Assalammualaikum
Happy chinese new year buat sahabat yang berbangsa cina.kalau sebut bangsa cina memang terkenal dengan sikap kuat kerjanya..berpuluh tahun zila bekerja dan berkawan dengan bangsa cina,dari segi budaya,adat, makanan hinggalah sifat diorang memang zila dah kenal sangatlah..kalau nak dikira kawan cina lebih ramai dari melayu..
Cara kerja diorang pun memang sangat berbeza..rajin dan tak pernah jemu..walaupun kadangkala gagal tapi tak mudah putus asa..itulah yang paling zila respect..
nama jew shep tapi sebenarnya guna daging lembu sepenuhnya..sesiapa yang tak pernah cuba buat memang rugi..sebab tersangatlah sedap..masa harijadi anak sulung zila haritu dia request pie nie jew..katanya takpayahlah buat atau belikan kek..buat pie dangan bakar tiram letak cheese tu jew dah cukup..alhamdulillah senang kerja ibu..he hee sempoi betul permintaan tu..
Resepi sepenuhnya zila ambil dari dapur kak amie,terima kasih kak berkongsi resepi..resepi asal dari alton brown di food network..betul kata kak amie gelihati tengok video diorang buat shepherd pie nie..inti zila pun nampak pucat sebab guna bahan apa yang ada didapur jew..sayuran campur memang anak zila tak makan ..terutama kacang peas..cuma letak carrot dadu dan zila lebihkan lada hitam..biar pedas bahang sikit mulut..kentang zila guna yang jenis kulit putih dekat aeon ada jual ..satu paket 6rm..sedap kentang jenis nie..lembut dan cepat empuk.rebus sekejap pun dah ok.
Masukkan dalam bekas kecik-kecik senang nak makan,untuk nampak lagi menyelerakan zila taburkan cheedar cheese,letaklah berapa banyak mana lagi banyak lagi sedap..kalau tak nak letak pun boleh.sapukan kuning telur yang ditambah dengan pewarna kuning ..sapu pada kentang dan cakar-cakar sedikit dengan garpu...oklah sampai disini dulu kali ini ..jumpa lagi next entry ..
Bahan-bahan inti pie
600 gram daging kisar
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar cincang
1 cawan cendawan shiitake segar- hiris kasar
1 cawan jagung tin
1 cawan kacang peas
1 cawan lobak merah cincang
1 cawan puree tomato
50 gram keju parmesan
150 gram cream cheese
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan lada hitam - tumbuk
1/2 cawan minyak zaiton
2 ketul stok / kiub daging
Cara membuatnya
- Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu.
- Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging berubah warna.
- Tambahkan lobak merah, jagung, cendawan shiitake, dan kacang peas. Gaul sebati.
- Seterusnya masukkan puree tomato, cream cheese dan keju parmesan.
- Untuk melengkap rasa masukkan serbuk oregano, lada hitam serta kiub daging.
- Setelah masak bahan inti, pindahkannya ke dalam bekas tahan panas untuk dibakar dalam oven. Seterusnya kita sediakan bahan untuk mashaed potato pula.
Bahan mashed potato
1 kg kentang Holland - buang kulit dan potong - potong
2 batang leek - hiris nipis
80 gram mentega
200 ml susu segar - dipanaskan seketika
satu sudu teh lada hitam tumbuk
1 kiub daging
cheedar cheese secukupnya
Cara membuatnya
- Rebus kentang hingga hampir empuk. Masukkan hirisan leek dan masak lagi hingga kentang empuk. Toskan airnya.
- Tambahkan mentega dan susu segar, kiub daging & lada hitam ke dalam kentang.
- Lenyek kentang hingga hingga hancur.Seterusnya letakkan kentang tadi di atas inti pie.
- Parutkan cheddar cheese secukupnya,masukkan kedalam oven dan bakar sehingga kekuningan angkat dan makan semasa masih hangat.