Pages

Wednesday, 5 December 2012

spaghetti bolognese


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua...alhamdullilah bertemu kembali..dan masih dapat bersama berkongsi resepi-resepi yang telah zila cuba disini..


terima kasih atas kunjugan semua..atas komen-komen yang indah,yang menyokong blog zila tanpa anda blog ini tidak sampai ke tahap ini. ..dan terima kasih juga pada yang sudi menalifon dan inbox facebook serta email zila untuk menanyakan resepi-resepi disini..alhamdulillah terasa gembira bila ada insan yang sudi mencuba..i love u all...


hari ini zila nak share satu menu yang telah zila buat hari sabtu lepas..biasalah bagi orang yang berkerja hari-hari cuti jewlah masa untuk kami berexperimen dan mencuba resepi..he hhee
sebenarnya spaghetti ini permintaan suami dan anak zila..barang-barang semua dah dibeli hampir sebulan..tapi time nak buat tue asik bertangguh jew..he hehe rajin kan..?

memandangkan anak zila akan bercuti ke kelantan selama sebulan..dengan rajinnya zila pun buat spaghetti ne sabtu haritu..sebab ahad dia dah nak bertolak..lepasnie tak adalah tester saya kat rumah nie..he hehe
sebenarnya zila kurang minat spaghetti ..kalau makan diluar zila pun jarang sangat oder..cuma suami jew yang paling minat.


banyak -banyak resepi zila rasa resepi ini paling terbaik..cara penerangannya pun jelas..jatuh hati bila baca ..seperti biasa zila ambil di myresepi..terima kasih pada penyumbang asal..zila panjangkan lagi ilmu ini di sini..semoga memberi menufaat kepada semua.


rasanya sangat sedap..zila yang tak berapa gemar niepun tambah dua kali..anak pulak suka kuah tue letak banyak-banyak..sekejapan jew dan surut kuah tue..h ehehe  ok lah pada sesiapa yang nak mencuba..bolehlah cuba ok..ramai jugak  yang dah mencuba dan rata-rata kata sedaaappp..
jumpa lagi semua..bye


Spaghetti Bolognese
by : mutiarazura 
     : zila4ever.blogspot.com



Bahan-bahan 

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional) - zila guna kiub ayam
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang - zila tak letak



Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...