Pages

Thursday 28 November 2019

Nasi Ayam menu ringkas yang selalu orang suka buat

Nasi Ayam
banyak jenis nasi ayam yang orang buat,tapi pusing-pusing macamtu jugaklah resepinya kurang lebih.hidangan ringkas yang semestinya digemari oleh semua,dan bagi saya memang suka buat nasi ayam sebab utamanya senang sangat nak buat,dapur pun tak berkecah,tu yang paling suka.

Tapi kali ini saya tak buat sambal cili merah seperti biasatu,saya gandingkan pulak dengan sambal dua minit keluaran Aquada Malaysia.sebab dah masak untuk paid review maka kita trylah sambal dua minit nie.Aquada ni famous dengan aneka Pekasam,sampai dah masuk TV3 pun pekasam dia.




Dan sambal dua minit dia ni pun tak pedas sangat.sedap pedas yang seimbang..sampai rasa sayang pulak nak habiskan.saya makan sikit-sikit kadang goreng telur atau ikan lepastu cicah jew dengan sambal ni,dah jadi lauk.ataupun kalau rasa malas nak buah paste..kita boleh jadikan sambal ni sebagai paste dalam masakkan.hanya perlu panaskan sambal tu dikuali dan bolehlah tambah udang,ikan atau sotong...campur sedikit petai pun ngam jugak.
ok cara nak dapatkan sambal dan barangan lain boleh terus ke facebook Aquada Malaysia atau Instagram Aquada Malaysia.


SUP AYAM
1/2 ekor ayam - potong 2 bahagian 2 inci halia - dihiris nipis
2 pokok bawang - potong anggaran 3 inci 1 sudu teh garam
Anggaran 10 cawan air

Caranya
1. Masukkan semua bahan dan rebus hingga mendidih dan renihkan sebentar. Matikan api.
2. Asingkan untuk memasak nasi dan untuk kuah sup.

NASI AYAM
2 cawan beras - cuci dan toskan. 2 cawan atau lebih sikit Lemak ayam - especially bahagian belakang ayam
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 helai daun pandan - simpulkan
Sedikit garam - jika perlu
Cara cara
1.Panaskan lemak ayam hingga mengeluarkan sedikit minyak, kemudian masukkan bawang putih. Goreng sebentar. Keluarkan lemak ayam atau biarkan saja jika suka.
2. Masukkan beras dan goreng sebnentar. Alihkan semua yang digoreng tadi ke dalam periuk nasi. Tambahkan sup ayam, daun pandan dan garam jika suka.
3. Masak seperti biasa.

*** Jika suka boleh rendam beras dengan serbuk kunyit jika mahukan nasi berwarna kuning.

Ayam goreng
Ayam yang telah direbus
1/2 cawan kicap cair
1 cawan kicap pekat
sedikit lada hitam/lada sulah
sedikit gula dan garam
(perap sekejap dalam setengah jam)
Kemudian panskan minyak dan goreng dengan kaedah touch and go,sekejap je ye bila nampak ayam dah kekuningan angkat.

Chili Sauce
6 cili merah
3 inci halia
3 ulas bawang putih
Minyak bijan
1 sudu kecil garam
Gula
Jus limau
1 sudu teh cuka makan
Sup ayam secukupnya

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali sup. Kisar hingga halus. Kemudian campurkan dengan sup ayam mengikut tahap kepekatan yang disukai. Jika suka cair, lebihkan kuah sup.

Resepi zila forever di majalah 'Rasa'

Nak hujung bulan november baru sempat siapkan entry nie,eh tapi majalah Rasa masih ada lagi dipasaran,kadang awal bulan Dec pun untuk keluaran Nov masih ada lagi dijual jika di area Jb tapi kawasan lain kurang pasti pulak.sekarang kan semua dah mudah beli secara online pun boleh kan.

Berbalik pada cerita asal.
berkesempatan lagi berkongsi resepi di majalah masakkan no 1 di Malaysia ni..sambil tu adalah sedikit kongsi cerita di ruangan Instafamous.
Simpan sebagai kenangan,bila dah berusia emas nanti boleh tengok baik kenangan lama..betul tak..tak selamanya kita akan disini,mungkin bila mood dan keupayaan nak berIG dan berblog hilang bolehlah dijadikan kenangan pada anak-anak dan cucu kelak.





Ada enam resepi yang saya share disitu,bukan masakkan baru resepi dan gambar yang tersedia ada di folder dah..kiranya gambar yang ada-ada je dalam simpanan.

Ada sesetengah gambar dan resepi saya dah share di blog,dan ada yang share di IG.dan kena share jugak gambar family dan diri sendiri..adoi yang ini agak leceh sikit sebabnya saya memang jarang ambik gambar sendiri..tapi kalau gambar orang lain memang rajin kita snap.sudahnya pic tu jewlah yang ada..hihii muka macam serabut pulak rasa.oklah kan dari tak de.

Korang supportlah majalah masakkan sebab sekarang ni banyak dah majalah masakkan lain dah bungkus tikar,sebab dah kurang pembeli.moga Majalah Rasa terus kekal..sebab suka resepi yang banyak dalam tu..ok cuci mata dengan gambar yang original pulak.

 Ikan Stim Thai

 Ketam Chili Thai

 Pais Ikan Senangin

 Pajeri Nenas

 Sticky Karamel Chicken Wing

Phad Kra Phao


Tuesday 26 November 2019

Gift dari Delima Oil - di Taste fully food & beverage expo

Cerita hari Ahad lepas..
Pada 19 hb November lepas saya dapat satu whatsapp dari salah seorang wakil dari company SAJI .
entah dari mana dia dapat no mobile,dalam msg tersebuat beliau menyatakan nak menghantar produk SAJI.so saya pun tanyalah nak kena masak dan post ke macamana,rupanya tak ada syarat apa-apa pun,ini merupakan gift sahaja,dan saya hanya perlu terima..wahh happy dengar kan orang nak bagi produk.
Dan pada 22 - 24 hb SAJI akan mengadakan event di Midvelly Jb,dan dia pun suruh saya kesitu untuk collect barang.

So pada 24 hb  wakil SAJI ada menghubungi saya balik..bertanya tentang barang gift tu saya dah ambik ke belum..sesungguhnya saya terlupa ..tak teringat langsung tentang barang gift tu pun..so pagi 24 hb tu saya sebenarnya plan nak ketempat lain..sebab dah sekali arung jalan singgahlah sekejap Midvelly untuk collect barang gift tu.

Masuk jew dah boleh nampak SAJI brand besar jugak booth dia..bersusun produk  malaysian oil palm.seronok tengok,produk SAJI ni banyak rupanya,dah ada sos tomato bagai barulah saya tau.Dengan perkembangan pasaran kelapa sawit sekarang yang agak membimbangkan,banyak kempen dijalankan untuk menaikkan semula kepercayaan luar terhadap kualiti minyak sawit kita.

Saya pergi nie kira hari last expo..banyak barangan yang jauh lebih murah..mungkin sebab hari terakhir,minyak Carotino tu pun ada less rm 1.50 berbanding dari harga biasa..minyak sawit merah ni sangat baik,kandungan karoten didalamnya adalah lebih tinggi berbanding yang ada pada tomato mahupun lobak merah. Karoten ialah sejenis antioksida yang membantu menguatkan sistem imun badan, dan dikaitkan dengan penurunan risiko kanser, penyakit jantung. Ia turut membantu melindungi tubuh anda daripada panahan UV matahari umpama memakai krim pelindung dari dalam macamtulah.



Ramai yang beratur di booth Malaysian Palm Oil nak merasa Red palm oil ice cream..kami pun beratur sama ..nak jugak  try merasa,sedap ke tak.

Ni dia ais krim red palm oil,rasa sedap jugak tak manis pun..light jew 

Muhammad pun cakap sedap ..sampai meleleh makan.

Dan berbalik pada tujuan asal kesini,kita nak collect give maka jumpalah dengan salah seorang pekerja disini tanya tenang barangan gift tu..so tu dia 2 box barangan dari SAJI nasib suami ikut kalau tak memang tak boleh nak angkat sebab berat sangat.

Macam-macam ada dalam tu,memang meriah main masak-masak..banyak menu dah berkecamuk dikepala..ha haa tapi entah bila nak dibuat tu usahlah ditanya.Alhamdulillah terima kasih SAJI.

Dah alang-alang masuk kesini kita cuci mata ..tengok booth yang ada disini,ada 200 lebih booth,meriah dengan pelbagai produk makanan dan produk lain pun ada,jom tengok antara gambar yang tersnap pada hari itu.













Disebabkan nak pergi ketempat lain,so kesini hanya sekejap jewlah..tak beli apa-apa pun cuma beli air oyoshi tu 3 botol RM5.OO dan dapat free 1 tin air green tea season.



Thursday 21 November 2019

Pasar Ikan Orang Asli di Bakar Batu


Bila salah seorang follower dari instagram saya dm secara personal bagitau info dan tempat ikan segar yang biasanya ada di sekitar JB baru saya tau wujudnya pasar orang asli disini..dan ada beberapa tempat lagi dia cadangkan pada saya ..tapi belum sempat jejak lagi..

Cerita bermula pada pagi sabtu ..
pukul tujuh pagi memang saya dah ada di stesen bus larkin..eh bukan nak pergi bakar batu naik bus tau..ha haa..
ok dipendekkan sedikit cerita dari stesen bus larkin nak ke bakar batu dalam 20 minit kurang lebih macamtulah.
Cuaca pagi pun elok,lalu lintas kalau hari sabtu awal pagi memang lenggang,sesuai bergerak kalau hari cuti pada awal pagi lagi.saya kalau nak kemana memang suka awal..dan kemudian boleh balik awal sikit.

Dah sampai tempat yang nak kami tuju,ini kawasan parking bagi mereka yang nak ke gerai jualan ikan segar orang asli,sebelah kanan tulah deretan gerai diorang.saya park disini jewlah sebab bahu jalan yang sebelah  kanan orang dah park penuh.
berdepan dengan gerai nie banyak bangunan tinggi..ada Bayu Marina residence bersebelahan gerai.

Dan gerai diaorang nie di bina disepanjang sungai Tebrau,orang Asli ini akan membawa hasil tangkapan mereka ke pasar ini dan dijual setiap hari,pasar ni dibuka setiap hari start pukul 8 pagi..dan kiranya masih awal jugak saya sampai dalam 8 lebih sikit dah terpacak saya di area sini.
Gambar diatas tu diorang tengah membersihkan kupang.

Deretan bot yang mereka naiki..parking area sini.

Pemandangan dari sisi belakang gerai ikan.

Jom kita start menyusuri jualan apa yang ada disini,gerai pertama yang kami singgah ..jualan sayur kampung dan daun herba,penjual  nie peramah..suka bercerita khasiat herba dan barangan yang dia jual disini.


 Ada terung putih..jarang nampak terung putih di pasar basah area rumah kami..selonggok tu harga cuma rm3.00 murah.

 Ada botok-botok ikan ..sedap pulak tengok tapi tak pulak teragak nak membeli.ada terung telunjuk juga disitu yang berwarna hijau,masukkan dalam kari pun sedap kan terung tu.

 Ada biji/terung meranti jugak,saya tak berapa reti sangat nak makan ..tapi kalau buat sambal hijau tambah biji/terung meranti sedap.

 Ulam-ulaman,daun kesum kacang panjang semuanya nampak segar.


Ikan Kintan antara ikan yang famous orang asli jual disini,saya tak pernah merasa ikan jenis nie..katanya sesuai dimasak asam pedas ataupun goreng.

 Yang nie pun ada..nama apa  tak tau pulak..tapi saya panggil siput je..jenis besar.


 Berjenis ikan yang ada disini ..ada yang selalu tengok ada yang jarang nampak.

 Udang ada jenis kecik ..ada yang besar sekilo dalm rm36 

 Scallop pun ada..

 Sampai tergangga mulut ikan ni kan..hihii ..

 Baby ketam


 Lokan sederet..dulu masa kecik rajin arwah ayah masak lokan tiba-tiba teringat.

 Suasana pagi..dalam pukul 8 lebih orang dah start datang memilih ikan..semakin lama meriah kawasan pasar ni.

Ikan yang versi buang sisik camni memang saya malas nak kerjakan..kalau tinggal makan memang suka...ha haa kalau ada orang siangkan best jugak.

 Banyak peniaga jual ketam di sini,kebanyakkan ketam yang dijual masih lagi hidup..orang kata kalau beli ketam cari yang betina..sebab banyak telur kan..dalam pictulah ketam betina..cengkerang belakang tu melebar..kalau yang jantan dia runcing.

Bila semak balik gambar ni dirumah lahai rasa macam ralat sangat tak beli udang pepai ,buat jemput-jemput memang sedap udang ni.,,susah nak jumpa udang pepai dikawasan perumahan kami ni.





 Dah namanya pergi kepasar ikan..so memang penuh lah gambar ikan yang kami snap..kalau boleh semua jenis nak amik gambar..baru puas hati.






 Wajah-wajah peniaga Orang Asli yang sempat saya rakamkan.

 Dah hujung-hujung nampak pulak ikan warna merah ni..entah ikan apa tak nak pulak bertanya dengan peniaga ikan tue..cuma pikir sendiri jew dikepala.


Last singgah di gerai nie..nak beli kupang..ada yang dah siap rebus dan ada yang masih hidup lagi..beli 2 kilo..sekilo harga rm 4.00 3 kilo rm 10.00..
nampak ketam masih merayap tu beli jugak dalam 10 ekor..sekilo rm15,dah penuh tangan dengan bermacam lauk basah..masa nak gerak balik pulak dan pergi cari sarapan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang