Pages

Sunday, 19 July 2026

Batam - Menu breakfast hari ke dua di Asialink Easy Hotel



Jengah luar  dari bilik hotel..
melihat suasana pagi disini..dari awal pagi lagi sibuk dah kenderaan lalu lalang ..masing - masing ada tujuan tersendiri..bersiap kami dua beranak nak ke ruang makan yang terletak di Lobby bawah.
Sambil menunggu diorang  bersiap ..amiklah gambar mana yang patut buat kenangan sendiri.. 




Antara menu yang terhidang pada hari kedua disini,kurang lebih hidangan diorang sama je dengan tempat kita..cumanya tak ada nasi lemak lah pepagi disini..gorengan rupanya popular disini..bukan untuk makan petang sahaja ..untuk sarapan pun dah ada.
Jom cuci mata dengan gambar anika makanan yang tersnap pada hari itu..


Set bubur nasi

Keropok yang sentisa ada

Anika sambal pencicah


Bakwan ..pepagi dah ada

Nasi Goreng

Meggi Goreng

Sayur Broccoli




Innoki mushroom goreng



Yang ni dalam dia pisang 





Order scramble egg untuk Ahmad

Yang ini je Ahmad suka ..roti bakar sapu butter dan tabur coklat rice.

Menerai bubur nasi diaorang..lain rupanya tak macam bubur kita..


Dah siap breakfast,duduk je kat Lobby ambil menunggu van yang akan bawak kitaorang bershopping barangan kering disini.


Wednesday, 15 July 2026

Roti Titab..


Assalammualaikum dan salam sejahtera
Sarapan kat rumah je ..tapi fefeeling macam kat kopitiam Kita diKota Bahru tu..hihii..melayankan telur separuh masak dengan roti Paktam.zila kalau ke utara memang suka singgah di RNR mencari Paktam loaf ..dulu harga dia cuma rm 10 je..sekarang nie dah rm12.00.suami suka sangat beli roti nie .
kadang dia bakar macamtu je..makan cicah dengan air teh tarik pun layan jugak..kan.




Saturday, 11 July 2026

Johor Mengundi ..11.7 .26



Pada 1 jun  tarikh pembubaran awal PRN Johor ke 16,sebab utama pembubaran awal kerana mengelakkan pertindihan tarikh penting pada 2027 kelak.Ianya mengambil kira jadual musim tengkujuh..bulan Ramadhan dan sambutan hari raya pada Mac dan April.Pembubaran ini juga dapat perkenan dari Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail..maka pada 11 Julai 2026 tarikh bagi rakyat Johor mengundi.


Bermulalah perang bendera antara parti bermula,seronok sebenarnya tengok bendera sana sini,dan banyak jugak parti berkempen sana sini sepanjang 2 minggu kebelakangan ini.Semalam ambik Ahmad balik sekolah terus ke pasar malam mencari ayam gunting ..sibuk Ahmad nak makan ayam gunting beberapa hari nie..dah lama sebenarnya tak pergi pasar malam..malas pun ye jugak padahal tak lah jauh mana dari rumah.sampai jer ternampak Parti BN dan Datuk Pandak bertemu peniaga di pasar malam.

Masa nak melintas sebelah diorang Datuk Pandak pun panggil zila tanya mengundi di mana..dia ajak Ahmad bergambar ..dan dapatlah sehelai T shirt BN dari diorang..







Jom layan gambar bendera parti bertanding yang sempat zila snap sepanjang bulan mengundi ni..

Lama tak berselpiah dengan somi..simpan seketui pic buat kenangan ..pukul 9 lebih keluar rumah,disebabkan risau dapat parking jauh suruh encik suami hantar depan sekolah..senang dia drop depan pagar sekolah je kita terus masuk tak payah pikir nak cari parking..selesai satu kerja.



Zila mengundi di sek keb Taman Universiti 1,kawasan N49 Kota Iskandar..ada 4 parti yang bertanding kali ini.
BN Datuk Pandak Ahmad,PH Dzulkefly Ahmad,Perikatan Nasional menghantar calon baru Anna Pravina dan Parti Bersama  mewakili parti baru pimpinan Rafizi Ramli menghantar calonnya Sahrudin Omar.



Kawasan parlimen ini dikategorikan sebagai kerusi panas yang sengit kerana mempunyai komposisi pengundi campuran bandar yang dinamik dan jumlah pengundi baharu yang ramai.so parti mana yang menang kelak semoga dapat melaksanakan manifesto yang dijanjikan pada rakyat,jangan janji ditabur masa sebelum menang..laksanakan apa yang diamanahkan dengan jujur dan baik.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang