Pages

Friday 11 October 2019

Pusing-pusing pekan Air Hitam




Tak silap awal bulan sembilan haritu kami kesini..
tak ada plan langsung pun nak pergi..pukul dua tu melepak tiga beranak dekat Aeon tebrau..tiba-tiba tengah makan cakap dengan Iqbal.. jom pergi Air Hitam..dia cakap..Ibu nie ada-ada jewlah ..kan jauh..lagipun dah nak petang..kita pun cakap..alaa ikut jewlah bukan awak drive pun ..ibu yang drive..duduk jewlah awak berdua diam-diam ..temankan ibu..ermmm dia pun diam jew ..ikut ibulah katanya..tapi jangan balik lambat sangat ..



Sampai dipekan Air Hitam..
Nak jugak kita tengok tempat baru ARENA WARNA ..keadaan sekeliling sunyi je..mana orang pergi ni..mungkin kami pergi hari biasa tak kena pada hari cuti atau hujung minggu maka tak bertembunglah dengan orang ramai.

Yang ternampak bila kami masuk nielah lukisan Mural.dekat dinding nak menuju ke dalam Arena Warna..tak banyak mural pun nampak ada dua jew..nampak memang tak meriahlah kawasan baru ni.
tak macam tempat lama..walaupun deretan kedai yang agak lama tapi ada nilai seni dan nostalgia disitu.
Tanya makcik yang berniaga disini..merungut diaorang cakap tak ada pelanggan ..sedih diorang cakap..


Kebahagian depan ..
masih sama hasil jualan yang ada disini..hasil tempatan kerepek dan buah-buahan..nenas ..cempedak ..keledek ..keladi dan macam-macamlah ada..sebab kami pergi awal bulan september bendera malaysia sempena hari kebangsaan masih belum dibukak lagi..cantik berderet dipasang.

Cempedak durian king ni bau dia jangan cakaplah..wangi betul..kalau dekat pasaraya Aeon pun banyak dijual..dalam dia memang elok ..

Deretan dodol yang masih mengekalkan bungkusan daun pinang..entah berapa sebiji..tak tanya pulak aritu..saya kurang minat sikit makan dodol..tapi dodol sekarang orng buat dah sedap..banyak mix perasa macam-macam ada yang letak durian tu memang sedaplah kan.

Inang-inang..rupanya ada dua jenis inang-inang ni..ada yang guna beras pulut..dan ada yang guna sagu biji..
ini kegemaran emak saya..kalau dia nampak mesti nak beli..dulu saya memang tak minat tapi bila mak goreng aritu dekat rumah sedap pulak rasa.
sempat jugak tanya pada makcik yang jual tu ..mana yang lebih sedap ..katanya yang guna pulut lagi dapat sambutan..so batalkan niat nak beli yang sagu..beli jewlah yang pulut nak bagi pada emak..


Masuk kedai sini pulak ..
banyak hasil kraftangan ..mencari barang yang memang membawa tujuan saya kesini..ermm tapi pusing sana sini tak jumpa pulak..nampaknya kena pusing keluar dari arena warna baru jumpa apa yang dicari.

 
Kegemaran suami.cantik pulak diaorang buat kuih rose ni..bulat jew.



'Dah dah lah ibu..penat dah pusing ..jomlah pergi makan'..nilah kerja budak berdua ni..asik lapar jewlah.carilah tempat makan,,masing-masing nak nasi..


Masukklah kesini..diorang pun macam baru nak start berniaga..iqbal cakap nak makan nasi putih dan lauk simple je..oklah suruh order mana yang diorang nak makan.
 Air laici ais..

Nasi putih..

 Sup Cendawan ala thai..

 Telur Dadar..

 Kailan goreng ikan masin..

 Sotong celup tepung..

Berserta sambal pencicah dia..sos chili thai
Dan orang yang lapar sangat nielah..ha haa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang