Pages

Saturday, 11 July 2026

Johor Mengundi ..11.7 .26



Pada 1 jun  tarikh pembubaran awal PRN Johor ke 16,sebab utama pembubaran awal kerana mengelakkan pertindihan tarikh penting pada 2027 kelak.Ianya mengambil kira jadual musim tengkujuh..bulan Ramadhan dan sambutan hari raya pada Mac dan April.Pembubaran ini juga dapat perkenan dari Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail..maka pada 11 Julai 2026 tarikh bagi rakyat Johor mengundi.


Bermulalah perang bendera antara parti bermula,seronok sebenarnya tengok bendera sana sini,dan banyak jugak parti berkempen sana sini sepanjang 2 minggu kebelakangan ini.Semalam ambik Ahmad balik sekolah terus ke pasar malam mencari ayam gunting ..sibuk Ahmad nak makan ayam gunting beberapa hari nie..dah lama sebenarnya tak pergi pasar malam..malas pun ye jugak padahal tak lah jauh mana dari rumah.sampai jer ternampak Parti BN dan Datuk Pandak bertemu peniaga di pasar malam.

Masa nak melintas sebelah diorang Datuk Pandak pun panggil zila tanya mengundi di mana..dia ajak Ahmad bergambar ..dan dapatlah sehelai T shirt BN dari diorang..







Jom layan gambar bendera parti bertanding yang sempat zila snap sepanjang bulan mengundi ni..

Pukul 9 lebih keluar rumah,disebabkan risau dapat paking jauh suruh encik suami hantar depan sekolah..senang dia drop depan pagar sekolah je kita terus masuk tak payah pikir nak cari parking..selesai satu kerja.



Zila mengundi di sek keb Taman Universiti 1,kawasan N49 Kota Iskandar..ada 4 parti yang bertanding kali ini.
BN Datuk Pandak Ahmad,PH Dzulkefly Ahmad,Perikatan Nasional menghantar calon baru Anna Pravina dan Parti Bersama  mewakili parti baru pimpinan Rafizi Ramli menghantar calonnya Sahrudin Omar.



Kawasan parlimen ini dikategorikan sebagai kerusi panas yang sengit kerana mempunyai komposisi pengundi campuran bandar yang dinamik dan jumlah pengundi baharu yang ramai.so parti mana yang menang kelak semoga dapat melaksanakan manifesto yang dijanjikan pada rakyat,jangan janji ditabur masa sebelum menang..laksanakan apa yang diamanahkan dengan jujur dan baik.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang