Pages

Tuesday, 31 December 2013

khao mok gai


Assalammualaikum...


Bersua kembali ..apa khabar sahabat zila disana..moga semuanya sihat..zila baru baik dari selsema dan batuk..musim selsema sekarang nie orang kata..dalam keadaan tak berapa sihat memasak tu tetap wajib..biasalah dah emak-emak kan  ....^___^


nasi komok..khao mok gai..nasi minyak thai..dah kerap terhidang dirumah..cuma tak berkesempatan nak snap picture..kadang-kadang perut dah lapar..lepas masak terus jew makan..menu nie dah menjadi menu wajib kat rumah zila..komen anak dan suami..masing-masing kata sedap..mak pulak kurang suka..dia lebih minat nasi tomato..setiap orang lain citarasanya kan..bagi penggemar nasi berperisa harus cuba resepi ini juga..memang tak mengecewakan..


resepi asal dari kak azian..tapi zila ambil resepi dari dapur kak ayu sgpore..suka ke dapur beliau ..masakan mantap-mantap..dah penuh buku masakan zila salin resepi dari beliau..banyak lagi yang tak sempat zila cuba.. 

nasi komok nie kering sikit..bagi yang tak suka makan nasi kering-kering bolehlah buat sup ..dan rojak timun sebagai lauk tambahan..orang kita suka makan yang ada kuah-kuah kan...

Nasi Komok - Khao Mok Gai - Nasi Minyak Thai
Resepi asal:Kak Azian
Sumber :Kak Ayu

Rempah Komok
2 sk serbuk kari ayam/daging
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk kayu manis
1 sk garam
1sk gula

Bahan Nasi

 5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air - air secukupnya
garam secukup rasa
Rempah penumis.- 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
2 bay leaf- optional
bawang goreng
(*Hiris benda bertanda*)

Cara
1. Cuci ayam - seeloknya di potong 4 saja
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air,bay leaf dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar,
 zila tambah dengan lumur  lebihan rempah komok. Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap .
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.

Bahan Sos Cili
1 Cawan air kuah nasi komok*
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*
4 ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar
gula, garam ,cuka - secukup rasa
1 biji tomato-zila tambah*
Cara
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

Sambal/Sos resepi -2
6 biji Cili merah *
10 biji CILI PADI * (kalau suka sambal hijau boleh guna cili hijau)
Daun Ketumbar *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci Halia *optional
Cuka
Garam
Gula *lebihkan
Akar ketumbar *ketuk2 masuk  masak kuah.
Cara
Blender bahan bertanda (*).
Goreng gula buat macam gula hangus karamel..
Bila gula dah cair masukkan sedikit air dan kemudian bahan2 yang dikisar
masukkan garam dan cuka..biar mendidih & masak sempurna.
Kalau tercair, boleh bancuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
Rasa sambal..biar ada rasa masam manis dan pedas sikit.
**Sos/sambal ini juga sesuai untuk pencicah keropok/kuih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...