Pages

Saturday, 13 June 2026

BATAM - Masjid Muhammad Cheng Ho




Masjid ini dirasmikan pada 2015,namanya diambil sempena nama Laksamana Cheng Ho iaitu seorang pelaut dan pejelajah muslim terkenal dari China di abad ke 15.
Ianya dibina bagi menghormati jasa beliau dalam meyebarkan agama islam di Indonesia,disamping memperkukuh hubungan silaturahim antara budaya dan etnik di Batam.



Tak banyak gambar sebelah dalam masjid yang tersnap sebab proses baik pulih masjid sedang dijalankan ketika itu,jadinya snap gambar dari sebelah luar jelah..
didominasi oleh warna merah menyala,kuning dan hijau,yang sangat sinonim dengan budaya cina.


Bumbungnya berbentuk segi lapan yang meyerupai pagoda dan dihiasi dengan ukiran khas.Walaupun sarat dengan sentuhan cina tetapi masjid ini masih mempunyau kubah kecil serta tulisan lafaz Allah dan kaligrafi Arab di bahagian dinding serta ruang utama.





Sebenarnya kedudukan masjid ni hampir sangat dengan pasir pink,lepas ke pasir pink korang harus singgah ke majid ni,kedudukannya pun strategik. dan menjadi tarikan utama pelancung dari Singapore dan Malaysia khasnya.

Berhadapan dengan masjid ni ada stall yang menjual anika gorengan,sebab masih rasa kenyang lagi maka tak  boleh nak menerai gorengan disini.



View yang tersnap disepanjang jalan nak menuju ke hotel..jomlah layan gambar yang tersnap haritu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang