber WC dan WSSAP dengan kawan-kawan..errmmm ..



bila tengok pic diatas  tu mesti semua dah tau kan..chef Amir.atau lebih dikenali dengan jolokan chef coklat...anak melayu yang boleh diketogerikan sebagai insan yang berjaya dalam bidang yang diceburinya..

Alhamdulillah berkesempatan saya mengikuti kelas beliau..sebenarnya itu salah satu azam saya 2014..tapi...terlaksana awal  ..aminnn


pengalaman dan ilmu yang diberi memang tak ternilai dengan wang ringgit..bertambah gembira lagi bila dapat bertemu kak ita..masam manis..dan anak beliau dalili chumill selalunya bertegur sapa di blog jew..kali ini dapat bertentang mata..dan dapat borak -borak walaupun tak lama..kecil molek jew kak ita nie..lembut jew orangnya..suka berbual dengan dia..tak sombong pun...kesian kak ita tak berapa sihat ..batuk-batuk..moga diberi kesihatan yang baik kak..aminn


kelas bermula dari 9.00 pagi sampai 6.30 petang..terlebih-lebih masa pulak..sepatutnya sampai 5.30..tapi bila berada dikelas chef amir tak terasa masa berlalu terlalu pantas..chef amir nie suka buat lawak..tu yang best..he hee

kami diajar membuat 4 jenis kek..semuanya sedap-sedap..bila sampai rumah suruh husband dan anak rasa semua kata sedappp..husband memang pencinta kek tegar..tak sabar-sabar disuruhnya kita buat..uitsss.. 



Bergambar bersama mereka-mereka yang pakar ..sebagai kenangan

antara kek yang kami belajar.


semua kek-kek nie sedap..tak tau nak pilih yang mana satu..semuanya terbaekkk

Thursday 12 December 2013

kek cheese kelapa



Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang buat semua...
masih lagi berpeluang berkongi disini walaupun mood agak lembab sebab musim cuti sekolah ..masing-masing sibuk dengan mengurus anak dirumah..memang tak kering tangan bagi insan yang bergelar ibu..lagi-lagi sekarang ini musim hujan..memang lapar memanjang lah perut anak-anak kita kan..


banjir melanda lagi..
tak dapat dibayangkan macamana keadaan keluarga yang ditimpa banjir..mesti penat nak mengemas semula rumah,banyak harta benda yang musnah..pendek kata semuanya harus ditukar baru..alhamdulillah bagi kita yang selamat disini..semoga semua mangsa banjir dalam keadaan selamat ..dan moga dapat pulang semula kerumah masing-masing secepat mungkin.


bercerita mengenai resepi hari ini..kek yang kiranya memang kerap zila buat dirumah kerana husband sangat-sangat suka kek kelapa macam ini..resepinya zila dah share disini..kali ini zila tambahkan parutan cheese.dan kali ini buat dalam versi cupcake pulak.. .rasanya..?..bagi tekak kami memang sedap..sebab ada rasa masin-masin cheese..dimakan bersama buttercream..zila suka makan plain macamtu jew..husband pulak memang suka kek yang dimakan bersama ising..


satu adunan kek dapatlah dalam 36 biji cupcake..kali ini zila tak letak pewarna didalam adunan kek sebab malas..he he heee..cuma agak rajin buat bunga guna buttercream tue..

Kek Kelapa
oleh:zila norazila

Bahan-bahan
5 biji telur ayam gred A
2 cawan gula pasir -zila kurangkan sedikit sebab gula dah naik 
2 cawan tepung gandum
300 gram kelapa parut putih
1 cawan minyak masak
1 sudu teh baking powder
Sedikit essen vanilla
paper cup - secukupnya
cheedar cheese - sagat halus

Cara-cara
Satukan tepung gandum dan baking powder,kemudian diayak.
Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan sedikit essen vanilla.
Kemudian masukkan tepung yang telah diayak,gaul rata.
Masukkan kelapa parut dan ratakan sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan minyak masak.
Bahagikan adunan kepada 2 warna,merah dan kuning.
Griskan Loyang dengan mentega,lapiskan baking paper.
Masukkan adunan ke dalam Loyang secara berselang seli.dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak
sediakan acuan cupcake,masukkan adunan 3/4 penuh 
taburkan cheedar cheese secukupnya
bakar 20 minit atau sehingga masak


Wednesday 4 December 2013

variasi donut


Assalammualikum
bersua lagi..walaupun seminggu sekali kira ok jugak la kan..he hee..asal dapat share sesuatu disini..untuk rujukan diri sendiri khasnya..hujung minggu kalau bersantai dirumah dan tak ada terhidang makanan sampingan selain makanan asasi memang membosankan..


dan bila kobosanan itu timbul mulalah kepala nie memikir macam-macam..terutamanya menu-menu yang sesuai untuk melayan tekak ..

maka terhasillah donut macam-macam gaya ..dari satu adunan diolah boleh jadi macam -macam..eerrmmm puas hati sangat dengan hasil resepi nie..donut lembut jew walaupun uli dengan tangan..kaedah banting - banting ..tak payah guna tenaga banyak sangat..


resepi zila ambil dari dapur zalin zalina tq kak share resepi ummi pun dah cuba buat jugak..tq jugak buat umi yang mensharekan resepinya...mmg  sedap dan lembut..dah tak payah beli donut..kalau rajin uli jew sendiri memang puas dapat makan..paling best yang dililit dengan hotdog macamni..eereemm layan betul..duduk depan tv tak perasan banyak ketul dah berlalu ke mulut ..he heee



Donut
500gm tepung gandum 
50gm gula pasir
50gm margerin 
1 biji telur
1 1/2 sudu kecik yis kering 
1 sudu kecik garam halus
1 sudu kecik baking powder
2 sudu kecik tepung susu
250ml air suam - jangan panas sangat nanti yis mati

Cara-caranya
1.Bancuh air suam dengan gula...larutkan...pastu letak yis..biar sekejap (berbuih2)
2.Masukkan semua bahan dalam mixer...atau dalam bekas untuk yang nak uli pakai tangan
3.Kalau guna mixer uli 5 minit kelajuan sederhana..
4.Kalau guna tangan lama sikit ye...sampai adunan tak melekat  ditangan
5.Tutup adunan...biar kembang selama 1 jam atau lebih


bye semua jumpa lagi next entry nanti ..

Friday 29 November 2013

22.11.. carrot cake/nasi tomato/ayam masak merah


Robbi hab lii mil-ladunka dzurriyyatan thoyyibah, in-naka samii'ud du'aa'
Artinya : " Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa. 
Ya Allah Ya Karim...
Kurniakanlah kepada anak-anak kami akhlak yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.
Jadikanlah anak-anak kami, anak yang soleh  anak-anak yang berbakti pada orang tuanya dan taat kepada-Mu..ameennn

Assalammualaikum
salam jumaat yang indah..


22.11 tarikh kelahiran anak sulung zila Iqbal Aiman..kebetulan sama dengan keputeraan sultan johor dengan ini setiap tahun tarikh ini semua warga johor dapat cuti..

disebabkan hari itu hari cuti zila sempat juga memasak sesuatu yang sedikit istimewa untuknya.nasi tomato,ayam masak merah,rojak darat dan keesokkanya baru sempat buat kek carrot..agak kelang kabut jugak la sebab baby kecik suka tidur sekejap-sekejap..time memasak pun berhenti banyak kali..bila menangis kuat betul suaranya..tembus dinding he hee hee..



hari itu pulak husband zila kena pergi ke office jugak attand meeting dengan bos kl..adoii ingatkan dia cuti ..tapi nasib baik setengah hari jew..
ok dipendekkan cerita mengenai nasi tomato nie..zila sebenarnya tak suka makan nasi tomato..kalau nak buat pun memang fikir banyak kali...almaklumlah orang kalau tak suka makan kalau nak memasak pun macam tak berapa  nak semangat  jew..


 
tapi bila baca resepi dari chef  hanieliza terus jew berminat nak buat..sebabnya tak letak  pun tomato puri cuma ditambah tomato segar dan sos tomato..uittss best memang suka resepi nie lain kali nak buat lagi ..anak dan husband pun cakap nasi nie sedap..keep resepi nie disini sebagai rujukan nanti..

nasi zila gandingkan bersama ayam masak merah..dan rojak darat..resepi ayam masak merak zila sertakan juga disini..mana-mana resepi ayam masak merah lebih kurang jew kan..cuma kadang-kadang ada yang suka buh gula lebih..tu yang agak sedikit manis..


 

keesokkan harinya baru sempat buat kek carrot nie..birthday kalau tak ada kek macam tak lengkap jew kan.. kali ini buat kek sempoi havenly carrot cake ..kidnap resepi dari che mat..memang betul haven..bahan didalamnya memang lengkap ada kelapa kering,nenas dan kacang walnut..memang tak boleh berhenti bila dah mula makan..

kek lembab nie fav suami zila..anak tak berapa minat la pulak..tapi zila suka ..makan berpotong-potong..ermmm really  heaven.zila tak letak serbuk kayu manis..sebab kurang suka dengan baunya..
dihias bersama krim cheese kemudian ditaburi badam panggang..waallaaa the best cake carrot zila rasa..tak rugi mencuba..

 
 
HAVENLY CARROT CAKE

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder* - zila guna tepung naik sendiri
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak) - zila tak letak
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang - soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING 
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA 

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan.


CREAM CHEESE 

  • Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka




AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahan
1 ekor ayam dipotong kecil - bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar 
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar - potong gelang
minyak masak
Garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat



Nasi Tomato
Bahan-Bahan
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.




Wednesday 20 November 2013

nasi @ ayam lemon


Assalammualaikum ..

cuti sekolah sudahpun bermula..bestnyaaa..bagi ibu-ibu yang selalu menghantar dan mengambil anak inilah masanya dapat rest dari duty seharian kan..bila anak-anak dirumah semestinya kita sebagai ibu tak kering tangan..asik lapar  memanjang jew kan..kalau zila dari awal pagi dah masak makanan berat..biar tahan sikit perut diorang tue..nanti petang-petang sikit baru masak lagi..

ok ...jom cerita menu pulak...zila tak pernah lagi cuba buat nasi lemon nie..inilah kiranya percubaan pertama..bila semak resepinya memang mudah ..dan rasanya pun memang sedap..resepi zila ambil dari chef sabri hassan.salah seorang chef yang tersohor di malaysia..merupakan chef idola zila..

bila dah buat nasi lemon terfikir la pulak apakah hidangan yang sesuai untuk digandingkan bersama nasi nie..so zila cuba pulak gandingkan bersama ayam masak lemon..ermmm memang best..ayam masak lemon dah banyak kali zila buat..dengan cubaan resepi yang berbagai..tapi disini zila share resepi dari diana sky blue kitchen..tq diana atas resepinya.memang best..


Nasi Lemon
Resepi- Chef Sabri Hassan

Bahan-bahan
3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 1-2 jam
3 cawan air
80 gm mentega
6 sudu makan minyak zaitun@ minyak Mazola

Bahan di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris halus
5 ulas bawang merah- di hiris halus
½ inci halia-dimayang halus
1 biji lemon – dihiris nipis (asingkan 2-3 hirisan
untuk hiasan)

Bahan lain
1-2 helai daun pandan diikat
2 batang kulit kayu manis (ukuran 2 inci)
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 kiub @ 1 sudu kecil serbuk perisa ayam
Garam secukup rasa

Bahan hiasan
Daun bawang
Bawang Goreng
Hirisan Lemon

Cara
1.  Panaskan periuk, masukkan mentega, minyak
dan tumis bahan dihiris (bawang, halia,lemon)
hingga naik bau.
2.  Masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
dan daun pandan.kacau hingga naik bau.
3.  Masukkan air dan beras, kiub/serbuk perasa ayam
Juga garam kacau rata.
4.  Biarkan nasi masak.
5.  Hias dengan daun bawang, bawang goreng juga
   hirisan lemon sewaktu menghidang.


Ayam lemon
 Bahan A
4 keping dada ayam - belah bahagian yang tebal tapi jangan putus
1 tbsp sos lada hitam
1 tbsp sos plum
1/2 tbsp gula
1 biji kuning telur
1/2 biji parutan kulit lemon
2 tbsp tepung kastard
1 1/2 tbsp tepung ubi kayu
1/2 tsp minyak bijan
1/2 tsp perencah pati ayam
sedikit garam

Bahan B ( Dicampurkan ) Boleh Digandakan adunan ini
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 tsp biji bijan

Bahan untuk sos
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ulas bawang merah - dicincang
1 inci halia - dicincang
4 - 4 1/2 tbsp jus lemon -boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing²
3 - 3 1/2 tbsp sos plum - mengikut citarasa masing². Jika suka boleh bubuh 4 tbsp
2 tbsp sos tiram
1 1/2 cawan air
Gula
Garam secukup rasa

Bahan lain
Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk pemekat
1/2 biji lemon - dihiris nipis
Minyak

cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam.
  2. Kemudian saluti ayam dengan bahan-bahan B dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu bolehlah sediakan sosnya.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan bahan-bahan sos selebihnya dan biarkan hingga ianya mendidih.
  5. Tambahkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam secukup rasa.
  6. Didihkan seketika dan bolehlah ditutupkan api.
  7. Tuangkan di atas ayam goreng tadi yang telah dipotong dan disusun di atas pinggan bersama hirisan lemon.


Thursday 14 November 2013

puding tauhu


Assalammualikum
alhamdulillah dapat bersiaran kembali ..pic masakan berderet..tapi tu la..nak di sharekan disini punyalah susah..walaupun masih belum mula bekerja..tapi duduk rumah dan jaga baby memang bukan sesuatu perkara yang senang..kadang-kadang sampai ke petang tak berpeluang saya memasak..baby kecik macamtu kan kadang-kadang meragam tak menentu..
teringat pulak kita zaman kecik dulu ..rasanya lebih kurang macamnie jugak kan.


menu pembasah tekak.puding tauhu..rasanye sedap lemak-lemak ..firstime makan tahun 2011 macamtulah..pergi beraya dirumah sepupu..dihidangkannya puding tauhu nie..ya allah rasa nikmat jew time tu..sebab dapat makan sejuk-sejuk..uittss memang sedap..
lepastu mintak jugak resepi dengan dia...

tapi kali ini ambik resepi kak nor,sayang kak nor sejuta kali tau kak nor masak apa semuanya best..saya guna agar-agar serbuk..selalu buat guna agar-agar tali ..lebih mudah sebenarnya guna agar-agar serbuk..lagipun cepat mengeras.

Cara menghidangkanya terpulang pada selera masing-masing..hidang bersama air gula pun sedap..tapi saya lebih suka makan dengan susu cair. Tambahkan buah-buahan campuran dalam tin..saya campurkan kuib nenas dan limau mandarin dalam tin..sedap dimakan sejuk...



PUDING TAUHU
Bahan bahan
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara cara
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidangkan.



Sunday 10 November 2013

siakap kerabu mangga


Assalammualaikum
Bersua kembali hari ini..semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik olehnya.
semenjak dah ada baby kecik nie terasa masa yang berlalu terlalu pantas ..sedar-sedar sekejap jew dah hujung minggu..errmmm

beberapa hari yang lepas sempat saya pergi ke pasar ..rasanya dah berbulan tak menjeguk pasar..hanya ke kedai runcit yang berhampiran untuk mencari lauk..kebanyakan barangan yang hendak dicari kadang-kadang tak ada..frust jugak...itupun pergi dengan keadaan nak cepat balik..sebab risaukan baby tinggal dirumah bersama abangnya..



disebabkan dah lama tak ke pasar jadinya banyak jugak barang yang di luar senarai saya
beli,ermmm..bila terpandang pelam muda teringin pulak nak buat kerabu mangga..sedap pulak rasanya kan..capai pelam 3 biji dan beli jugak barang-barang untuk buat kerabu mangga..beli jugak beberapa ekor ikan siakap untuk merialisasikan apa yang dihajati .. 

tapi lauk kering macamne susah nak dibuat lauk..biasanya makan macamtu je dah sedap..saya buat juga sayur sawi tumis air kerana ikan nie kering jew tak ada kuah..anak bujang kalau makan tak ada kuah memang dia lemah sikit.
banyak versi siakap kerabu mangga nie ..ada yang menghiris ikan nie kecil-kecil dan digoreng dan ada juga yang buang tulang belakang dan kemudian baru dicampur dengan bahan kerabu..buat lah mengikut kesesuaian anda..mana-mana pun boleh asal sedap dinikmati..



IKAN SIAKAP KERABU MANGGA

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap 
1 sudu besar kacang goreng 
1 biji mangga muda 
1 biji tomato didadu
ikan bilis goreng di tumbuk sedikit hancur 
Bawang besar hiris nipis 
Cili padi potong nipis 
Sos ikan 
Jus limau nipis 
serai hiris nipis
bunga kantan hiris nipis
Garam dan gula 
sedikit daun ketumbar hiris halus

CARA-CARA
1. Ikan dibersihkan,lumur dengan lada sulah,serbuk kunyit,garam dan tabur dengan sedikit tepung gandum kemudian digoreng garing.
2. Sementara itu, parut pauh muda, ketepikan.
3. Bawang besar dihiris nipis,dadu tomato dan juga cili padi.
4. Campurkan parutan pelam dan bahan-bahan hiris, sos ikan, jus limau nipis, ikan bilis goreng, kacang goreng, bawang besar dan juga cili padi.
5. Gaul mesra dan letak garam dan gula secukup rasa. 
6. Hidangkan .

Friday 1 November 2013

Eggless chocolate cake

Assalammualaikum


hari jumaat yang mulia,setelah sekian lama meninggalkan dapur ..terasa rindu menggamit jiwa..terlalu rindu nak berexperiman dan mencuba resepi-resepi baru..terasa rindu juga nak memasak sesuatu yang agak istimewa untuk santapan family kecil kami..

sesungguhnya air tangan ibu itulah yang sentiasa dicari oleh anak-anak,walaupun sesedap mana masakan diluar ..namun tiada tandigannya air tangan dari orang yang amat kita sayangi.


bila anak meyebut teringin nak makan kek coklat ..kita sebagai ibu rasa ralat kalau tak dapat menunaikannya..selagi tak dibuat..selagi itulah tak senang hati...ermmm tu lakan hati seorang ibu..memang layak syurga dibawah tapak kaki ibu kan...

sepanjang saya warded dihospital tak dapatlah anak dan suami makan lauk kegemaran mereka,masing-masing beli jew diluar..bila anak datang menziarah mulalah dia plan nak makan macam-macam bila saya dah sihat nanti 

untuk segmen pembuka tirai selepas habis pantang saya buatkan dia kek coklat,setelah sekian lama dia menuggu kek nie dari air tangan ibu dia..akhirnya dapat jugak dia merasa..he hheee kesianya anak ibu kan..

saya sengaja mencari resepi yang tidak menggunakan telur.oleh kerana saya pun masih tak makan telur lagi ..kalau tak ada telur boleh lah ibu dia join makan bersama.en suami kurang sikit makan kek coklat macamne..dia cuma jamah sepotong jew..anak bujang memang berulang-ulang kali makan..nasib baby muhammad kecik lagi kalau tak mesti join sama nie..he hee..

resepi kidnap dari dapur hana disini..kek yang sangat moist sebab ada campuran yougrt,saya menggunakan yougrt berperisa strawberry..tak rugi mencuba..dan kali ini buat versi kukus memang mudah... malas nak panaskan oven ..





Eggless chocolate cake
Bahan-bahan
  • 60ml air panas 
  • 50g susu tepung
  • 1 tbs Nescafe / Instant Coffee
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 100g gula
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 cawan yogurt 
  • 125g tepung gandum*
  • 80g serbuk koko*
  • 1 tsp baking powder*
  • 1/2 tsp baking soda
  • secubit garam* (* campurkan dan ayak)
  • Campurkan air panas, susu tepung & nescafe.
  • Masukkan minyak masak, gula & esen vanila. Kacau hingga gula larut.
  • Masukkan yogurt dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung dan gaul hingga semua sebati.
  • Bakar lebih kurang 35-40 min suhu 170-180 - kukus 40min
Chocolate ganache
  • 50g serbuk koko
  • 60g Butter
  • 1 cawan susu pekat
  • campurkan semua dan masak secara double-boiler hingga smooth kemudian curahkan atas kek.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang