Pages

Friday, 19 July 2019

Cuci mata di kedai runcit arab




Ronda kedai runcit Arab..
suka tak cuci mata dekat kedai Arab..best kan..biasanya kami masuk kedai arab nak cari pickle ..sayuran yang dijerukkan..fav saya timun kecik-kecik ..sedap makan dengan nasi panas..atau nasi berperisa..


Tahina yang berasaskan dari minyak bijan biasanya amat popular digunakan dalam masakkan Timur tengah.biasanya di gunakan untuk membuat Hummus..Hummus dibuat dari kacang kuda dan dilenyek bersama tahina..dan ditambah jus lemon..minyak zaitum garam dan bawang putih..selain tu tahina juga popular dalam maskkan daging dan sayuran.



Teh ni saya ada beli..
saja nak merasa teh dari Oman..

Inilah pickle sayuran ..selain baby timun..bendi pun ada diorang jerukkakn..selain itu brocolli dan kobis bunga jeruk pun ada dijual.

Lays ni memang popular bagi diorang..kalau dipakistan pun lays ni popular..entah apa istimewanya..bagi saya macam masin sangat pulak.

Coklat bounty ni sedap..dalam dia ada rasa kelapa parut..dulu banyak jual dekat Giant ..sekarang macam susah pulak nak jumpa..

Kalau pergi makan dikedai arab air macamnilah yang popular kan..


Deretan air buah-buahan ..orange juice ni memang kerap kami beli..anak anak suka sangat.




Yang ni muhammad beli..rasa macam coklat biasa je..cuma bentuk gajah..

Deretan rempah untuk nasi Arab dan pencuci mulut..
Seronok amik gambar dalam kedai diaorang..sampai lupa nak snap owner dia..

Thursday, 18 July 2019

Kuih Lajenn..Kuih Rose /Goyang..


Kuih lama..
Dulu masa kecik kalau makan kuih rose ni suka kopek satu-satu..ikutkan dulu memang kurang minat sangat  ..entah mungkin masa tu kalau raya merata rumah ada kuih rose pelbagai rasa..tapi bila usia dah lanjut ni suka pulak makan kuih rose..

Di tambah en suami memang gemar kuih rose ..jadinya kerajinan tu muncul bila dia terasa nak makan..biasa memang kami beli je..tapi bila angin rajin datang buatlah sendiri..bahan pun tak susah mana..yang susah tu kena tunggu depan api mengadap kuali panas..tu yang agak menguji kesabaran sikit..

Tapi bila dah siap  sedulang depan mata penat lelah terus hilang..yang tukang makan pun bukan main laju lagi..2 hari dah habis..sekejap betul..

Ada satu lagi resepi kuih rose yang tak sempat nak try lagi..yang guna tepung pulut sepenuhnya..in sya Allah bila free nanti nak try..dan akan dikongsikan disini sebagai koleksi..
ok yang nak cuba silakan..resepi asal diambil dari Fb resepi - orangkampung ..dan hasilnya memang boleh tahan sedap.



Kuih rose
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan santan
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam

Caranya
Satukan tepung beras,tepung gandum dan telur kacau sebati.
Masukkan gula dan garam.
Kemudian masukkan santan.kacau rata.
Panaskan minyak bersama acuan kuih rose.bila acuan dah panas celupkan acuan kedalam adunan dan gorengkan dalam minyak.
Resepi menghasilkan 60 pcs kuih rose
Resepi -orangkampung

Sunday, 14 July 2019

Makan Nasi Arab



Sabtu tengahari..
Selalunya hari sabtu dan kadang-kadang ahad memang kami suka ronda-ronda dan makan diluar..kadang lebih suka cari makanan simple dan kadang suka makanan berat..tapi biasanya jika masih ada permintaan acara memasak dirumah tetap dijalankan.

Makanan Arab atau versi timur tengah ni memang dah famous sangat kan di tempat kita..cari jewlah mana-mana kawasan memang akan wujudlah kedai nasi Arab macam cendawan tumbuh.
Untuk menikmati masakkan Arab di kawasan rumah kami memang senang.sebab utamanya rumah kami berdekatan dengan UTM jadi banyaklah pelajar international khususnya dari iran..syria.. oman kuwait dan negara lain banyak disini..
Dan bila kehadiran student asing ramai disini maka banyaklah deretan kedai makanan nasi Arab di kawasan sini.

En suami memang penggemar tegar makanan arab ..mungkin sebab en suami dah bertahun tahun duduk di Qatar dan mungkin jugak lebih kurang masakkan diorang dengan makanan pakistan..dan jika diperhatikan memang ada banyak persamaan makan diorang ni.selain orang asing ..orang melayu pun ramai bila hujung minggu..


Kita tengok apa yang ada dikedai nasi Arab..
yang ni diorang panggil kebab..beza dengan kebab pakistan..

Daging kebab diatas tu dihiris nipis memanjang dan dimakan bersama roti kebab nipis..ada hirisan sayuran  disitu..yang ni kami selalu order memang sedap.

Roti pun ada..tak sama dengan roti naan ..yang ni lebih nipis lebar dan garing..

Ni dia tempayan besar yang digunakan untuk membakar roti..biasanya diletak disebelah luar kedai..jadi orang yang lalu lalang akan nampak orang yang sedang membakar roti ni..jadinya keinginaan nak makan roti pun tinggi bila tengok diorang bakar roti panas macamni kan,

Ayam rosters yang sedang berpusing..ayam ni dimakan bersama nasi mandhi atau nasi arab yang lain pun boleh..biasanya saya order nasi mandhi dan ayam roasters..perapan rempah ayam ni terasa sampai ketulang ..rasa pun sedap..ayam lembut.

Pencuci mulut..atau dessert..
Biasanya sebelum makanan yang kami order sampai kami akan order ni dulu..kek suji atau semolina kek..kek yang ramuannya menggunakan tepung suji ..dan apabila kek dah masak disiram dengan air gula..perghhh manis kan..he hee..tapi bila kek dah sebati rasa kek seimbang..dan kemudian ditabur dengan serbuk kelapa..sedap ke?..sedap kalau yang suka laddu bolehlah terima kek nie..bagi saya jamah sikit dah la..beli sepotong kecik tu kongsi makan 5 orang..buat jamah jew kataorang.

Saya bawak emak sekali makan nasi Arab..sesaja bawak mak ronda ari minggu ni..dan seminggu dua nie emak rehat kat rumah saya..tukar angin ..

Air fresh orange yang nie emak order..

En suami order air carrot fresh..


Pekerja dikedai ni biasanya saya dah kenal..ada yang datang dari yaman..kalau diorang free sembang-sembang jugaklah dengan kami ..


Makanan yang kami order pun dah sampai..
Mak order nasi maghlubah ayam..ada kentang dan terung yang dah digorang dulu ..dan daging ayam lembut ..mak cakap sedap..ke mungkin mak tengah lapar sebab awal pagi saya dah sampai kampung ambik emak dan mak tak sarapan lagi..

Yang nie saya punya..
nasi kabsah..setiap rostaran arab nie lain -lain versi nasi kabsah diorang..yang nie kuning sikit..dan tak ada letak tomato puri pun..rasa nasi pun biasa je..

Gandigan nasi kabsah... daging kambing lembut yang terendam dengan kuah dia..first time saya dapat nasi kabsah bentuk gini..biasanya kambing tu diangkat dan diletak diatas nasi.mungkin cara camni senang tak payah kacau nasi ..kalau nak kuah tinggal cedok je kot.

setiap nasi arab mesti desertakan sambal macamni..sambal yang pedas manja je..tapi tak menjemukan.

Kuah ni pun disertakan..soup rebusan kambing dan rasa rempah yang sedap.yang tak suka nasi kering-kering boleh tambah dengan kuah ni..saya tak minat makan nasi arab yang berair biasanya lebih suka yang kering2 je..

Yang ni en suami punya ..
biasalah dia kemana-mana memang cari roti je..roti nipis ..garing dan lebar..sedap dimakan panas-panas.

Yang nie Mince potatoes ..pencicah roti yang en suami order tadi..daging kisar yang dimasak bersama hirisan kentang..sedap jugak..boleh tahan..

Ahli rombogan kalini..emak..saya en suami dan ahmad..iqbal tak ikut sebab dah start kerja parttime..bila cakap dengan dia kami makan nasi Arab..sebelah malamnya pulak balik kerja dia singgah makan disini..


Friday, 12 July 2019

Naan ..Lauki Gosht dan Lassi yogurt


Naan
Hadirnya dirumah ni sebagai pengganti nasi..dan semestinya makanan utama en suami,,ni kalau saya tak sempat buat memang dialah yang uli tepung sendiri..sememangnya saya kalau bab buat roti nie agak malas sikit,,tapi nampaknya hari ni kerajinan tu berpehak pada saya..gigih meroti .
selain meroti nasi pun kena masak jugak ..sebab iqbal tak boleh tak ada nasi..selera orang dalam rumah ni macam-macam.
Susah ke nak buat Naan?..ikutkan memang tak susah manapun ..cuma bab perap doh tunggu sampai kembang sekali ganda lagi tu yang kadang membantutkan keinginan nak buat..kalau buat capati lagi senang rasanya. uli dan boleh terus bakar..kann senang kerja..


Jom semak resepi naan yang biasa kami buat dirumah.
Biasanya kami uli pakai mixer tak pakai tangan atau bread maker ye..pakai mixer lagi senang.

Naan
2 cawan tepung gandum
3 tbs susu tepung
1 tbs butter
1 tbs yogurt
1/3 tsp baking soda
1 tsp yeast
1/2 tsp garam
susu segar/air - yang ni letak sikit-sikit uli sampai doh sempurna

Bahan sapuan atas naan
Bijan
susu segar 2tbs
Butter

Caranya
1.Dengan menggunakan mixer satukan kesemua bahan.. kemudian masukkan sedikit demi sedikit susu segar/air..sehingga doh menjadi sedikit melekit..lepastu masukkan butter uli lagi dalam 10 minit biar doh menjadi elastik dan mudah dibentuk.
2.Bahagi doh kepada 3 atau 4 bahagian bulatkan..rehatkan biar sehingga doh mengembang 2x ganda.
3.Dah kembang kita uli skali lagi buang angin.canaikan bulat dan sedikit tebal..tekan permukaan doh dengan jari..so nampak kan naan tu macam lubang2 sikit..
4.Dah bulat elok kita sapu dengan susu ..sapu penuh menutupi permukaan sapu pakai tangan je pun boleh...pastu tabur bijan nak banyak bijan pun boleh.
5.Ambil pan leper kita bakar atas dapur gas dengan api slow sampai bawah tu kekuningan dan naan kembang sikit.
6.Jangan terbalikkan..angkat dan letak kat dulang pembakar bakar pulak dalam oven supaya bahagian atas garing ..ok dah siap angkat dan sapu butter time panas2.


Yang ni baru lepas keluar dari oven dan tak sapu butter lagi

Resepi lauki gosht ni saya pernah kongsi disini tapi tak apa kali ni saya copykan lagi disini untuk memudahkan korang rujuk.

Bahan untuk masak lauki gosht
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 batang lada hijau besar atau lada cili..semua bahan diatas dihiris.
masukkan daging dalam presser cooker kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihirs tadi..masak sehingga daging empuk.

Apabila daging dah lembut.masukkan minyak sedikit..labu air yang telah dipotong,.kemudian masukkan
1 biji tomato didadu
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar halia dan bawang putih (halia dan bawang putih ditumbuk jadikan paste)
Masak lagi sehingga air daging kering dan labu air lembut dan lembik..
tambahkan sedikit butter untuk rasa lemak-lemak sikit..masuk daun ketumbar.masak sekejap lagi dan tutup api.

Sebab arini kekonon makan ala pakistan dirumah so kami pun buatlah yougrt lassi..
nak buat yogurt lassi ni senang sangat ..susu segar dan yogurt tu diblander bersama.kuantiti dia biar susu tu banyak sikit dari yogurt..lepastu tambahkan sedikit garam..atau yang suka manis boleh letak gula.dah siap..guna susu sejuk ye..tak payah pakai ais .

Thursday, 11 July 2019

Lasagna Roti senang


Jam 3 pagi..
Minggu Muhammad demam..orang kata memang musim demam sekarang ni..ke memang musim durian orang ramai yang demam.dia start demam hari khamis malam..lepas balik sekolah tu dah rasa badan dia macam dedor je..tapi masih ok boleh main macambiasa.
Tengah malam pukul 2 tiba-tiba dia kejut cakap panas..rasa badan dia dah macam bara api ..memang panas sangat..bagi ubat..dan esoknya jumaat pergi klinik ..sabtu ..macam dah ok sikit..ahad cuti sekolah walaupun macam nampak sihat sikit..isnin petang dah lembik balik..selasa pergi kesekolah jugak sebab nampak dah ok sikit..ambik dari sekolah cikgu2 cakap dia menangis..sebab demam..rasa panas balik badan dia..cikgu cakap rest betul-betul baru pergi sekolah lagi..
Rabu pagi demam tak kebah lagi..walaupun dah makan ubat badan masih panas..rabu petang lepas makan ubat baru nampak dia segar sikit..panas pun dah beransur hilang..alhamdulillah.. penat menjaga anak bila dia demam..tidur pun x lena,,nak selalu lap badan dia dengan air..mood mak nak memasak pun hilang,..dan beberapa hari nie tak dapatlah Muhammad tolong mommy jadi model gambar food review.


Ok tutup cerita anak ..sambung cerita makanan.
Dirumah ni kalau roti memang kurang laku sikit,hanya muhammad je yang suka makan roti dengan nutella.Iqbal pulak memang suka nasi dan makanan pasta food yang simple.
Sejak cuti sem mula nie dia dah sibuk kerja sambilan dengan  adik saya di dewan badminton area dato onn..ikutkan saya lebih suka dia duduk rumah je..tolong mana yang patut ..tapi biasalah orang baru nak up..nak cari pengalaman..ikutkan jewlah.
Bila ada lebihan roti biasanya memang kami buat lasagna..menu yang semua suka.sebab ada cheese tu kan..dan lagipun nak buat pun tak susah mana.


Untuk inti
1 biji bawang holland didadu
Daging ayam atau lembu fresh dicincang halus
Panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak biasa tumis bawang holland hingga layu dan wangi,kemudian masukkan ayam atau daging tadi,biarkan sehingga masak sempurna.

Kemudian masukkan Prego carbonara mushroom ikutlah banyak mana ye..saya guna dalam 3/4 .prego carbonara ni agak dah masin ..kalau boleh jangan tambah garam banyak sangat.


Kemudian masukkan hotdog ..yang ni potong serong je..ikutlah tak letak pun boleh,sebab nak habiskan stock kat rumah so saya letak.
ok kemudian kacau rata.biarkan sekejap..dan tutup api.
Sediakan roti secukupnya.sapu loyang dengan butter atau majerin.
Pukul sedikit 2 biji telur dan sedikit susu segar,kemudian celupkan roti kedalam adunan telur..susun di loyang atau tray kaca.letak inti cabonara ..sapu inti rata menutupi permukaan roti.susun cheeseslice
saya guna brand cesdale.

Kemudian tabur mozzarela cheese dan mix herbs..ulang sehingga inti habis ..bakar pada suhu 170c selama 20 minit atau sehingga permukaan kekuningan dan garing.

Pic from google


Dah siap ..
Sebab masa ni masih panas maka gambar yang dah dipotong tak ada.ikutkan bukan senang nak suruh model kecik nie duduk diam..banyak kali shoot baru berjaya dapat gambar yang elok..kadang suruh duduk tegak pun dia tak nak..ha haaa ikut mood dia jew..sabarr jewlah .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang